KANGAR: Mahkamah Syariah di Perlis akan melaksanakan sesi perbicaraan secara tertutup membabitkan kes perceraian bermula Julai ini.
Istana Arau dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dibuat melalui arahan Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis Jaidi Ahmad setelah dipersembah maklum dan diperkenankan oleh Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah berkenan agar perbicaraan secara tertutup dilaksanakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs) bermula 1 Julai 2023.
Titah perkenan itu dizahirkan ketika Program Forum Safar Ilmu MAIPs bersempena cerapan Rukyah Hilal Awal Zulhijjah 1444 Hijrah anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis di Masjid Al Hussain Kuala Perlis semalam.
Menurut kenyataan itu keputusan berkenaan dibuat adalah bagi menjaga aib pihak-pihak yang terlibat terutamanya melibatkan kes yang mendedahkan keaiban peribadi selain bagi mengelakkan unsur "ghibah" dan boleh membawa kepada fitnah.
Jaidi dalam kenyataan sama berkata pelaksanaan berkenaan dibuat hasil penelitian terhadap amalan yang dilaksanakan di Doha, Qatar.
Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam menegaskan kewajipan menutup aib peribadi seseorang yang tidak boleh diketahui dan diulas oleh pihak lain untuk dimanipulasikan.
"Masyarakat sering membuat penilaian sendiri tentang hubungan rumah tangga orang lain tanpa memahami situasi yang sebenarnya, padahal tiada kepentingan untuk mereka ambil tahu atau memberi komentar," katanya dalam kenyataan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 19 2023

Ketua Hakim Syarie Negeri Perlis Jaidi Ahmad berkata, pelaksanaan sesi perbicaraan secara tertutup membabitkan kes perceraian itu dibuat hasil penelitian terhadap amalan yang dilaksanakan di Doha. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gagal serah notis, sebutan kes cerai Linda-Beego ditunda
Prosiding penceraian membabitkan pasangan pelakon Linda Hashim dan Beego ditangguhkan pada 6 Mac depan.

Linda Hashim tenang, hadir bersendirian
Setakat jam 9.30 pagi, kelibat Beego tidak kelihatan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

'Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip
'Kami dalam proses bercerai, runding hak penjagaan anak' - Hafiz Suip

Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.

Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.

18 tahun bersama, Fazley Yaakob sah cerai
Menurut Fazley, keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama.

'Saya masih sayangkan Fazura' - Fattah
Pelakon berusia 34 tahun itu berharap masalah rumah tangganya bersama Fazura dapat diselesaikan cara baik.

Sebutan kes permohonan cerai Fazura tangguh 7 Oktober
Penangguhan ini bagi memberi ruang perbincangan yang dicadangkan oleh pihak peguam Fattah.

‘Alhamdulillah, tenang’ - Fazura tiba di mahkamah
Fazura diiringi empat pengawal peribadi menaiki kenderaan MPV berwarna hitam manakala pengawal peribadi menaiki kenderaan Range Rover.

Aisyah Hijanah fail cerai terhadap Alif Teega
Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.