KUALA LUMPUR: Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menafikan pasukan pendakwaan menyembunyikan lima surat hadiah kepada Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak menerima wang hadiah daripada Arab Saudi pada 2011 dan 2012 lalu.
Sri Ram berkata demikian semasa prosiding membabitkan bekas Perdana Menteri itu yang berdepan pertuduhan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ini kerana beliau berkata, semua surat yang dirujuk oleh pasukan pembelaan sudah dikemukakan dalam perbicaraan kes menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd di peringkat pendakwaan dan di peringkat rayuan yang berakhir Ogos lalu.
“Ia merupakan surat sama ditolak Hakim Mahkamah Tinggi di sini (ketika itu), Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan panel-panel hakim di Mahkamah Persekutuan.
“Mereka tidak boleh cakap kami sembunyikan dokumen sebab ia tidak relevan dengan kes yang kami bawa,” katanya ketika mengadu kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.
Sri Ram berkata, tindakan pembelaan merupakan suatu serangan kepada pihak pendakwaan.
Bagaimanapun, beliau berkata, jika ia tetap dibangkitkan, mereka memberi amaran agar pembelaan menghentikan perbuatan tersebut.
Katanya, pendakwaan akan membuat permohonan kepada mahkamah bagi menghalang tindakan itu sekiranya mereka berkeras untuk membicarakan kes ini kepada umum.
Sementara itu, peguam yang mewakili Najib, Wan Aizuddin Wan Mohammed mencelah dengan menyatakan bahawa, kes SRC adalah perkara yang berbeza dan tiada kaitan dalam perbicaraan ini.
"Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah akan menjawab kenyataan yang dikeluarkan pendakwaan, pagi Rabu," katanya sambil menambah bahawa peguam utama Najib itu tidak hadir dalam prosiding pada Selasa kerana tidak sihat.
Sequerah kemudian memberi peluang kepada Muhammad Shafee untuk menjawab aduan berkenaan dalam prosiding seterusnya.
Dalam sidang media di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, Muhammad Shafee mluahkan rasa tidak puas hati atas kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan lima surat berhubung transaksi wang hampir AS$180 juta ke akaun Najib.
Muhammad Shafee dalam kenyataannya berkata, lima surat membabitkan dua daripada Kementerian Kewangan Riyadh dan tiga daripada Putera Faisal Turkey Bandar Al Saud antara Ogos 2011 hingga Ogos 2012.
Beliau berkata, pendakwaan telah memanggil dua saksi iaitu saksi pendakwaan ke-37, (SP-37) Pengurus cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, 43 dan SP-38, Pegawai AmBank, Yap Wai Keat, 57.
Namun katanya, dua saksi ini hanya merujuk kepada dua transaksi pada 13 Jun 2011 dan 23 Februari 2011 daripada Putera Faisal dengan jumlah masing-masing AS$9,999,970.
Najib, 69, menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Oct 04 2022

Gopal Sri Ram (kiri) dan Muhammad Shafee. - Foto BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Najib nafi tamatkan perkhidmatan Abdul Gani kerana siasatan 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu penamatan perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara pada 2015 tiada kaitan dengan siasatan terhadap 1MDB.

Najib akui guna bantuan Jho Low walaupun curiga dengan tindak-tanduknya
Najib mengakui bahawa beliau tetap menggunakan bantuan Jho Low dalam usaha mengukuhkan hubungan dengan Arab Saudi walaupun mempunyai perasaan curiga terhadap lelaki itu.

Najib tidak pasti siapa beri nombor akaun bank peribadinya kepada pihak Arab Saudi
Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pasti siapa yang memberikan nombor akaun bank peribadinya untuk urusan kemasukan sumbangan daripada Arab Saudi.

Hakim nasihat pihak terbabit tidak bincang kes 1MDB di luar mahkamah
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menasihati pihak berkaitan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan di luar mahkamah sehingga boleh menjejaskan perbicaraan.

“Sukarnya mencari sahabat sejati” – Najib Razak
Bekas Perdana Menteri yang diperintah bela diri dakwa, ramai yang hanya tunjuk muka sewaktu mencari kesenangan dan ada juga yang bermuka-muka.

Kes 1MDB: Nasib Najib diketahui esok
Mahkamah Tinggi esok akan memutuskan sama ada Najib dibebaskan atau diperintah membela diri atas pertuduhan menggunakan kedudukan beliau untuk memperolehi suapan dan tuduhan pengubahan wang haram.

Keputusan sama ada Najib perlu bela diri kes 1MDB 30 Okt ini
Keputusan sama ada Najib yang menghadapi pertuduhan menyalah guna kedudukan dan pengubahan wang dana 1MDB perlu membela diri atau tidak akan diputuskan 30 Okt ini.

Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.

Kes 1MDB: Shahrol Azral desak federalisasi TIA - Peguam Najib
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi "amat bersungguh-sungguh" dan mendesak langkah federalisasi Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Kes 1MDB Najib: Unsur kepentingan bukan perkara penting yang perlu dibuktikan - Pendakwaan
Pertuduhan terhadap Najib berhubung dana 1MDB jelas menyatakan tempat, masa, tarikh dan kedudukan beliau sebagai seorang pegawai awam serta kesalahannya.