KUALA LUMPUR: Sekatan perjalanan yang dilonggarkan secara beransur-ansur telah membolehkan AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM32.80 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM652.52 juta pada suku kempat tahun kewangan 2022.
Hasil pada suku keempat tahun kewangan berjumlah RM107.18 juta, menjadikan hasil setahun penuh kepada RM438.77 juta.
"Syarikat kini beroperasi dalam suasana harga bahan api yang lebih tinggi, kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS dan telah mendapat kelulusan kawal selia bagi laluan yang ada," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.
AAX berkata, seperti yang diumumkan pada 2 Dis, 2020, tahun kewangan berakhir syarikat telah ditukar daripada 31 Dis, 2020 kepada 30 Jun, 2021 dan sehubungan itu perbandingan dalam maklumat kewangan tidak disertakan untuk suku yang sama tahun lalu.
Pada suku dalam tinjauan, kumpulan itu merekodkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM652 juta berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM33.62 juta pada suku kedua tahun kewangan 2022.
Melangkah ke hadapan, AAX berkata syarikat itu dijangka meningkatkan operasinya ke Jepun, Australia, New Zealand, United Kingdom, Istanbul, Dubai dan Jeddah menjelang akhir 2022 dan awal 2023 memandangkan sekatan perjalanan telah dilonggarkan secara beransur-ansur di rantau tersebut termasuklah di Malaysia.
Syarikat itu telah memulakan operasinya ke Incheon, Seoul dan Delhi, India pada suku semasa 2022, katanya.
"Laluan yang dirancang telah mengambil kira faktor muatan kargo dan permintaan yang tinggi, yang akan menyumbang secara positif kepada kewangan syarikat," katanya.
Bagaimanapun, AAX menjangkakan faktor muatan akan berkembang secara berperingkat-peringkat kerana terdapatnya cabaran di beberapa pasaran seperti di Australia yang disebabkan proses permohonan visa negara itu yang lebih lama, sekatan perjalanan di Jepun dan Taiwan, serta kemasukan terhad di China.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022

Sekatan perjalanan yang dilonggarkan membolehkan AirAsia X Bhd catat keuntungan bersih RM32.80 bil bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022. - Gambar fail/Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.