Malaysia sedang menggiatkan usaha meningkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes pemerdagangan manusia atau perhambaan moden melalui kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol), Polis Nasional ASEAN (Aseanapol) dan pertukaran maklumat perisikan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa langkah ini selaras dengan tekad untuk memperbaiki kedudukan negara dari Tahap Dua ke Tahap Satu dalam senarai pemantauan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).
"Kita telah mencapai Tahap Dua tahun selama dua tahun berturut-turut, menjelang tahun 2020 kita nak mencapai Tahap Satu," katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia, di sini pada Isnin.
Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysa di United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.
Ahmad Zahid, yang berada di sini bagi lawatan kerja lima hari berkata beliau akan turut membincangkan mengenai isu ini dalam pertemuannya dengan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri United Kingdom, Amber Rudd, yang dijadualkan Rabu.
Peningkatan Malaysia ke Tahap Satu boleh mempercepatkan kelulusan permohonan Malaysia untuk pengecualian visa dari AS untuk rakyat Malaysia ke negara itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia sebelum ini berdepan masalah untuk meningkatkan bilangan mereka yang dihadapkan ke pengadilan kerana tidak ramai yang boleh menjadi saksi untuk memperkukuhkan bukti bagi sabitan.
"Masalah yang dihadapi pihak pendakwa raya dalam menangani kes-kes pemerdagangan manusia ialah mendapat saksi penting hadir di mahkamah.
"Ini berkait rapat dengan kewujudan jaringan sindiket pemerdangan manusia global," katanya.
Ahmad Zahid berkata pada masa ini pihak AS mendapati walaupun tangkapan Malaysia terhadap pesalah yang terbabit dengan kegiatan ini telah meningkat kepada lebih 100 orang, namun bilangan mereka yang dituduh dan disabitkan di mahkamah masih kecil.
Justeru, katanya, Malaysia dianggap sebagai tidak begitu serius untuk menangani perkara ini.
Oleh itu, katanya, perbincangan telah dibuat dengan pihak Pejabat Peguam Negara bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan bilangan pendakwaan dan sabitan terhadap mereka yang terbabit dalam kes isu pemerdagangan manusia.
Beliau berkata, pada masa ini, lebih 30 orang telah didakwa di mahkamah dan lebih 50 orang lagi dijangka dihadapkan ke muka pengadilan tahun depan termasuk 10 orang yang akan diekstradisi dari Thailand, kerana terlibat dalam kes pengebumian beramai-ramai mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis, pertengahan tahun lepas.
Ahmad Zahid berkata United Kingdom dan Malaysia mempunyai kepentingan bersama dalam isu pemerdangan manusia yang juga diistilahkan sebagai perhambaan moden.
Ini jelas semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May semasa di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York baru-baru ini.
Usaha lebih menyeluruh, katanya, harus dilakukan bagi menangani isu itu terutamanya apabila beberapa usaha yang dijalankan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) bagi menangani masalah ini menemui jalan buntu.
Isu perhambaan moden ini, katanya, adalah penting bukan sahaja di Eropah malah di rantau ASEAN terutamanya Malaysia yang menjadi antara tumpuan pekerja asing untuk mencari mencari peluang kerja.
Ahmad Zahid memulakan lawatan dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak Digital Barriers hari ini, sebuah syarikat peneraju pasaran peralatan dan perisian keselamatan serta risikan global.
Beliau kemudian melawat Penjara Belmarsh di sini dan akan menghadiri jamuan malam bersama peneraju industri United Kingdom. -- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2016
![Malaysia tekad capai Tahap Satu senarai pemantauan Amerika Syarikat Malaysia tekad capai Tahap Satu senarai pemantauan Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/41478535522_DSDrAhmadZahid.jpg)
TPM ZAHID: Menjelang tahun 2020, Malaysia mahu mencapai Tahap Satu dalam senarai Jabatan Negara AS. -Foto Bernama
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723697210_TBMiti.jpg)
Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739980110_AhmadZahidHamidi.jpg)
Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721222055_ZahidHamidi.jpg)
Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
![Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739774978_ASYRAFWAJDI.jpg)
Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.
![Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656843_TBNurAinNabila.jpg)
Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
![Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739096345_ZafrulAbdulAziz.jpg)
Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.
![Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739002734_ZahidHamidi.jpg)
Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.
![Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737550434_ZahidHamidi.jpg)
Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.
![Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738402607_TBAHMADZAHID.jpg)
Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.