KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 76 kes pertussis atau batuk kokol dalam tempoh Januari lepas hingga semalam iaitu peningkatan 986 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya tujuh kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Lahad Datu (16), Tawau (15), Putatan (8) dan masing-masing empat kes di Semporna dan Papar.
Katanya Kunak dan Tambunan pula mencatatkan tiga kes manakala Sandakan, Kinabatangan serta Tuaran masing-masing merekodkan satu kes.
"Satu kes kematian direkodkan sepanjang tempoh berkenaan dan 41 kes melibatkan warganegara, 27 Filipina dan lapan kes melibatkan warga Indonesia," katanya kepada pemberita selepas sesi Townhall Kertas Putih Zon Negeri Sabah di sini hari ini.
Beliau berkata pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria iaitu Bordetella pertussis.
"Kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk dan menjangkiti mulut, hidung serta tekak. Ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia, namun bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.
"Lazimnya mereka yang dijangkiti akan mengalami batuk berpanjangan dalam tempoh satu hingga dua minggu. Ia boleh berlarutan hingga dua bulan. Batuk yang teruk dan berpanjangan ini menyebabkan pesakit menjadi kebiruan (cyanosis) kerana tidak sempat bernafas dan keadaan ini boleh mengakibatkan sawan kerana bekalan oksigen ke otak berkurangan," katanya.
Dr Zaliha berkata sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mempertingkatkan pemantauan dan pencegahan secara serius untuk memastikan penyakit berkenaan tidak menular.
Menurutnya langkah pencegahan pelalian merupakan cara pencegahan yang berkesan dan selamat.
"Pelalian adalah menggunakan vaksin pertussis, sekurang-kurangnya tiga dos dan diberikan secara suntikan. Pelalian diberikan kepada bayi sebanyak empat dos mengikut Jadual Program Imunisasi Kebangsaan.
"Pelalian diberi pada umur 2, 3 dan 5 bulan serta dos tambahan pada umur 18 bulan. Seseorang yang mempunyai gejala batuk perlu mengamalkan adab batuk iaitu menutup mulut dan mencuci tangan bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain.
"Seseorang yang bergejala juga dinasihatkan supaya tidak mencium bayi memandangkan bayi berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pertussis," tegasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 28 2023
![Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus - Dr Zaliha Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678779195_TBZALIHAPUTRAJAYA.jpg)
Dr Zaliha berkata pertussis adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria iaitu Bordetella pertussis. - Gambar fail/Bernama
![Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN
Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilay
BYD buka kilang di Thailand, pertama di Asia Tenggara
Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada gelombang pelaburan bernilai lebih 1.44 bilion dolar Amerika daripada pembuat EV China yang mendirikan kilang di Thailand, dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai.
3,000 kilang pintar dijangka sumbang RM36.8 bilion KDNK
3,000 kilang pintar dengan teknologi 5G dijangka akan menyumbang hampir RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pantau Agenda Reformasi: Sungai Bakap Memilih: Analisis kecenderungan pengundi
Ikuti ulasan Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM, Mujibu Abd Muis mengenai prestasi calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menjeland hari pengundian 6 Julai akan datang.
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
!['Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon 'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720087002_sadiqjamil.jpg)
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
![Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Peruntukan untuk pembangunan kawasan, bukan khusus kepada Ahli Parlimen - Fadillah
Fadillah berkata peruntukan untuk ahli Parlimen pembangkang sebenarnya adalah bagi kawasan Parlimen dan tidak ada dikatakan spesifik untuk ahli Parlimen.
![Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708077923_TBPETRONASMALAYSI.jpg)
Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.
![Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621568242_perhilitan.jpg)
Jabatan Perhilitan Selangor nafi zalim, ikut SOP tangkap kera
Perhilitan Selangor nafi laporan yang mendakwa terdapat unsur kezaliman berkaitan pengurusan kawalan konflik kera di Apartment Sunway, Batu Caves.
![Ramai tegur kenapa dengan wajah Fathia Latiff? Ramai tegur kenapa dengan wajah Fathia Latiff?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682954000_TBfathia.jpg)
Ramai tegur kenapa dengan wajah Fathia Latiff?
Wajah pelakon Fathia Latif sekali lagi menjadi perhatian apabila didakwa kelihatan agak berbeza dari mukanya sebelum ini.
![Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus - Dr Zaliha Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678779195_TBZALIHAPUTRAJAYA.jpg)
Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus - Dr Zaliha
Sabah merekodkan 76 kes pertussis atau batuk kokol dalam tempoh Januari lepas hingga semalam iaitu peningkatan 986 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu hanya tujuh kes.
![Pihak berkuasa Jawa Barat mulakan suntikan polio untuk 4 juta kanak-kanak Pihak berkuasa Jawa Barat mulakan suntikan polio untuk 4 juta kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670831415_polio.jpg)
Pihak berkuasa Jawa Barat mulakan suntikan polio untuk 4 juta kanak-kanak
Kerajaan wilayah Jawa Barat akan memulakan kempen vaksinasi polio pada 3 April selepas pihak berkuasa mengesahkan seorang kanak-kanak di daerah Purwakarta dijangkiti penyakit itu.
![JKNP keluar 34 notis kepada peniaga, pengendali makanan bazar Ramadan JKNP keluar 34 notis kepada peniaga, pengendali makanan bazar Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41680100249_BazaarRamadan.jpg)
JKNP keluar 34 notis kepada peniaga, pengendali makanan bazar Ramadan
JKNP mengeluarkan 34 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM3,500 kepada peniaga dan pengendali makanan di bazar Ramadan di negeri ini atas pelbagai kesalahan.
![Perangi Malaria, saintis hasilkan antibodi buatan makmal Perangi Malaria, saintis hasilkan antibodi buatan makmal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71667489742_NYAMUK.jpg)
Perangi Malaria, saintis hasilkan antibodi buatan makmal
Sebuah kajian baharu di Afrika mendapati pemberian sekali dos ubat eksperimen melindungi orang dewasa daripada penyakit malaria sekurang-kurangnya dalam enam bulan.
![JKN Perak perjelas dakwaan warga emas ruam selepas dipaksa ambil vaksin COVID-19 JKN Perak perjelas dakwaan warga emas ruam selepas dipaksa ambil vaksin COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642650925_vaksin.jpg)
JKN Perak perjelas dakwaan warga emas ruam selepas dipaksa ambil vaksin COVID-19
Warga emas itu sendiri bersetuju untuk menerima suntikan tersebut dan telah menandatangani borang persetujuan vaksinasi COVID-19.
![COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19 COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644284480_dospenggalaksaraw.jpg)
COVID-19: Dos penggalak boleh diambil selepas individu pulih dari COVID-19
Individu yang telah divaksinasi dan pulih daripada COVID-19 digesa mengambil suntikan dos penggalak mereka dengan segera.
![Kerajaan perlu bantu KWSP ganda pendapatan, mulakan fasa pemulihan - MTUC Kerajaan perlu bantu KWSP ganda pendapatan, mulakan fasa pemulihan - MTUC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647456658_KSWP.jpg)
Kerajaan perlu bantu KWSP ganda pendapatan, mulakan fasa pemulihan - MTUC
Suntikan perlu diberikan kepada KWSP supaya ia memperbanyakkan pelaburan di luar negara untuk mengembangkan dana.