KUALA LUMPUR: Unit komunikasi strategik di semua kementerian akan diperkasa bagi mempergiatkan lagi usaha penyampaian maklumat supaya rakyat tahu usaha yang dijalankan oleh kerajaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Beliau berkata perkara itu diputuskan dengan penambahan peruntukan daripada kelaziman bagi memperkasa kerja-kerja penyampaian informasi dan data kepada pengamal media serta Keluarga Malaysia.
Annuar berkata usaha memantapkan penyampaian informasi di setiap kementerian itu dilihat perlu agar rakyat tidak terperangkap dengan maklumat separa benar di media sosial kerana jika kerajaan tidak memberikan maklumat yang benar, maklumat yang tidak benar mungkin dipakai.
"Apa-apa yang dibincang, diputuskan, kita akan kongsikan dengan rakyat. Saya akan kongsikan dua kali seminggu apa jua maklumat yang diterima dan tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan agar diketahui rakyat. Jadi kena ubahlah cara kita bekerja dengan perbanyakkan beri maklumat kepada rakyat, perlu telus dalam menyampaikan data, maklumat dan perkembangan.
"Bukan itu sahaja, saya juga telah berbincang dengan semua Ketua Setiausaha kementerian. Beri kerjasama kepada media, kepada penyunting dan kesemua pihak yang ingin mendapatkan maklumat tanpa melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya selepas program Bicara Naratif terbitan RTM malam tadi.
Menyentuh mengenai isu bekalan minyak masak dalam negara, Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata pihak yang bertanggungjawab tidak perlu cuba bersembunyi sebaliknya memberi kerjasama kepada usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan.
"Kita beri penegasan kalau mereka tidak beri kerjasama dan saya dapati penyeludupan masih tetap berlaku, kita akan cari pilihan untuk ubah sistem secara menyeluruh, mereka akan kehilangan bisnes.
"Jadi kalau ingin teruskan bisnes, lakukannya dengan betul. Jangan salah guna dana rakyat yang kita beri subsidi tetapi barangnya tidak sampai kepada rakyat.
"Kita mahu mereka jalankan perniagaan dengan perkara yang betul, kita sanggup berikan pelbagai kemudahan termasuk beri kuota kepada mereka kerana kita mahu mereka jalankan bisnes. Tetapi mereka tidak boleh manipulasi sistem sehingga menjadi lemah dan tidak berjaya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022
Annuar berkata, pihak yang bertanggungjawab dalam isu bekalan minyak masak dalam negara tidak perlu cuba bersembunyi sebaliknya memberi kerjasama kepada usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan. - Gambar fail
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Kementerian Pertahanan ambil maklum teguran media
Pihak media dinasihatkan untuk maklum lebih awal dan menggunakan saluran yang betul sekiranya mahu menemu bual menteri pertahanan.