Jumlah kematian disebabkan demam denggi di ibu negara meningkat dua kali ganda, atau 113 peratus, sepanjang tahun ini iaitu 32 kes berbanding 15 kes tahun lepas.
Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Dr Hayati Abdullah berkata sementara kes demam denggi pula meningkat 18.14 peratus bagi tempoh sama, iaitu 6,726 kes berbanding 5,693 kes tahun lepas.
Antara faktor tersebut kerana sikap masyarakat kota yang tidak prihatin mengenai kebersihan, katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Anti Denggi DBKL Bersama Shell 2015, di sini, hari ini.
Melalui program ini, stesen minyak Shell akan menjadi pusat edaran risalah demam denggi dan ubat jentik-jentik ABATE secara percuma, selain menyertai aktiviti gotong-royong anjuran DBKL.
Selain itu, stesen minyak Shell juga akan menjadi pusat jualan produk inovasi Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL iaitu 'Mosquito Larvae Trap Device' (MLTD), kaedah baharu kawalan pembiakan nyamuk aedes.
Dr Hayati berkata tabiat suka membuang sampah merata-rata serta wujudnya takungan air dan musim hujan pada masa ini adalah antara punca menyebabkan nyamuk aedes membiak dengan lebih cepat.
Walau bagaimanapun, faktor terbesar yang membawa kepada peningkatan ini adalah kurangnya kesedaran masyarakat tentang bahaya wabak ini dengan tidak mengambil berat untuk memelihara kebersihan persekitaran.
Bernama
Fri Nov 06 2015

Dr Hayati berkata tabiat suka membuang sampah merata-rata serta wujudnya takungan air dan musim hujan pada masa ini adalah antara punca menyebabkan nyamuk aedes membiak dengan lebih cepat.
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,624 kes pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 6 Okt hingga 12 Okt, berbanding 1,639 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 37, tiada kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu
Kes demam denggi dilaporkan terus meningkat kepada 2,805 kes pada Minggu Epidemiologi ke-27 (ME 27) iaitu bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai lepas berbanding 2,788 kes pada minggu sebelumnya.

Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.

2 kematian akibat denggi minggu lalu
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,438 kes pada Minggu Epidemiologi ke-25 (ME25) iaitu bagi tempoh 16 hingga 22 Jun berbanding 2,900 kes pada minggu sebelumnya.

KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.

Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,426 kes pada Minggu Epidemologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 19 Mei hingga 25 Mei lepas.

Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.

4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.