Empat murid sebuah sekolah rendah di Jertih di sini merupakan antara lapan individu yang dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung kes buli yang viral di media sosial sejak Khamis.
Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, selain itu, tiga guru serta ibu bapa mangsa turut dipanggil bagi membantu siasatan.
Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah telefon pintar yang dipercayai digunakan bagi merakam kejadian untuk dianalisa.
Ia akan dihantar ke unit forensik di Kuala Lumpur bagi mengenal pasti ketulenan video.
"Pada petang semalam (Khamis) pukul 3 petang, kita dah panggil semua yang terlibat untuk rakam keterangan termasuklah guru-guru di sekolaah berkenaan dan ibu bapa pelajar yang terbabit.
"Kes ini kita siasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan kepada orang lain.
"Setakat ini, kita dah buka kertas siasatan. Kita akan minta Perintah Untuk Menyiasat (OTI) daripada timbalan pendakwa raya untuk meneruskan siasatan," katanya.
Mohd Zamri berkata, hasil soal siasat mendapati, murid berkenaan mengakui perbuatan itu dan kejadian memang berlaku seperti yang disebarkan menerusi media sosial.
BACA: Murid tahun enam di Besut dibuli, dipukul tiga pelajar lain
Sejak tengah hari Khamis, video berdurasi satu minit 26 saat mula tular di Facebook, memaparkan seorang murid lelaki dipukul sekurang-kurangnya tiga murid lelaki, dipercayai dirakam seorang murid lain.
Sementara itu, Bernama melaporkan, perasaan tidak puas hati dipercayai menjadi punca kes buli yang berlaku itu.
Mohd Zamri dipetik berkata, pergaduhan itu pada awalnya hanya melibatkan dua murid Tahun Enam, tetapi salah seorang daripadanya bertindak mengajak rakan-rakan yang lain untuk menyerang dan membuli.
Tambahnya, kesemua murid yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin pula dilaporkan berkata, mangsa buli itu telah menjalani sesi kaunseling di rumahnya bermula Khamis.
"Sesi kaunseling diharap dapat membantu memulihkan semula semangat mangsa supaya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dengan lebih positif.
"Murid yang membuli juga turut menjalani sesi kaunseling agar mereka tahu perkara yang mereka buat itu salah di sisi undang-undang dan manusiawi.
"Sepatutnya mereka bersekolah dalam suasana yang harmoni, tambahan pula mereka adalah rakan sekelas," katanya.
Sesi kaunseling itu akan diteruskan sehingga mangsa menunjukkan perkembangan yang positif.
Astro Awani
Fri Feb 15 2019
Video berdurasi 1 minit 26 saat tular di Facebook memaparkan seorang murid lelaki dipukul sekurang-kurangnya tiga murid lain. - Gambar fail
Nicolas Maduro angkat sumpah Presiden Venezuela untuk penggal ketiga
Di sebalik pelbagai kontroversi termasuk dituduh melakukan rampasan kuasa, Maduro akhirnya kembali memimpin Venezuela.
Trump dilepaskan tanpa syarat, tiada penalti dalam kes bayaran tutup mulut
Trump akan menjadi Presiden pertama Amerika Syarikat dihukum atas pertuduhan jenayah.
Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Seorang pekerja maut, 11 terperangkap dalam lombong arang batu runtuh di Pakistan
Letupan itu berlaku ketika lebih 12 pekerja sedang menggali arang batu di kawasan Sanjidi, Quetta, ibu kota Balochistan.
Interpol lancar alat baharu jejak aset penjenayah sedunia
Interpol memperkenalkan alat baharu dikenali sebagai Notis Perak bagi mempertingkat usaha mengesan aset milik penjenayah.
Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.
MITI kenal pasti 33 indikator, 32 tindakan akan dilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Daya Saing Negara
MITI telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.
KPKT jalin kerjasama kukuhkan sektor perumahan dan kerajaan tempatan
KPKT akan meluaskan kerjasama dengan IPTA dan agensi berkaitan dalam usaha memperkukuh sektor perumahan dan kerajaan tempatan di negara ini.
Mesyuarat ASEAN jadi pemangkin promosi pelancongan di Port Dickson
Pemilihan Port Dickson sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN dijangka memberi impak besar kepada sektor pelancongan di daerah itu.
Pelajar Tingkatan Satu maut dalam kemalangan motosikal
Kemalangan kira-kira pukul 7.10 malam itu menyebabkan mangsa berusia 13 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada anggota badan.
Banjir di Terengganu pulih, dua PPS terakhir di Besut ditutup
Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.
Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa tumbang
Polis Daerah Besut menerima maklumat kejadian yang menimpa mangsa Muhammad Syukri Mat Hussin, 27, kira-kira 4.30 pagi.
Penumpang wanita maut dua kereta bertembung
Mangsa yang berada di bahagian penumpang belakang kereta Honda City meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Buruh binaan maut pacuan empat roda dipandu bertembung lori tanah
Muhammad Haziq yang memandu Ford Ranger dari arah Lata Belatan ke pekan Jabi bertembung dengan lori dari arah bertentangan.
Perhilitan pindah gajah liar di Besut
Perhilitan berjaya memindahkan seekor gajah liar dalam satu operasi pemindahan di Kampung Dendong, Tembila, di Jertih hari ini.
Bangunan runtuh sebabkan dua kematian, pengarah resort didenda RM150,000
Seorang pengarah syarikat Malee Beach Resort didenda RM150,000 kerana gagal mematuhi syarat pembinaan sehingga menyebabkan kematian dua buruh.
13 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya
Tiga belas sungai di enam daerah di Terengganu telah melepasi paras bahaya setakat 12 tengah hari ini, berikutan keadaan hujan berterusan sejak beberapa hari lepas.
Bot terbalik, pemancing udang ditemukan lemas
Mayat Hussin ditemukan terapung di permukaan sungai oleh pasukan penyelamat kira-kira jam 7.45 pagi ini.
Lima lelaki dikhuatiri hilang di Gunung Tebu ditemukan selamat
Lima lelaki yang dikhuatiri hilang ketika melakukan aktiviti mendaki di Gunung Tebu, Jabi di sini ditemukan selamat pada Sabtu.