Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer berikutan anggota penyelamat terpaksa menutup sebelah jalan menghala ke Shah Alam dan mengalihkan lalu lintas ke laluan Bukit Jelutong bagi kerja pembersihan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata ketika kejadian, treler dari sebuah kilang di Rawang itu membawa muatan enam tong asid sulfurik seberat 6,000 kilogram dan tiga tong asid nitrik seberat 3,000 kilogram.
Bagaimanapun, satu tong berisi asid nitrik seberat 1,000 kilogram bocor, menyebabkan asid itu mengalir ke atas jalan.
Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Menurutnya, pihak bomba berjaya mengawal pengaliran asid menggunakan kaedah penyerapan dan soda ash serta water curtain bagi menghalang wap asid daripada merebak.
Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan.