Tumpahan bahan kimia berlaku lagi di Sekolah Menengah Islam IQ Kuala Lumpur dan kali ini melibatkan asid nitrik dalam kejadian di makmal sekolah kira-kira 1.30 tengah hari tadi.
Asid nitrik boleh menyebabkan mereka yang menghidunya mengalami sesak nafas, pedih mata, sakit dada dan boleh menyebabkan kematian serta merta sekiranya tumpahan dalam kuantiti yang besar.
Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata beberapa guru dan petugas sebuah syarikat swasta yang melakukan kerja-kerja pelupusan diarah mengosongkan bangunan makmal berkenaan apabila sebuah balang 2.5 liter yang mengandungi bahan kimia itu retak dan pecah.
Katanya sebaik tiba, pasukan yang memeriksa makmal berkenaan mendapati satu daripada 12 balang mengalami keretakan dan pecah ketika kerja-kerja pelupusan bahan kimia terbabit dilakukan mengikut jadual berkala.
"Anggota kita telah menabur pasir dan serbuk soda ke atas bahan kimia yang tumpah dan berjaya meneutralkan keseluruhan kepekatan asid berkenaan.
"Operasi melibatkan 14 anggota dan pegawai tamat sepenuhnya kira-kira 4.30 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Pada 8 Ogos lepas, kejadian tumpahan bahan kimia turut berlaku di makmal sekolah berkenaan apabila asid sulfurik bromine pecah ketika sesi pembelajaran.
Sebanyak 17 pelajar lelaki dan lima pelajar wanita dikesan mengalami alahan pada kulit berikutan kejadian itu.
Bernama
Thu Sep 01 2016

Pasukan yang memeriksa makmal berkenaan mendapati satu daripada 12 balang mengalami keretakan dan pecah ketika kerja-kerja pelupusan bahan kimia terbabit dilakukan. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Cecair kimia tumpah, pembantu makmal sekolah dikejarkan ke klinik
Seorang pembantu makmal sains Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Udang di sini dikejarkan ke sebuah klinik selepas cecair dipercayai jenis asid nitrik terpercik mengenai kakinya.

Kebakaran kapal kargo Singapura: Sri Lanka bakal saman
Siasatan jenayah turut dijalankan terhadap kebakaran di atas kapal MV X-Press Pearl itu, yang membawa 25 tan asid nitrik dan sejumlah besar bahan mentah plastik.

Lori terbabas, empat tong asid nitrik tumpah di atas jalan raya
Sebuah lori yang membawa muatan enam tong asid nitrik terbabas menyebabkan empat tong bahan kimia itu terjatuh dan bocor.

Kes bahan kimia tumpah di makmal sekolah berulang
Guru dan petugas sebuah syarikat swasta yang melakukan kerja-kerja pelupusan diarah mengosongkan bangunan makmal apabila sebuah balang 2.5 liter yang mengandungi bahan kimia retak dan pecah.

Lebuhraya Guthrie sesak akibat kebocoran asid nitrik
Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer berikutan anggota penyelamat terpaksa menutup sebelah jalan menghala ke Shah Alam.