PUTRAJAYA: Kerajaan berjaya menarik nilai potensi pelaburan berjumlah RM30 juta dari Australia termasuk hasil gandaan ekonomi seperti peluang pekerjaan dan potensi eksport ke negara itu hasil Misi Perdagangan Francais Malaysia ke Melbourne, Australia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mengetuai misi itu ke Franchising And Business Opportunities Expo 2023 (FBOE 2023) diadakan pada 3 hingga 6 Mei lepas berkata ini susulan penyertaan rancak pemain industri francais tempatan dalam pameran tersebut.
Katanya, objektif utama misi perdagangan itu untuk memacu dan menggalakkan pengembangan jenama Malaysia ke Australia termasuk bekerjasama dengan pelabur-pelabur berpotensi dan bersesuaian.
Beliau berkata lebih banyak jenama francais yang mapan dari Australia akan dibawa masuk untuk diperkenalkan di Malaysia dan begitu juga sebaliknya.
"Ini akan mengukuhkan hubungan ekonomi di antara dua negara dan Australia antara 10 negara teratas sebagai rakan global Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Salahuddin berkata misi perdagangan antarabangsa Francais Malaysia berkenaan adalah yang pertama untuk tahun ini.
Sementara itu, semasa berucap pada Majlis Perasmian Pavilion Malaysia di pameran tersebut, beliau berkata ia satu peluang yang baik bagi syarikat francais Malaysia untuk bekerjasama dengan bakal ahli perniagaan francais Australia bagi mengembangkan perniagaan mereka dalam pasaran Australia.
"Saya percaya terdapat banyak peluang perniagaan untuk diterokai di Australia. Baru-baru ini, Marrybrown telah melantik francaisi induk mereka di Australia manakala Smart Reader Kids telah membuka cawangan keempat di Melbourne.
"Ini adalah contoh yang baik untuk syarikat lain menembusi pasaran antarabangsa dengan mempromosikan jenama Malaysia, sekali gus meningkatkan reputasi Malaysia di pasaran eksport antarabangsa," katanya.
Selain itu, katanya terdapat cadangan beberapa negara lain untuk misi perdagangan seperti Thailand, Indonesia, Turkiye dan India yang akan bermula Julai hingga Oktober tahun ini.
Menurut beliau, sehingga kini sebanyak 68 jenama francais Malaysia telah berkembang ke 75 negara dan antara yang telah menembusi pasaran Australia ialah Marrybrown, Tealive, Global Art, Smart Reader Kids dan Aloha Mental Arithmetic.
Sempena misi tersebut, beliau turut mengadakan beberapa aktiviti termasuk lawatan ke Australian Business Registry Services (ABRS), Konsulat Jeneral Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), syarikat francais tempatan, agensi, persatuan, pihak berkepentingan serta sesi perbincangan meja bulat dengan pihak Franchise Council of Australia (FCA).
Beliau juga mengambil peluang untuk menziarahi dan menyantuni pelajar Malaysia di Malaysian Hall selain bertemu dengan pemimpin Muslim tempatan iaitu Persatuan Islam Victoria di Masjid Preston.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 07 2023
Salahuddin (tiga, kiri) ketika mengetuai misi ke Franchising And Business Opportunities Expo 2023 (FBOE 2023) diadakan pada 3 hingga 6 Mei lalu. -Facebook Salahuddin Ayub
Pengerusi ASEAN: Malaysia berpeluang tingkat kerjasama sektor takaful, takaful semula
Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula.
FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.
NADMA bina lapan lagi pusat pemindahan kekal seluruh negara
Kerajaan merancang membina lapan lagi pusat pemindahan kekal (PPK) yang lengkap dengan kemudahan asas selesa di seluruh negara untuk kegunaan mangsa banjir.
EV pemacu peralihan hijau, atasi kebergantungan petrol - Liew
Penggunaan kenderaan elektrik (EV) perlu dilihat sebagai langkah penting dalam usaha peralihan hijau Malaysia selain mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api petrol.
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Australia akan perkenal RUU haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
Pengharaman adalah secara menyeluruh walaupun pengguna menerima kebenaran daripada ibu bapa mereka.
Ahli farmasi warga Malaysia maut ditikam berulang kali di Melbourne
Seorang ahli farmasi warga Malaysia dibunuh di timur laut Melbourne, Australia pada Rabu lalu.
SOJC: Great Britain muncul juara kali keempat
Kemenangan skuad kendalian Jon Bleby itu ialah kali yang keempat selepas menjulang piala edisi 2015, 2018 dan 2019.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Kelayakan Piala Dunia: Australia musnahkan rekod sempurna Jepun
Gol sendiri Shogo Taniguchi memberi Australia kelebihan pada minit ke-58 tetapi kesilapan Camron Burgess menyelamatkan maruah Samurai Biru.
Australia minta rakyat tinggalkan Israel segera
Australia telah mengemas kini nasihat perjalanan untuk rakyatnya di Israel, menggesa mereka meninggalkan Israel dengan kadar segera.
Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel
Sekatan kewangan dan larangan perjalanan dikenakan terhadap lima individu Iran, selari dengan langkah serupa oleh AS dan UK.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Indonesia anjur latihan ketenteraan Super Garuda Shield, Malaysia sebagai negara pemerhati
Malaysia bertindak sebagai negara pemerhati bersama negara lain termasuk Brazil, Brunei, Fiji, Jerman, India, Belanda, Filipina dan Arab Saudi.