JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan Majlis Sambutan 100 Tahun Perasmian Tambak Johor di tengah-tengah tambak yang menghubungkan sempadan antara Malaysia dan Singapura itu hari ini.
Tunku Mahkota Ismail turut berkenan menyaksikan pelepasan 100 ekor burung merpati oleh Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Luar republik itu Vivian Balakrishnan sebagai simbolik upacara berkenaan.
Pada majlis itu, kedua-dua delegasi melibatkan kepimpinan kerajaan negeri Johor dan kerajaan Singapura turut bertukar cenderahati menandakan hubungan utuh satu abad.
Turut hadir, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani serta Pengerusi Pejabat Ekonomi, Pelancongan dan Kebudayaan Johor (JETCO) Datuk Seri Hasni Mohammad.
Majlis bersejarah itu berlangsung selama 10 minit di atas Tambak Johor yang dianggap sebagai laluan darat "paling sibuk di dunia" dan tamat pada 9.05 pagi.
Setelah keberangkatan pulang Pemangku Sultan Johor, majlis diteruskan dengan delegasi kehormat lain melawat Pameran Sambutan 100 Tahun Perasmian Tambak Johor di Muzium Tokoh Johor, Bukit Senyum, di sini.
Delegasi yang diketuai Onn Hafiz itu kemudian berangkat ke Masjid Temenggong Ibrahim, Teluk Blangah, Singapura untuk menunaikan solat Jumaat sebelum ke Pameran Sambutan 100 Tahun Tambak Johor di Woodlands Civic Centre, Singapura.
Tambak Johor atau dikenali juga sebagai Koswe merupakan sambungan laluan darat antara Malaysia dan Singapura sepanjang 1,056 meter yang dirasmikan pada 1924, diikuti Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua), Iskandar Puteri dibuka pada 1998.
Dianggarkan 350,000 pengembara berulang-alik antara kedua-dua negara setiap hari menggunakan pelbagai jenis kenderaan bermotor dan kereta api di Tambak Johor yang turut selain menempatkan laluan paip yang membekalkan air mentah kepada Singapura.
Sementara itu, Onn Hafiz berkata kepada pemberita, majlis itu sangat signifikan khususnya untuk warga Johor dan Singapura sebagai tanda kerjasama erat yang telah terjalin antara kedua-dua pihak selama ini.
"Kami berharap majlis ini akan mengukuhkan lagi semangat persaudaraan dan kejiranan antara Malaysia dan Singapura, serta Johor," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Tunku Mahkota Ismail (tengah) berkenan menyaksikan penyerahan cenderahati daripada Onn Hafiz (tiga, kanan) kepada Vivian (tiga, kiri) pada Sambutan 100 Tahun Tambak Johor di tengah tambak sempadan Johor dan Singapura hari ini. --fotoBERNAMA
Lelaki tikam kekasih 79 kali selepas diberitahu hamil
Suspek dikenali sebagai Jibril turut menafikan bahawa dia merupakan bapa kepada bayi yang dikandung wanita terbabit.
Jiwa SME: Membawa tradisi sulaman ke dunia fesyen kontemporari
Bersama Pengurus Pemasaran & Jualan, Hanna Rauda berkongsi rahsia keindahan seni sulaman Hanna Rauda, sebuah jenama yang menerapkan warisan sambil kekal relevan di era moden.
UCL: Arsenal selangkah mara ke pusingan 16 terbaik
Declan Rice, Kai Havertz dan Martin Odegaard masing-masing menjaringkan gol bagi membantu pasukan memperkukuh status.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Januari 2025
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Pengurus rancangan Felda disyaki salah guna kuasa ditahan
Suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.
Tunku Mahkota Ismail rasmi Festival Perarakan Chingay 2024
Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan simbolik perasmian festival itu dengan memalu gendang di pentas utama berhadapan pusat beli-belah Komtar JBCC.
Tunku Mahkota Ismail mahu lihat pendidikan anak Johor dipertingkat - Exco
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mahu melihat pendidikan anak Bangsa Johor dipertingkat dan tiada keciciran.
Tunku Mahkota Ismail perkasa belia di Johor menerusi TMIYC
TMIYC bukan saja memberi peluang kepada belia menjalankan aktiviti rekreasi dan riadah, malah berpotensi melahirkan generasi muda berkualiti dan berkeyakinan tinggi.