KOTA BHARU: Kerajaan melalui Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 menyasarkan untuk menjenamakan Malaysia sebagai 'Top of The Mind Ecotourism Destination of the World,' kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Beliau berkata, matlamat itu perlu dipikul dan digembleng secara bersama antara semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan serta para penggiat industri untuk memastikan pembangunan produk ekopelancongan sentiasa mampan, berdaya saing dan inklusif.
"Usaha ini juga adalah selaras dengan komitmen kerajaan terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Antara strategi yang perlu dipertingkat adalah melalui aktiviti promosi dan pemasaran produk ekopelancongan yang lebih agresif dan konsisten bagi mengekalkan momentum pertumbuhan industri ekopelancongan di negara ini," katanya.
Takiyuddin berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan, di sini,3 yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Abdul Wahid Abu Salim.
Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, KeTSA akan memainkan peranan yang amat signifikan di bawah Pelan Ekopelancongan Kebangsaan 2016-2025 dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan penjanaan ekonomi setempat di sekitar kluster ekopelancongan.
"Malaysia amat kaya dengan khazanah sumber asli yang bernilai tinggi dan ini terbukti apabila negara kita telah dinobatkan sebagai antara 17 negara di dunia yang diklasifikasikan sebagai negara mega diversiti yang menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna yang masih belum dikenali dan dijelajah sepenuhnya.
Beliau berkata, di bawah KeTSA sahaja, terdapat lebih 150 lokasi ekopelancongan yang terdiri daripada Taman Negara, Hutan Taman Negeri, Taman Ekorimba, Geotapak, Tapak Ramsar, Wetland dan Stesen Penyelidikan Pehutanan Malaysia.
"Lokasi-Lokasi ini merupakan antara khazanah sumber asli negara yang harus kita syukuri, nikmati dan jagai dengan sebaik-baiknya," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 29 2022

Kerajaan melalui Dasar Pelancongan Negara 2020-2030 menyasarkan untuk menjenamakan Malaysia sebagai 'Top of The Mind Ecotourism Destination of the World,' kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan. - Gambar fail BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan sasar jenamakan Malaysia sebagai destinasi ekopelancongan terbaik di dunia
Usaha ini selaras dengan komitmen kerajaan terhadap Agenda 2030 dan 17 Matlamat Pembangunan Lestari di bawah PBB.

Hasilkan produk baharu untuk tarik pelancong - Nancy
Nancy berkata langkah itu perlu sebagai persediaan sektor pelancongan negara menerima pelancong berskala besar apabila sempadan negara dibuka kepada pengembara antarabangsa kelak.

Dasar Pelancongan Negara: Pacu industri ke arah teknologi digital - PM
Menerusi Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030, Malaysia kini sedang melaksanakan konsep digitalisasi menyeluruh untuk mengubah industri pelancongan negara ke arah inisiatif pelancongan pintar.

Dasar pelancongan negara 2020-2030 bakal dilaksana tahun depan
Malaysia mencatat pertumbuhan 6.8 peratus dalam pendapatan pelancongan kepada RM41.69 bilion bagi enam bulan pertama tahun ini.