JOHOR BAHRU: Kerajaan akan menambah dua mesin pengimbas bagi laluan pejalan kaki di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, bagi menangani kesesakan di Tambak Johor, mulai Jun depan.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata tindakan itu merupakan antara langkah penyelesaian jangka masa pendek untuk mengatasi kesesakan memandangkan kini hanya sebuah mesin pengimbas disediakan di kompleks berkenaan.
Selain itu, beliau berkata kerajaan juga telah menambah laluan lori tanpa muatan kepada dua lorong berbanding hanya satu lorong sebelum ini.
"Kunjungan saya hari ini berkaitan dengan teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mahu tindakan diambil untuk mengatasi kesesakan di CIQ BSI ini.
"Penambahan lorong lori tanpa muatan dan mesin pengimbas ini adalah melibatkan kos berjumlah kira-kira RM1 juta," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja di CIQ BSI, pada Isnin.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri. Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Sementara itu, Ahmad berkata pihaknya akan mengkaji permintaan kerajaan negeri Johor untuk menambah lorong motosikal sedia ada di kompleks berkenaan daripada 50 lorong kepada 75 lorong.
"Permohonan ini dilihat wajar dan mampu dilaksana tanpa melibatkan kos perbelanjaan besar, kerana ia tidak membabitkan pembinaan struktur bangunan baharu sebaliknya hanya ubah suai kaunter Jabatan Imigresen sedia ada.
"Untuk tujuan tersebut, kita jangka ia akan menelan kos sebanyak RM2.57 juta untuk dilaksana, tetapi ini masih di peringkat perbincangan, belum diputuskan lagi," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pontian itu turut memuji Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana telah berjaya membuat kutipan cukai melebihi sasaran ditetapkan untuk tahun 2022.
"Tahniah kepada JKDM kerana berjaya membuat kutipan cukai sebanyak RM3.71 bilion tahun lepas, melebihi sasaran awal ditetapkan iaitu RM3.61 bilion. Ini satu pencapaian baik dan kita percaya ia boleh ditingkatkan lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 06 2023

Tindakan itu merupakan antara langkah penyelesaian jangka masa pendek untuk mengatasi kesesakan. - Foto fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis Johor siasat dakwaan anggota trafik minta dan terima wang di Tambak Johor
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.

KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Penggunaan kod QR di Tambak Johor diperluas kepada pengangkutan lain mulai 2025
Proses perolehan bagi penggunaan kod QR di Tambak Johor akan dimuktamadkan bagi tahun kewangan semasa.

Hampir dua juta pergerakan guna kod QR direkod di Tambak Johor
Penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyRENTAS di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sejak 1 Jun lepas telah merekodkan hampir dua juta pergerakan.

VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Seabad Tambak Johor: Peranannya menghubungkan budaya dan sejarah
Adam berkata, pada 1970-an dia sering ke Johor Bahru melalui Tambak Johor untuk menonton wayang, rawatan perubatan dan melawat datuk di Pontian.

PM Singapura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia sempena 100 tahun Tambak Johor
Wong berkata Tambak Johor yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924, telah menjadi penghubung antara rakyat dari kedua-dua negara selama 100 tahun.

Tunku Mahkota Ismail berkenan sempurnakan 100 tahun Tambak Johor
Kedua-dua delegasi melibatkan kepimpinan kerajaan negeri Johor dan kerajaan Singapura bertukar cenderahati menandakan hubungan utuh satu abad.

'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.