Tindakan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mengkritik cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 menunjukkan beliau kini terdesak dan takut berhubung kesnya berkaitan Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 yang masih belum selesai.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata Rafizi sengaja cuba mengalihkan kesnya itu kepada dakwaan kononnya pindaan akta itu bertujuan untuk menindas wartawan dan kebebasan media di negara ini.
"Beliau juga dengan sengaja menyatakan bahawa pindaan ini adalah penindasan kepada wartawan dan kebebasan media supaya beliau mendapat sokongan daripada pihak media berhubung dengan perkara ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Isnin.
BACA: Hormati keputusan Peguam Negara kaji semula hukuman OSA - Zahid
VIDEO: Jangan politikkan keputusan AG kaji semula hukuman OSA
Beliau berkata anggota Parlimen Pandan itu tidak mempunyai sebarang imuniti atau keistimewaan dalam konteks undang-undang apatah lagi kes yang melibatkan beliau di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 masih belum selesai.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum ini dilaporkan berkata beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang terlibat membocorkan rahsia negara dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu.
Rafizi dilaporkan memulakan kempen di media sosial bagi mendapatkan seberapa banyak sokongan bagi menolak cadangan pindaan akta itu.
Azalina berkata tindakan Rafizi mendapatkan pelbagai maklumat peribadi, khususnya daripada institusi kewangan, adalah melanggar undang-undang.
"Ketika perbahasan di Parlimen, beliau juga menyatakan bahawa beliau mendapat maklumat yang bocor berhubung pembelian aset kerajaan. Keadaan ini jelas bahawa beliau sendiri telah mengakui secara tidak langsung dan adalah wajar untuk disiasat dan diambil tindakan dengan kadar segera," katanya.
Azalina berkata kes BAFIA yang melibatkan Rafizi telah berlarutan hampir empat tahun dan sepatutnya perlu diputuskan segera kerana menjadi penanda aras kepada sektor kewangan negara.
"Isu ini bukan hanya melibatkan kepentingan individu tetapi boleh mengugat ekonomi dan keselamatan negara. Sekiranya kes tersebut masih ditangguh pihak luar akan beranggapan undang-undang melibatkan perbankan negara adalah longgar.
"Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kebocoran maklumat berlaku sehinggakan mengancam keselamatan negara. Pendedahan kepada umum bukan satu tindakan yang baik sebaliknya mereka yang mempunyai maklumat perlu membawa isu tersebut kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut," katanya.
Sementara itu, Azalina berkata cadangan Peguam Negara untuk menyemak semula OSA 1972 adalah amat tepat bagi Malaysia.
Beliau berkata Mohamed Apandi amat bimbang dengan masalah kebocoran maklumat kerana terdapat banyak kebocoran maklumat terutama maklumat rahsia kerajaan.
"Anda tidak lihat ini berlaku di negara-negara lain, tetapi anda dapat lihat banyak kejadian pecah amanah (membocorkan maklumat) di Malaysia. Tiada kebebasan mutlak, malah di Amerika, bagi media atau sesiapa sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA di sini pada Isnin.
Azalina berkata perlu ada perbezaan antara komen adil, kebebasan bersuara dan pecah amanah.
"Bagaimana kami nak mentadbir jika terdapat banyak pecah amanah oleh pegawai kerajaan atau pihak ketiga, isu yang kami akan kaji hanya melibatkan hukuman seumur hidup dan berat kesalahan," katanya.
Bernama
Mon Feb 08 2016

Azalina berkata Rafizi (gambar) sengaja cuba mengalihkan kesnya itu kepada dakwaan kononnya pindaan akta itu bertujuan untuk menindas wartawan dan kebebasan media di negara ini. - Gambar fail
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar - Fahmi
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil menegaskan apa yang berlaku dalam mesyuarat Kabinet adalah rahsia besar dan tidak boleh didedahkan.

Mahkamah Rayuan mahu lihat laporan sulit kehilangan aktivis secara tertutup
Mahkamah Rayuan mahu kerajaan mengemukakan laporan sulit pasukan petugas khas berhubung kehilangan aktivis Amri Che Mat bagi membolehkan mahkamah menilai kandungan laporan itu.

Kerajaan cadang tubuh Suruhanjaya Maklumat
Suruhanjaya Maklumat bertindak sebagai badan pengawal bebas yang bertanggungjawab mengawal selia Akta Kebebasan Maklumat.

Kerajaan digesa laksana Akta Kebebasan Maklumat, tingkat keyakinan rakyat - SLS
Malaysia perlu mengadaptasi dan melaksanakan Akta Kebebasan Maklumat dalam usaha mengangkat hak demokrasi di negara ini.

Unit komunikasi strategik kementerian akan diperkasa pergiat usaha penyampaian maklumat - Annuar
Annuar berkata usaha itu dilihat perlu agar rakyat tidak terperangkap dengan maklumat separa benar di media sosial.

Maklumat sulit bocor: Kelantan jalankan siasatan dalaman
Mohd Amar mengakui perkara itu berlaku dan mempercayai ia didalangi kakitangan pentadbiran negeri.

'Surat Istana' bocor, Pemuda Pas akan buat laporan polis
Surat tersebut jika benar wujud tentu merupakan surat rahsia dan terhad yang sepatutnya hanya dibaca oleh penerimanya sahaja Perdana Menteri.

Tommy Thomas langgar sumpah jawatan - Ahmad Zahid
Tommy telah melanggar sumpah jawatan Peguam Negara untuk menjaga dan menyimpan kerahsiaan kerajaan pada setiap masa.

Peningkatan CPI Malaysia bukti keberkesanan usaha antirasuah - Liew
Inisiatif termasuk pelancaran Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang menggariskan 22 strategi dengan 115 inisiatif antirasuah untuk menentang rasuah dalam semua sektor di seluruh negara.

Akta Kebebasan Maklumat ganti Akta Rahsia Rasmi - Dr Mahathir
JKKMAR yang bermesyuarat hari ini bersetuju secara prinsip bahawa tempoh masa yang mencukupi harus diberikan kepada proses penggubalan undang-undang itu.