JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim malam ini berkenan berangkat merasmikan Festival Perarakan Chingay 2024 di Jalan Wong Ah Fook di sini.
Turut berangkat ke festival itu Raja Muda Johor Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan paduka anakanda Tunku Khalsom Aminah Sofiah.
Hadir sama Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Ling Tian Soon serta Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K. Raven Kumar.
Tunku Mahkota Ismail, yang berangkat tiba pada 8.40 malam, berkenan menyempurnakan simbolik perasmian festival itu dengan memalu gendang di pentas utama berhadapan pusat beli-belah Komtar JBCC.
Sebanyak 13 kereta berhias dan sekurang-kurangnya 10 kumpulan tarian singa serta naga berarak sepanjang lapan kilometer yang bermula dan berakhir di Tokong Xing Gong, Jalan Ulu Air Molek di sini.
Orang ramai turut dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian tradisional dan kebudayaan serta pertunjukan bunga api dan wusyu.
Dianggarkan lebih 300,000 pengunjung hadir menyaksikan festival itu yang merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Johor.
Perarakan Chingay ialah acara kebudayaan masyarakat Tionghua di Johor sejak tahun 1870.
Festival itu membawa maksud signifikan kepada masyarakat Tionghua kerana menggambarkan semangat permuafakatan yang kukuh antara kelima-lima suku dialek iaitu Teochew, Hokkien, Hakka, Guangsiew dan Hainan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2024
Dianggarkan lebih 300,000 pengunjung hadir menyaksikan festival itu yang merupakan acara tahunan dalam kalendar pelancongan Johor. - Foto: Facebook HRH Crown Prince of Johor
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Tunku Mahkota Ismail rasmi Festival Perarakan Chingay 2024
Tunku Mahkota Ismail berkenan menyempurnakan simbolik perasmian festival itu dengan memalu gendang di pentas utama berhadapan pusat beli-belah Komtar JBCC.