Tiga termasuk seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut selepas kereta jenis Perodua Bezza yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh berdekatan susur keluar Lebuhraya CSR Selborne di sini, pagi ini.
Kejadian jam 5.50 pagi itu mengakibatkan pemandu Perodua Bezza, Chong Mum Tong, 47 tahun, penumpang, Len Wee Keong, 42 tahun dan Chan Yung Sing, 11 tahun maut serta merta di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, kejadian berlaku ketika pemandu Perodua Bezza itu dari arah Gua Musang menuju ke Kuala Lumpur.
"Sewaktu sampai di tempat kejadian pemandu kereta berkenaan dipercayai memandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar belakang sebuah treler yang dipandu Hasnan Hussin, 43 tahun.
"Akibat pertembungan itu, Perodua Bezza berkenaan remuk teruk dan melekat di bahagian belakang sebelah kiri treler. Kesemua mangsa lelaki di dalam kereta berkenaan tersepit dan dikeluarkan oleh pihak bomba," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, kesemua mangsa yang berasal dari Gua Musang, Kelantan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat.
Bagaimanapun katanya, pemandu lori berkenaan yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Perodua Bezza yang memandu laju lalu hilang kawalan dan melanggar belakang traler dan tiada unsur jenayah berlaku.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya lagi.
Noraniza Kamsani
Mon May 14 2018
Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan di di Kilometer 22 Jalan Lipis-Merapoh berdekatan susur keluar Lebuhraya CSR Selborne di sini, pagi ini. - Foto Ihsan Bomba
Ronaldo pertimbang ambil alih Manchester United
Bintang bola sepak Cristiano Ronaldo menyatakan minat untuk kembali ke Old Trafford, namun kali ini sebagai pemilik Manchester United, dengan harapan dapat mengembalikan kegemilangan bekas kelabnya itu.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Pemain berusia 39 tahun itu yakin mampu menangani isu yang melanda United ketika ini.
Samenta gesa Kelantan pertimbang semula keperluan pensijilan halal bagi pengusaha F&B
Katanya, kerajaan Kelantan perlu bekerjasama dengan pengusaha F&B untuk promosi sijil halal dan dengan pihak berkuasa untuk kurangkan beban mereka.
7 laporan dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian secara halus.
Bayi di Gaza meninggal dunia akibat cuaca sejuk, kekurangan tempat perlindungan - UNRWA
Selimut, tilam dan bekalan musim sejuk lain tersekat selama beberapa bulan sementara menunggu kelulusan untuk dibawa masuk ke Gaza.
'Becoming Hannah': 7 laporan polis dibuat terhadap Hannah Yeoh
Polis setakat ini menerima tujuh laporan terhadap Hannah Yeoh berhubung penerbit buku berjudul Becoming Hannah yang dipercayai mengandungi unsur penyebaran agama Kristian.
Kebuluran semakin tenat di Gaza - WFP
Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan.
AWANI Ringkas: Ronaldo mahu kembali ke Old Trafford
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rayuan Barcelona ditolak mahkamah
Olmo menandatangani kontrak dari RB Leipzig pada Ogos lalu tetapi hanya didaftarkan pada separuh pertama musim ini.
Trump minta penangguhan pengharaman TikTok
Presiden yang bakal dilantik, Donald Trump, menggesa Mahkamah Agung Amerika Syarikat menangguhkan pelaksanaan undang-undang yang boleh mengharamkan TikTok atau memaksa penjualannya.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Trump berpendapat beliau memerlukan masa selepas mengambil alih jawatan untuk mencari penyelesaian politik terhadap isu tersebut.
Andalan 2025: Detik penting buat malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Sedekad selepas Malaysia menjadi pengerusi ASEAN, 1 Januari ini negara sekali lagi diberi tanggungjawab mempengerusikan kumpulan serantau itu.
967 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu fokus ubah suai motosikal, samseng jalanan
Sebanyak 967 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.
Azry Akmar Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu
Datuk Azry Akmar Ayob dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur yang baharu berkuat kuasa 7 Ogos depan.
Treler rosak 'makan jalan' punca kemalangan di Lipis
Kemalangan yang melibatkan sebuah bas dan sebuah treler di Kilometer 16 Jalan Lipis-Merapoh malam tadi berpunca apabila pemandu bas berkenaan tidak menyedari treler rosak itu diletakkan di tepi jalan.
Kelindan putus kaki selepas lori langgar treler
Seorang kelindan putus kaki kiri manakala pemandunya cedera ringgan selepas lori yang dinaiki melanggar belakang sebuah treler.
Jangan tularkan, tiada kejadian kren terbalik di lebuh raya CSR - Polis
Polis hari ini, menafikan dakwaan kejadian kren terbalik di laluan keluar Fasa 3 Merapoh, Lebuhraya Central Spine (CSR) sehingga menyebabkan kesesakan sepanjang 15 kilometer yang tersebar di laman sos
Kereta rempuh belakang treler di Lipis, tiga termasuk kanak-kanak maut
Kejadian berlaku ketika pemandu Perodua Bezza itu dari arah Gua musang menuju ke Kuala Lumpur.