PUTRAJAYA: Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME15.
"Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME15 adalah sebanyak 48,329 kes berbanding 33,325 kes bagi tempoh sama 2023.
"Sementara 35 kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding 21 kematian bagi tempoh sama pada 2023," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Dr Muhammad Radzi berkata bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan pada ME15 adalah sebanyak 107 lokaliti berbanding 119 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.
Beliau berkata dari 107 lokaliti itu, 87 adalah di Selangor, sembilan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, empat di Pulau Pinang, dua di Kedah dan masing-masing satu di Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Bagi survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata terdapat dua kes direkodkan pada ME15.
Beliau berkata jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini adalah 23 kes dan terdapat satu wabak Chikungunya masih aktif pada ME15.
Bagi survelan zika pula, beliau berkata sebanyak 740 sampel darah dan empat sampel urin telah menjalani saringan zika dan hasil kesemuanya adalah negatif.
"Peningkatan pergerakan disebabkan aktiviti kunjung mengunjung serta rumah terbuka sepanjang Aidilfitri akan meningkatkan risiko jangkitan terutama di lokaliti yang mempunyai kepadatan nyamuk Aedes tinggi apabila terdapat banyak tempat pembiakan di persekitaran," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 19 2024

Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata satu kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada ME15. - Gambar fail

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Satu lagi kematian akibat denggi dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,624 kes pada Minggu Epidemiologi ke-41 (ME41) iaitu bagi tempoh 6 Okt hingga 12 Okt, berbanding 1,639 kes dilaporkan pada minggu sebelumnya.

Kes demam denggi menurun pada ME 37, tiada kematian dilaporkan
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan.

Demam denggi meningkat, 5 lagi kematian direkod minggu lalu
Kes demam denggi dilaporkan terus meningkat kepada 2,805 kes pada Minggu Epidemiologi ke-27 (ME 27) iaitu bagi tempoh 30 Jun hingga 6 Julai lepas berbanding 2,788 kes pada minggu sebelumnya.

Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.

2 kematian akibat denggi minggu lalu
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,438 kes pada Minggu Epidemiologi ke-25 (ME25) iaitu bagi tempoh 16 hingga 22 Jun berbanding 2,900 kes pada minggu sebelumnya.

KKM tambah 9 lokaliti baharu pelepasan nyamuk 'berwolbachia' tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah sembilan lagi lokaliti bagi projek pelepasan nyamuk Aedes 'BerWolbachia' melibatkan beberapa negeri di Semenanjung.

Kes demam denggi menurun pada ME21, empat kematian dilaporkan
Kes demam denggi dilaporkan menurun kepada 2,426 kes pada Minggu Epidemologi ke-21 (ME21) iaitu bagi tempoh 19 Mei hingga 25 Mei lepas.

Kes demam denggi di Kelantan dijangka meningkat semasa Aidiladha
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangka kes-kes demam denggi di negeri ini akan meningkat semasa musim perayaan Aidiladha pada bulan Jun ini.

4,133 kompaun merokok bernilai RM1.02 juta dikeluarkan pada April - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.

Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.