BINTULU: Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata penengah pendapatan isi rumah di Sarawak pada masa ini ialah RM4,978, berbanding kadar nasional RM6,338.40.
"Saya amat yakin dengan langkah-langkah untuk mentransformasikan ekonomi Sarawak yang sedang dan akan dilaksanakan, negeri ini akan berupaya untuk mempertingkatkan tahap yang ada sekarang untuk melepasi kadar nasional," katanya.
Berucap pada majlis sambutan Hari Sarawak ke-61 di Lasar Kenyalang di sini malam ini, Abang Johari turut melahirkan rasa bersyukur kerana Sarawak terus diiktiraf oleh Bank Dunia sebagai kawasan berpendapatan tinggi pada tahun 2023.
"Bank Dunia Malaysia telah mengesahkan bahawa Sarawak masih mengekalkan status sebagai kawasan berpendapatan tinggi dengan tahap GNI pada US$17,000 berbanding US$15,000 pada tahun sebelumnya," ujarnya.
Abang Johari berkata Sarawak dengan pendekatan bukan konvensionalnya boleh menentukan hala tuju ekonominya sendiri, yang berkisar pada inisiatif ke arah ekonomi yang berkait rapat dengan usaha sejagat menangani perubahan iklim.
Beliau berkata perkara ini terbukti apabila Sarawak menjadi kawasan pertama di Malaysia, yang telah mengorak langkah untuk menggerakkan ekonominya ke arah ekonomi hijau dan transisi kepada tenaga bersih karbon, di samping memberi nilai tambah kepada sumber asli negeri.
"Dasar ekonomi hijau ini telah mengetengahkan banyak peluang untuk mentransformasikan ekonomi negeri Sarawak, dari segi mempertingkatkan pelaburan asing dan tempatan seperti yang sedang dan akan berlaku di Bintulu ini," katanya.
Abang Johari berkata Sarawak tidak melepaskan hak-haknya sewaktu menjadi rakan kongsi dalam penubuhan Malaysia, sebaliknya hak itu terkandung dalam lunas undang-undang sebelum penubuhan Malaysia dan kekal berkuat kuasa, selagi tidak dipinda di Parlimen dengan persetujuan Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Beliau berkata Sarawak tidak berniat untuk menjatuhkan mana-mana entiti nasional seperti yang cuba ditularkan oleh pihak tertentu, dan berharap pihak tersebut tidak mempolitikkan hasrat rakyat Sarawak untuk sama-sama berkecimpung dalam industri minyak dan gas di negara ini, kerana kuasa dan sumber negara ini harus dikongsi dengan lebih adil dan saksama.
"Sarawak tidak boleh melakukan semuanya sendiri dan jalan yang paling bijak untuk Sarawak ialah melalui perkongsian dan kerjasama dengan entiti nasional dan juga antarabangsa, untuk mentranformasikan ekonomi negeri ini," katanya.
Abang Johari berkata usaha untuk mendapatkan kembali hak ini, tidaklah bermaksud Sarawak tidak prihatin terhadap kepentingan negara, kerana pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyokong Kerajaan MADANI diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagi memastikan Kerajaan Persekutuan stabil untuk menempuh masa depan yang penuh dengan cabaran.
Beliau turut berterima kasih kepada Anwar dan barisan kabinet beliau, kerana prihatin kepada usaha untuk menghormati perjanjian antara para pemimpin terdahulu ketika penubuhan Malaysia dan yakin dengan pengembalian hak itu, Sarawak boleh menjadi kuasa ekonomi baharu di negara ini dan juga rantau Asia.
"Saya juga amat yakin bahawa jika Sarawak maju, Malaysia secara keseluruhannya juga sama-sama menikmati kemajuan ini kerana hasil kutipan cukai, termasuk cukai korporat dan cukai pendapatan semuanya dikembalikan kepada Kerajaan Persekutuan," katanya.
Turut hadir Yang DiPertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dan isteri Datin Seri Ruziah Mohd Tahir, serta pemimpin negeri Sarawak yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Kerajaan Sarawak kini sedang menumpukan usaha untuk meningkatkan lagi penengah pendapatan isi rumah di negeri itu, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg. - Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).