KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu saksi utama dalam perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak dapat hadir memberi keterangan esok kerana cuti sakit selama dua hari.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Ahmad Akram Gharib memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa saksi yang dinanti-nantikan dalam perbicaraan itu mendapat cuti sakit akibat demam panas, vertigo dan muntah.
"Saya menerima pesanan teks daripada pegawai penyiasat (IO) sekitar 11.56 pagi ini memaklumkan bahawa Tan Sri Zeti yang sebelum ini saya maklumkan akan datang esok, telah memaklumkan melalui peguamnya kepada IO bahawa beliau tidak sihat dan mendapat cuti sakit selama dua hari," kata Ahmad Ikram.
Hakim Sequerah menyatakan beliau perlu melihat sijil sakit itu dan Ahmad Akram berkata beliau akan menyerahkan kepada mahkamah.
TPR juga memberitahu mahkamah seorang lagi saksi yang tinggal dan bekerja di Singapura hanya boleh memberi keterangan pada awal Disember dan pihak pendakwaan telah mengatur supaya saksi pendakwaan ke-42, bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dipanggil memberi keterangan esok untuk pemeriksaan balas.
Bulan lepas, pihak pendakwaan berkata, akan memanggil Zeti sebagai saksi pendakwaan dalam perbicaraan itu selepas peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengemukakan soalan terhadap saksi pendakwaan ke-39, bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank, Cheah Tek Kuang, 75, mengenai kehadiran ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low di rumah Zeti.
Mahkamah hari ini juga meneruskan pendengaran penghujahan Muhammad Shafee yang beliau berkata, rakaman audio perbualan yang didakwa antara bekas Perdana Menteri itu dan seorang pemimpin dari Timur Tengah tidak diperoleh secara sah mengikut Seksyen 43 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Bukti yang dipersoalkan berkaitan empat rakaman audio perbualan telefon serta transkrip antara Najib dan beberapa individu terkemuka lain, yang Seksyen 43 terpakai.
"Ini telah menyebabkan Datuk Seri Najib, selain tidak mengetahui identiti individu yang telah membenarkan pemintasan komunikasi yang dimandatkan di bawah Seksyen 43, beliau juga ditinggalkan tanpa sebarang pengetahuan kerana tidak mengetahui kandungan rakaman lain," katanya.
Bagaimanapun, Hakim Sequerah mencelah, mengatakan bahawa pihak pendakwaan masih belum mengemukakan bagaimana rakaman itu diperoleh.
Muhammad Shafee berkata, beliau akan terkejut sekiranya pihak pendakwaan bersedia menyatakan sumbernya secara jelas kerana ia akan mendedahkan negara ini dari segi perisikan cawangan khas dan merakam perbualan individu.
"Individu yang merakam audio itu harus datang ke sini untuk mengenal pasti audio itu... tetapi saya tidak fikir dia akan datang kerana ia akan menjadi pengakuan kerana dia melakukan sesuatu yang tidak betul," hujah Muhammad Shafee.
Ahmad Akram dalam jawapannya berkata, pegawai penyiasat (IO) dari SPRM akan dipanggil pada perbicaraan itu untuk mengenal pasti rakaman audio berkenaan.
Terdahulu, Ahmad Akram memberitahu mahkamah bahawa Timbalan Pendakwa Raya utama, Datuk Seri Gopal Sri Ram mendapat cuti sakit tiga hari berikutan demam dan jangkitan sehubungan itu TPR kanan akan menjawab hujahan Muhammad Shafee mengenai rakaman audio itu pada hari lain.
Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung esok.
Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 23 2022
Saksi utama dalam perbicaraan 1MDB, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz tidak dapat hadir memberi keterangan esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana cuti sakit selama dua hari akibat demam panas, vertigo dan muntah. - Gambar fail BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.