SEJAK Sabtu lalu, pelumba CKJ Racing Team iaitu Md Izzat Zaidi MD Salehan masih dalam keadaan koma dan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan ketika perlumbaan Cub Prix Malaysia.
Isteri kepada Izzat iaitu Elysha Norazlan meluahkan rasa rindu dan berharap suaminya kembali pulih demi anak-anak mereka.
“B bangun la b, sayang rindu… anak-anak pun rindu. Saya tahu awak kuat kan sayang. Anak-anak tunggu daddy dekat rumah tu, Allahuakhbar. Kami rindu sangat dekat awak,” luahnya di beberapa posting di laman sosial.
Sementara itu, Elysha menerusi perkongsian di Instagram turut memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat suaminya itu.
Menurut Elysha, Izzat kini bergantung sepenuhnya pada mesin bantuan pernafasan dan telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru selepas menjalani pembedahan.
“Assalamualaikum, saya isteri kepada Md Izzat Zaidi ingin memohon doa kalian agar diberikan keajaiban serta kesembuhan buat suami saya.
“Izzat telah menjalani pembedahan disebabkan banyak kecederaan di bahagian paru-parunya dan sebahagian tulang rusuk yang patah. Izzat kini bergantung 100% pada mesin bantuan pernafasan dan buat masa sekarang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
“Keadaannya sangat kritikal. Semoga Allah S.W.T mudahkan urusan dan angkat segala penyakit beliau,” kongsinya.
Terdahulu, Izzat dilaporkan mengalami kecederaan yang teruk seperti patah tulang rusuk kiri dan pendarahan pada paru-paru selepas terlibat dalam kemalangan sewaktu sesi ‘Super-Pole’ pada perlumbaan Cub Prix Malaysia yang diadakan di Litar Bandar Medini,Iskandar Puteri pada Sabtu.
Menerusi video yang tular, Md Izzat dipercayai melanggar penghadang jalan sebelum terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar. - Gempak
Gempak
Mon Oct 09 2023

Elysha menerusi perkongsian di Instagram turut memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan kesembuhan buat suaminya itu. - Gambar Gempak
AWANI Tonight: Court rejects bid against ag's appeal on royal addendum order
The Federal Court unanimously dismissed Datuk Seri Najib Razak's objection to the government's appeal on a royal addendum order.
AWANI Tonight: Russia-UAE: Ties strengthen amid shared values and historic bonds
Abu Dhabi’s non-adherence to anti-Russian sanctions reflects strong ties between Presidents Vladimir Putin and Mohammed bin Zayed, says Ravil Gainutdin, Chairman of the Spiritual Administration of Muslims of Russia.
AWANI Tonight: Countries extend giant panda loan agreement
China and Malaysia have extended the loan agreement for Zoo Negara's pandas, Fu Wa and Feng Yi, now known as Xing Xing and Liang Liang, according to Minister Nik Nazmi Nik Ahmad.
Consider This: Healthcare Workforce — Overworked, Undervalued, and Leaving?
Malaysia’s healthcare workers are at a breaking point, with burnout and resignations threatening the sustainability of our medical system. In response, the Health Ministry has proposed some workforce reforms, including a shorter one-year housemanship, an easing of entry requirements for nurses, and a premature cancellation of the Waktu Bekerja Berlainan (WBB) system. But will these reforms ease the burden or create new challenges? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira, President of the Malaysian Medical Association, which is the main representative body for all registered medical practitioners in Malaysia.
AWANI Ringkas: Peniaga jangan jual santan cair - Fuziah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Siasat tindakan guru suruh pelajar balik China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [24/3/2025] – Keuntungan bersih kepada RM13.16 bilion | Tunggu keputusan mahkamah rayuan | Operasi 24 jam seminggu
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Fauzi Zin
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Bank Negara catat rekod tertinggi, bayar dividen RM5.25 bilion kepada kerajaan
- Sah ! Peruntikan sudah diluluskan kepada Ahli Parlimen Muar
- Pelancaran robot keselamatan AI pertama di Malaysia
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Bank Negara catat rekod tertinggi, bayar dividen RM5.25 bilion kepada kerajaan
- Sah ! Peruntikan sudah diluluskan kepada Ahli Parlimen Muar
- Pelancaran robot keselamatan AI pertama di Malaysia

Gagal pamer tanda harga, tiga peniaga di Melaka dikompaun
Kompaun berkenaan dikeluarkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Tang Jie-Ee Wei direhatkan sementara waktu - Nova Widianto
Nova Widianto mengambil keputusan itu bagi memberi ruang buat pasangan keempat dunia itu menjernihkan semula hubungan mereka.

Kerajaan rangka strategi nasional, rangka NGCC perkukuh ekonomi - Tengku Zafrul
Inisiatif penting itu akan memantau tarif, sekatan dan risiko rantaian bekalan, sekali gus menyelaras tindak balas merentas kementerian dan sektor.

Pelumba Izzat Zaidi kritikal selepas kemalangan di Cub Prix Malaysia
Pelumba Izzat Zaidi Md Salehan kritikal selepas terlibat kemalangan ketika sesi 'Super-Pole' pada perlumbaan Cub Prix Malaysia.