ISKANDAR PUTERI: Kerja-kerja baik pulih wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah yang terbakar pada 2016 selesai dijalankan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini diberitahu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata waran peruntukan pembangunan tahun 2017 bagi ICU terbakar itu telah diterima dengan RM984,060 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja baik pulih wad ICU tersebut.
"Wad ini telah digunakan sebagai wad pembedahan am dengan kapasiti 20 katil dan telah mula beroperasi pada September 2020.
"Bagi tahun ini, pihak HSA telah mendapat Hybrid Field ICU dengan kapasiti 10 katil yang mula beroperasi pada 5 Sept," katanya menggulung Belanjawan Johor 2022 pada persidangan DUN Johor di sini hari ini.
Seramai enam pesakit maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua ICU selatan HSA pada 8.56 pagi, 25 Okt 2016 itu.
Mengenai dos penggalak vaksin COVID-19 , Vidyananthan (BN-Kahang) berkata seramai 97,138 penduduk negeri ini telah menerima dos penggalak vaksin Pfizer bermula 13 Okt hingga Selasa lepas.
Beliau berkata pada masa ini, pemberian dos penggalak dilaksanakan bagi penerima vaksin Pfizer yang menerima suntikan sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh akhir dos kedua dan tiga bulan dari tarikh akhir dos kedua bagi penerima Sinovac.
"Pelaksanaan dos penggalak tidak boleh dilaksanakan secara tergesa-gesa memandangkan logistik pengurusan vaksin yang sensitif dan memerlukan perancangan yang rapi.
"Selain itu, terdapat beberapa kekangan yang dihadapi dalam meningkatkan bilangan penerima iaitu antaranya lebih 70 peratus penerima vaksin di Johor menerima vaksin Pfizer yang belum mencapai selang masa enam bulan dari dos kedua. Maka penerima vaksin ini masih belum layak untuk menerima dos penggalak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 25 2021
Seramai enam pesakit maut manakala seorang lagi terselamat dalam kebakaran di tingkat dua ICU selatan HSA pada 8.56 pagi, 25 Okt 2016 itu. - Gambar fail
Bumitra, TH anjur Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan pada 3-5 Jan 2025
Karnival bakal berlangsung di Movenpick Hotel Convention Centre KLIA di Sepang, Selangor, dengan menyasarkan kehadiran 20,000 pengunjung.
Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Kolonel Nadav Shoshani menyebut, terdapat begitu banyak senjata tersebut yang berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Rundingan bebaskan tebusan capai kemajuan - Netanyahu
Netanyahu mendakwa tekanan ketenteraan kini menyebabkan kumpulan Hamas semakin berlembut dalam hal tuntutan mereka.
AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Pelan itu juga memudahkan integrasi dalam proses transformasi sektor air bagi memacu Malaysia sebagai hab utama pelbagai sektor dalam kalangan negara serantau.
London bakal menjadi ibu kota sukan wanita pada 2025 - Datuk Bandar Sadiq Khan
Final Piala Dunia Ragbi Wanita di Twickenham pada 27 Sept akan menjadi kemuncak kepada siri acara menarik yang diadakan di bandar raya itu.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
'Syukur, Akif akhirnya dapat dipindahkan ke HSA' - Ibu mangsa
Ku Amazon berkata, mereka bersyukur apabila hasrat untuk membawa Akif dari Hospital NUH Singapura ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru tercapai.
Tiga cedera dalam kebakaran kilang di Iskandar Puteri
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M.Kumarasan berkata, tiga lelaki terbabit dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan lanjut.
Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera
Laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
Wanita dihalang bertemu doktor kerana pakai seluar pendek
Menerusi perkongsian wanita berkenaan dalam aplikasi X atas nama Carol Yong, kejadian tersebut berlaku semasa dia mempunyai janji temu bersama doktor dengan segera.
Johor sediakan parkir sementara di HSA atasi kesesakan
Kerajaan Johor mengambil inisiatif menyediakan kawasan parkir sementara di Hospital Sultanah Aminah (HSA), bagi mengatasi kesesakan.
20 liter bahan formalin di HSA tumpah - Exco
Sebanyak 20 liter bahan Formalin tertumpah ketika pembantu perawatan kesihatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini sedang menyusun atur bekas berisi bahan itu di stor spesimen.
Pelumba Club Prix Malaysia, Md Izzat Zaidi masih kritikal: 'Bangun la, saya dan anak-anak rindu'
Sejak Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Saman kecuaian babit pesakit maut dalam kebakaran di HSA akan dibicarakan
Tiga saman kecuaian yang difailkan oleh ibu bapa kepada tiga pesakit yang maut dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 2016 akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Poliklinik, parkir kenderaan bertingkat di HSA beri keselesaan, kemudahan kepada pengguna
Onn Hafiz Ghazi berkata hospital awam itu antara yang tersibuk dalam negara dengan mengendalikan 2,134 orang pesakit luar dan 460 orang pesakit di wad kecemasan sehari.
Kerajaan lulus RM500 juta segerakan naik taraf Hospital Sultanah Aminah - Anwar
Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi menyegerakan projek-projek pembinaan fasa pertama di dalam Hospital Sultanah Aminah (HSA), yang dijangka bermula pada tahun ini.