Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata terdapat perkembangan positif dalam siasatan kes pembunuhan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim di Putrajaya, 26 April lalu.
Bagaimanapun, kata beliau, pihak polis belum dapat menghebahkan apa bentuknya perkembangan positif itu pada masa ini kerana masanya belum sesuai.
"Kita tidak pernah lupakan kes ini, malah telah memaklumkan setiap perkembangan kepada keluarga mangsa," kata beliau kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lions Clubs International 2013 di sini Jumaat.
Shaharuddin, mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya April lalu.
Dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
Dalam pada itu, Khalid berkata beliau akan merundingkan cadangan menubuhkan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini, dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) secepat mungkin.
"Dalam memastikan keselamatan awam dan negara, polis akan ambil apa jua langkah yang perlu termasuk menguatkuasakan perkara dan fatwa ke atas Syiah ini," katanya.
Khalid berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang memberitahu kementeriannya sedang memperincikan cadangan berkenaan.
Menurut Zahid, cadangan itu antara lain akan membolehkan polis menempatkan pegawai dan anggotanya di Jakim sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Bernama
Fri Dec 13 2013
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika berucap pada Majlis Menandatangani Momarandum Persefahaman dan Kerjasama (MoU) antara Lions Club International dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). -
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Keluarga belum putuskan lokasi pengebumian jenazah Nur Farah Kartini
Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah berkata, perkara itu akan diputuskan oleh ibu mereka yang dijangka tiba dari Miri malam ini.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
Tragedi sambutan hari jadi: Lelaki OKU lemas, 5 rakan ditahan
Polis menahan lima individu selepas seorang rakan mereka yang merupakan orang kurang upaya (OKU) lemas dalam kejadian di kolam renang dekat sebuah hotel di sini pada awal pagi Sabtu.
Lelaki maut dipukul rakan sekerja ketika mabuk
Gara-gara perselisihan faham akibat mabuk, seorang lelaki warga asing maut dipukul rakan sekerja dalam kejadian di sebuah kilang dekat Pulau Meranti di sini pada Jumaat.
Lelaki maut ditikam di perhentian bas
Seorang lelaki dipercayai terlibat dalam pergaduhan di sebuah perhentian bas di Jalan Wakaf Siku di sini meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah disyaki akibat ditikam.
Kes bunuh Nurman Bakaratu dipindah ke Mahkamah Tinggi Tawau
Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Fakrurrazi Ahmad Salim mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.
Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati perogol bersiri 'Rambo Bentong' kerana membunuh
Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang perogol bersiri dikenali sebagai 'Rambo Bentong', yang disabitkan membunuh seorang remaja dan seorang lelaki.
Lelaki dihukum penjara 30 tahun bunuh bekas Ketua MCA Marang
Bekas anggota Rela dihukum penjara 30 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh dengan menembak mati bekas Ketua MCA Bahagian Marang Fong Swee Fuan, tiga tahun lalu.
Tarikh baharu sebutan semula kes bunuh pelajar kolej vokasional 25 Julai ini
Prosiding di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani dijalankan secara tertutup, kerana kes itu melibatkan pesalah di bawah umur.
Budak 3 tahun maut dikelar bapa kandung ketika tidur
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dibunuh bapa kandungnya ketika sedang nyenyak tidur.