LAHAD DATU: Kementerian Kesihatan (KKM) dalam fasa akhir menyediakan Kertas Putih Kesihatan yang membabitkan dasar asas baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.
Beliau berkata perkara itu juga membabitkan perkhidmatan kesihatan di Sabah yang memerlukan pemerhatian serta fokus terbaik daripada kerajaan Persekutuan.
Lukanisman yang dalam lawatan kerja pertama kali ke Sabah itu turut berkata selepas COVID-19, negara berdepan krisis perkhidmatan kesihatan dan perkara itu penting untuk diteliti.
"Kita perlu melihat semula keperluan kesihatan terutama perkhidmatan klinik daif termasuk yang memerlukan tenaga kerja ditambah. Sudah tentu maklumat atau input yang saya peroleh dalam setiap lawatan kerja akan dibawa ke pihak jawatan kerja tertinggi kementerian termasuk menteri.
"Kita juga sedia maklum penglibatan kerajaan negeri melalui kerjasama Jawatankuasa Khusus MA63 dan akan kita bincang pada esok hari bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Grand Smile Operation Initiative (GSOI) 2023 di Hospital Lahad Datu, di sini hari ini.
Pada 10 Januari lepas, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata KKM menyasarkan pembentangan Kertas Putih Kesihatan di Parlimen pada pertengahan tahun ini.
Sementara itu, Lukanisman berkata menerusi GSOI sebanyak 58 pesakit sumbing di sini akan menjalani pembedahan bermula hari ini hingga 11 Februari, dengan 11 pakar bedah mulut, tiga pakar bius dan empat pakar kanak-kanak terbabit dalam program itu.
"Objektif utama GSOI adalah mengatasi peningkatan kes sedia ada dan memberikan pendedahan serta kesedaran kepada masyarakat berkenaan sumbing dan rawatan yang boleh dilakukan. Sumbing berlaku akibat kegagalan pembentukan bibir dan lelangit yang berlaku satu dalam 941 kelahiran," katanya.
Beliau berharap terdapat syarikat atau badan bukan kerajaan yang memiliki kewangan untuk menyumbang dan menyediakan aset diperlukan kepada pihak hospital bagi meneruskan program GSOI pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Lukanisman yang dalam lawatan kerja pertama kali ke Sabah itu turut berkata selepas COVID-19, negara berdepan krisis perkhidmatan kesihatan dan perkara itu penting untuk diteliti. - Bernama

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kertas Putih Kesihatan: Sektor swasta diperlukan, perkhidmatan kesihatan lebih efektif - Pakar
Reformasi berkenaan akan membolehkan KKM menumpukan kepada aspek lain berkaitan kesihatan penduduk.

Kertas Putih Kesihatan dalam fasa akhir disiapkan - KKM
Perkara itu juga membabitkan perkhidmatan kesihatan di Sabah yang memerlukan pemerhatian serta fokus terbaik daripada kerajaan Persekutuan.

Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia
Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Kertas Putih Kesihatan cadangkan penubuhan Suruhanjaya Reformasi Kesihatan - Khairy
Cadangan sedemikian bertujuan untuk meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan negara yang kalis masa depan.