Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa (Interpol) dan Aseanapol bagi mengesan 20 etnik Uighur Muslim dari China yang melarikan diri dari pusat tahanan imigresen di selatan Thailand, semalam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata ketika ini belum ada maklumat sahih sama ada mereka memasuki negara ini atau sebaliknya.
"Jika mereka ada di sini (Malaysia), kita akan tahan mereka. Kita akan kerjasama dengan Aseanapol dan Interpol. Kita ada mekanisme untuk mengesan mereka," katanya.
Tambahnya, PDRM ada menerima maklumat pihak berkuasa Thailand dan sedang mengesan kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri itu.
Ahmad Zahid ditemui selepas melancarkan Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Keganasan Kali Ke-3 anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) dengan kerjasama Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Keuangan Indonesia (PPATK) dan Unit Perisikan Kewangan Australia (AUSTRAC) di Sasana Kijang, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Kehakiman Australia, Michael Keenan, Menteri Penyelaras Politik, Perundangan dan Keselamatan Indonesia, Jeneral Wiranto dan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Azyyati Ahmad
Wed Nov 22 2017

Datuk Seri Ahmad Zahid ketika melancarkan Sidang Kemuncak Menangani Pembiayaan Keganasan Kali Ke-3 anjuran Bank Negara Malaysia. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Kerjasama dengan Interpol, Aseanapol kesan 20 etnik Uighur - TPM Zahid
PDRM bekerjasama dengan Interpol dan Aseanapol bagi mengesan 20 etnik Uighur Muslim, China yang melarikan diri dari pusat tahanan imigresen.

Malaysia tekad capai Tahap Satu senarai pemantauan Amerika Syarikat
Giatkan usaha tingkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes pemerdagangan manusia atau perhambaan moden melalui kerjasama dengan Interpol, Adeanapol dan pertukaran maklumat perisikan.