Airasia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih lebih tinggi kepada RM305.24 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2020 daripada RM207.11 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata ia masih kekal dalam fasa hibernasi sepanjang tempoh suku kedua tahun ini sehingga sekarang dengan operasi minimum dalam bentuk sokongan penghantaran balik serta pengangkutan kargo.
"Kapasiti tempat duduk dan jumlah penumpang yang dibawa dalam suku berkenaan masing-masing mencecah 6,032 dan 2,291 manakala faktor beban muatan penumpang adalah 38 peratus.
"Bagi suku berkenaan, pihak sekutu kami di Thailand mencatatkan hasil sebanyak US$4.7 juta manakala bilangan penumpang sebanyak 309 orang dan kapasiti tempat duduk berjumlah 377.
"AirAsia X Thailand merekodkan kerugian bersih US$54.2 juta bagi suku tersebut," katanya.
Bagi kemajuan masa depan, AAX berkata kumpulan itu dijangka kekal dalam mod hibernasi dalam tempoh terdekat memandangkan prospek menyambung semula penerbangan itu berkait rapat dengan kelonggaran sekatan perjalanan serta penarikan balik sekatan sempadan dan jangkaan peningkatan permintaan bagi perjalanan antarabangsa.
Bagi tahun ini, syarikat tersebut mempunyai lindung nilai bahan api pada purata harga Brent sebanyak US$61.45 manakala 70 peratus daripada kontrak terbabit yang telah disusun semula.
"Kumpulan ini menjangkakan mencatat beberapa kerugian lindung nilai apabila harga bahan api diunjur terus lemah dalam masa terdekat ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020

Airasia X berkata kumpulan itu dijangka kekal dalam mod hibernasi dalam tempoh terdekat memandangkan prospek menyambung semula penerbangan itu berkait rapat dengan kelonggaran sekatan perjalanan. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penerbangan sulung AAX ke Nairobi rekod faktor muatan penumpang 90 peratus
Penerbangan AAX empat hari seminggu dari Kuala Lumpur-Nairobi merupakan satu-satunya penerbangan terus yang menghubungkan Malaysia dan Afrika.

AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.

Tiada penggabungan AirAsia, entiti berasingan akan dibentuk - Capital A
Capital A Bhd menjelaskan bahawa tiada rancangan penggabungan antara AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd (AAX).

Tony Fernandes letak jawatan CEO Kumpulan AirAsia X
Tan Sri Tony Francis Fernandes meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia X Bhd (AAX) berkuat kuasa hari ini.

AirAsia X catat untung bersih RM32.8 bilion pada tahun kewangan 2022
Sekatan perjalanan yang dilonggarkan membolehkan AirAsia X Bhd catat keuntungan bersih sebanyak RM32.80 bil bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022.

Tunku Mahmood Fawzy dilantik Pengerusi AirAsia X ganti Rafidah Aziz
Tunku Mahmood Fawzy pada mulanya menyertai AAX sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas pada 1 Julai 2022.

Pemegang saham AirAsia X lulus pelan penstrukturan semula korporat
AirAsia X Bhd (AAX) telah mendapat persetujuan daripada pemegang sahamnya untuk cadangan penstrukturan semula syarikat.

Kerugian bersih AirAsia X meningkat kepada RM308.46 juta pada suku ketiga
Airasia X Bhd (AAX) mencatat kerugian bersih lebih tinggi kepada RM308.46 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2020 daripada RM229.89 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia, AAX lantik BDO Governance sebagai pakar bebas bagi bantu jawatankuasa
AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd (AAX) melantik BDO Governance Advisory Sdn Bhd sebagai pakar bebas untuk membantu jawatankuasa lembaga pengarah bebas bukan eksekutif menjalankan kajian.