KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup hari ini.


Ringkasan AI
  • Banjir gelombang ketiga di Terengganu pulih sepenuhnya dengan penutupan dua pusat pemindahan sementara terakhir.
  • Kesemua 44 mangsa daripada 12 keluarga dibenarkan pulang setelah banjir surut dan cuaca kembali cerah.
  • Penduduk diingatkan supaya berjaga-jaga kerana musim Monsun Timur Laut belum berakhir.


Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri memaklumkan PPS Masjid Kampung La dan Dewan Terbuka Kampung Belaoh di Besut ditutup pada 10 pagi tadi.

Menurut sekretariat itu, kesemua 44 mangsa daripada 12 keluarga di dua PPS berkenaan dibenarkan pulang setelah banjir di rumah masing-masing telah pun surut dan cuaca kembali cerah hari ini.

Bagaimanapun, penduduk di negeri ini diingatkan supaya tetap dalam keadaan berjaga-jaga dan peka dengan perubahan cuaca susulan musim Monsun Timur Laut belum berakhir.

Banjir gelombang ketiga di Terengganu yang bermula Ahad lepas (29 Dis) menyaksikan lebih 400 mangsa dipindahkan ke PPS di tiga daerah terkesan iaitu Hulu Terengganu, Besut dan Kemaman.

-- BERNAMA