KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan cukai karbon dalam masa terdekat ini, demikian menurut Kementerian Kewangan.
Bagaimanapun, kementerian itu melihat terdapat keperluan jangka panjang untuk mengkaji kebolehlaksanaan cukai karbon sebagai antara instrumen yang menyokong aspirasi negara dalam mencapai pengurangan intensiti pelepasan gas rumah kaca sebanyak 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2030, seperti yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).
"Kajian pelaksanaan cukai karbon perlu dibuat secara komprehensif bagi mengenal pasti mekanisme yang bersesuaian di negara ini serta impak pelaksanaannya terhadap industri dan pengguna.
"Kajian ini juga perlu merujuk kepada amalan terbaik yang telah dilaksanakan di negara-negara lain yang telah terdahulu melaksanakan cukai karbon," kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Khamis.
Kementerian Kewangan berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang meminta ia menjelaskan sama ada kerajaan bercadang mengenakan cukai atau memberi insentif karbon untuk menggalakkan penggunaan tenaga hijau yang lebih mesra alam sekitar.
Menurut kementerian tersebut, mekanisme pelaksanaan cukai karbon juga perlu berpandukan dasar berkaitan mitigasi karbon yang dirangka oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim serta selari dengan Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040 yang disasarkan di bawah Dasar Tenaga Negara.
Di samping itu, formulasi dasar cukai karbon perlu turut diselaraskan dengan dasar pemberian subsidi ke atas bahan api supaya kedua-dua objektif dasar tersebut tidak bercanggah antara satu sama lain.
"Kerajaan turut memberi fokus kepada keperluan untuk pembangunan negara melalui pertumbuhan hijau yang memberi penekanan kepada pembangunan rendah karbon, kecekapan dan kemampanan sumber serta pemeliharaan alam sekitar," katanya.
Bagi menggalakkan penggunaan teknologi hijau dan sumber yang boleh diperbaharui sebagai satu inisiatif menyokong aspirasi negara, kerajaan pada masa ini telah menyediakan beberapa insentif cukai, antaranya; Green Investment Tax Allowance (GITA) iaitu Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus diberi kepada syarikat yang membuat perbelanjaan modal bagi menjalankan aktiviti hijau yang layak. Elaun ini boleh ditolak sehingga 70 peratus daripada pendapatan berkanun.
Selain itu, kerajaan juga menyediakan Green Income Tax Exemption (GITE) iaitu pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus ke atas pendapatan berkanun yang diberikan kepada syarikat yang menjalankan aktiviti perkhidmatan hijau yang layak termasuk aktiviti solar leasing.
Selain itu, kerajaan turut menyokong usaha untuk meningkatkan mobiliti mesra alam ke arah mencapai status Negara Rendah Karbon, dengan menggalakkan pembangunan dan penggunaan kenderaan mesra alam yang mengurangkan pencemaran udara.
Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan turut menyediakan insentif cukai seperti pengecualian duti import sepenuhnya ke atas komponen kenderaan elektrik pemasangan tempatan; pengecualian duti eksais dan cukai jualan sepenuhnya ke atas kenderaan elektrik pemasangan tempatan; pengecualian duti import dan duti eksais sepenuhnya ke atas kenderaan elektrik import; dan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi kos pemasangan, sewaan, dan pembelian termasuk sewa-beli peralatan atau yuran langganan kemudahan pengecasan kenderaan elektrik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
![Kerajaan tidak bercadang laksana cukai karbon dalam masa terdekat - Kementerian Kewangan Kerajaan tidak bercadang laksana cukai karbon dalam masa terdekat - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665562678_Perbendaharaan.jpg)
Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan cukai karbon dalam masa terdekat ini, demikian menurut Kementerian Kewangan. - Gambar fail
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Keseimbangan cukai dan insentif penting untuk tangani pelepasan karbon perindustrian Keseimbangan cukai dan insentif penting untuk tangani pelepasan karbon perindustrian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721868158_TengkuZafrulAziz.jpg)
Keseimbangan cukai dan insentif penting untuk tangani pelepasan karbon perindustrian
Kerajaan sedang mengkaji untuk melaksanakan cukai karbon sebagai dorongan kepada syarikat tempatan untuk mengurangkan pelepasan karbon.
![Malaysia akan perkenal penukaran tenaga, dorong eksport tenaga RE - Nik Nazmi Malaysia akan perkenal penukaran tenaga, dorong eksport tenaga RE - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51689323764_NikNazmi.jpg)
Malaysia akan perkenal penukaran tenaga, dorong eksport tenaga RE - Nik Nazmi
Malaysia akan memperkenalkan Penukaran Tenaga untuk menyokong eksport tenaga boleh baharu (RE) ke negara-negara jiran, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
![Kerajaan tidak bercadang laksana cukai karbon dalam masa terdekat - Kementerian Kewangan Kerajaan tidak bercadang laksana cukai karbon dalam masa terdekat - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665562678_Perbendaharaan.jpg)
Kerajaan tidak bercadang laksana cukai karbon dalam masa terdekat - Kementerian Kewangan
Kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan cukai karbon dalam masa terdekat ini, demikian menurut Kementerian Kewangan.
![Kerajaan diminta beri pengecualian cukai untuk tenaga boleh diperbaharui Kerajaan diminta beri pengecualian cukai untuk tenaga boleh diperbaharui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/61600352763_felokorporat.jpg)
Kerajaan diminta beri pengecualian cukai untuk tenaga boleh diperbaharui
Plus Solar Systems Sdn Bhd berharap kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi pengecualian cukai baharu bagi sektor tenaga boleh diperbaharui RE dalam merangka Belanjawan 2021.
![Malaysia bercadang kenakan cukai karbon ke atas pelaburan berkaitan kelestarian Malaysia bercadang kenakan cukai karbon ke atas pelaburan berkaitan kelestarian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-07/71499497569_DSZainiUjang.jpg)
Malaysia bercadang kenakan cukai karbon ke atas pelaburan berkaitan kelestarian
Malaysia bercadang untuk mengenakan cukai karbon ke atas pelaburan yang berkaitan dengan kelestarian pada masa hadapan, dalam usahanya bagi menangani perubahan iklim.