Polis mengesahkan bahawa kisah seorang lelaki berusia 22 tahun diculik untuk diambil organ dan tersebar di laman sosial Facebook awal minggu ini sebagai tidak benar.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Abdul Wahab berkata susulan itu juga bapa mangsa telah menarik balik laporan polis yang dibuat pada 30 Jun lalu.
“Pihak polis ada membawa bapa ‘mangsa' untuk menonton rakaman CCTV di tempat kejadian iaitu di Stesen Petronas Putra Mahkota dan kami lihat tiada apa-apa kejadian yang berlaku.
“Apa yang berlaku pada hari itu adalah lelaki berkenaan meletakkan kenderaan namun terus memindahkan kenderaannya ke tempat yang lain. Lelaki berkenaan kemudiannya keluar dari kawasan Petronas dengan membawa sebuah beg,” ulas ACP Rashid kepada Astro AWANI.
ACP Rashid mengakui bahawa lelaki berkenaan kemudiannya telah ditemui di Bentong seperti yang dilaporkan di Facebook.
“Ya, memang dia ditemui di Bentong tetapi kita masih tidak tahu bagaimana beliau berada di situ.
Lelaki berkenaan telah dihantar ke Hospital Islam Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi untuk pemeriksaan dan pihak doktor mengesahkan bahawa tiada kecederaan dikesan di tubuhnya.
“Bapanya turut berkata yang anaknya mempunyai masalah peribadi. Setelah melihat rakaman CCTV, beliau tidak berminat untuk meneruskan dengan laporan polis yang dibuat,” katanya.
Pada hari Isnin, warga media sosial digemparkan dengan satu berita mengenai "penculikan" seorang lelaki di Stesen Petronas Putra Mahkota oleh tiga lelaki.
Berita yang dikongsi oleh sepupu ‘mangsa’ antara lain berkata pada mulanya seorang lelaki mendekati ‘mangsa’ kerana inginkan pertolongan. ‘Mangsa’ membantu namun ditolak masuk ke dalam sebuah van. Beliau dikatakan telah diikat dan tidak sedarkan diri.
Setelah sedar, dia mendapati dirinya berada di Bentong dan terus bergegas ke balai bomba berhampiran dan kemudiannya menghubungi pihak polis dan bapa saudaranya.
Mesej di Facebook itu turut berkata bahawa Bentong merupakan jalan yang dekat untuk ke Thailand dan ‘mangsa’ akan dibawa ke sana untuk menjadi sebahagian dari mangsa sindiket penjualan organ.
Pihak Astro AWANI turut menghubungi sepupu 'mangsa' untuk meminta maklumat lebih jelas, namun ketika itu dia tidak dapat mengulas lebih lanjut tentang "insiden" ini.
"Maaf. Itu sahaja yang saya boleh kongsi. Pihak polis mengarahkan untuk tidak berkongsi (maklumat) lagi kerana kes masih lagi dalam siasatan polis.
"Dan tentang sepupu saya, dia dalam keadaan trauma dan belum bersedia untuk berkongsi pengalaman beliau," katanya menerusi Facebook.
Kisah penculikan ini telahpun menerima lebih daripada 2000 ’shares’ namun telah dipadam oleh sepupunya pada petang Rabu, iaitu beberapa jam selepas dihubungi oleh pihak Astro AWANI.
Namun ianya telahpun tersebar di beberapa laman media sosial yang lain.
Syafique Shuib
Wed Jul 02 2014
RASHID: Bapa 'mangsa' akui anaknya mempunyai masalah peribadi.
Pas tetap teruskan sertai himpunan solidariti Najib - Takiyuddin
Himpunan solidariti itu bertujuan mempertahankan kuasa dan prerogatif Institusi Yang di-Pertuan Agong daripada manipulasi dan ketidaktelusan.
Nova harap beregu campuran negara manfaatkan peluang pada Terbuka Malaysia 2025
Nova berharap anak buahnya dapat membuktikan kelebihan mereka dan memberikan persembahan terbaik.
Seorang lelaki ditahan disyaki terlibat kes rasuah Puspakom
Suspek berumur 40-an itu ditahan petang semalam hasil kolaborasi strategik antara suruhanjaya itu dengan JPJ.
Mangsa banjir di Kelantan kekal 36 orang
Jumlah mangsa banjir di Kelantan yang membabitkan jajahan Pasir Mas masih kekal sejak semalam, iaitu sebanyak 36 orang pagi ini.
AWANI Pagi: KALEIDOSCOPE 2.0 Platform pamerkan kreativiti pelajar
Ikuti perkongsian berkenaan Kaleidoscope 2.0, konsert tahunan pelajar Komposisi Muzik, UiTM Shah Alam, yang bermula pada 10 hingga 11 Januari 2025, jam 8.45 malam di Dewan Konsert Seri Budiman.
Konsert bakal menampilkan artis utama seperti Elica Paujin, Aisha Retno, Danial Chuer, Daniesh Suffian, dan Luqman Faiz, konsert ini juga melibatkan 26 penyanyi bersama susunan muzik berkonsepkan orkestra.
Konsert bakal menampilkan artis utama seperti Elica Paujin, Aisha Retno, Danial Chuer, Daniesh Suffian, dan Luqman Faiz, konsert ini juga melibatkan 26 penyanyi bersama susunan muzik berkonsepkan orkestra.
Serangan udara Israel di Tebing Barat melampaui batas - PBB
Laporan turut mendedahkan 2024 mencatatkan jumlah tertinggi rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal di Tebing Barat dalam hampir dua dekad.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Houthi dakwa sistem pertahanan AS, THAAD lemah
Israel perlu menyedari tiada sistem pertahanan yang mampu sepenuhnya melindungi mereka daripada peluru berpandu berkelajuan hipersonik.
Serangan Israel di hospital Gaza, UNSC adakan sidang tergempar
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan Presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Januari 2025.
Lelaki maut selepas rumah didiami runtuh
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.05 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak.
Kes culik pemuda 22 tahun untuk organ tidak benar - Polis
Polis mengesahkan bahawa kisah seorang lelaki berusia 22 tahun diculik yang tersebar di Facebook sebagai tidak benar.