PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.
Beliau berkata sejumlah 7,195 notis kesalahan dikeluarkan daripada 17,719 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
Bagi tindakan penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975 yang bertujuan mencegah dan mengawal penyakit demam denggi, Dr Muhammad Radzi berkata 2,642 kompaun bernilai RM1.3 juta telah dikeluarkan dengan purata RM500 bagi setiap kompaun.
"Sebanyak 437 kes telah didaftarkan untuk tindakan mahkamah dan 64 kes telah disabitkan kesalahan di mahkamah dengan jumlah denda bernilai RM140,700," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Muhammad Radzi berkata sebanyak 6,818 premis makanan telah diperiksa pada bulan lepas, dengan 154 premis diarah tutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983.
"Tindakan penutupan sementara premis makanan yang dikuatkuasakan oleh KKM adalah sebagai suatu langkah bagi menjamin kebersihan premis serta makanan dihidangkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024
Dr Muhammad Radzi berkata sejumlah 7,195 notis kesalahan dikeluarkan daripada 17,719 premis yang dilawati melalui penguatkuasaan PPKHT 2004. - Gambar fail/AFP
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Kematian Dr Tay: Tiada insiden buli seperti didakwa - Pasukan Petugas Khas
Siasatan dapati mendiang alami tekanan akibat beban kerja, walaupun tugasan itu masih terkandung dalam skop huraian kerja beliau.
Dua lemas ketika mandi di Pantai Bayu Impian
Dua ditemukan lemas sementara empat lagi terselamat ketika mandi di Pantai Bayu Impian.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Sistem Waktu Bekerja Berlainan usaha tingkat kebajikan petugas kesihatan - Dr Dzulkefly
Cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) untuk petugas kesihatan akan dibincang dalam pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) selama tiga hari sehingga 19 Januari ini.
Cadangan pelaksanaan WBB dibincangkan dalam pemukiman KKM - Dzulkefly
Isu mengenai cadangan pelaksanaan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) antara yang akan dibincangkan pada sesi pemukiman Kementerian Kesihatan (KKM) bermula hari ini hingga 19 Jan.
Isu penglihatan masalah utama kalangan murid Tahun 1 - Dr Dzulkefly
Masalah ketajaman penglihatan merupakan satu daripada masalah kesihatan utama dalam kalangan murid Tahun 1 di Malaysia.
Platform 'Pertukaran Suka Sama Suka' direalisasikan tahun ini - Dzulkefly
Platform itu bertujuan membolehkan petugas kesihatan dalam skim yang sama bertukar tempat bertugas tanpa perlu campur tangan Bahagian Sumber Manusia.
KKM tidak berhasrat tarik balik larangan merokok di pejabat - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan tidak berhasrat menarik balik larangan merokok di pejabat yang berkuat kuasa bermula 1 Januari lepas, kata menteri berkaitan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KKM komited tingkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan komited untuk meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan patuh syariah bagi memberikan nilai tambah yang signifikan kepada pesakit, terutamanya umat Islam.
Tujuh hospital dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan internet - Teo
Sebanyak tujuh hospital telah dikenal pasti bagi penambahbaikan liputan dan kualiti internet setakat ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.