Kerajaan pada Sabtu merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa masjid dan semua jemaah yang berjaya mematuhi garis panduan pelaksanaan solat Jumaat yang berlangsung semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia selepas pihaknya menerima maklum balas positif daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan pemantauan.

“Daripada laporan PDRM, Alhamdulillah kesemua masjid di Wilayah Persekutuan mematuhi SOP yang ditetapkan. Selain itu, PDRM juga melaporkan pemantaun Ketua-Ketua Polis Daerah mendapati masjid di seluruh negara mematuhi SOP yang ditetapkan. Terima kasih kepada anggota PDRM yang terlibat.

“Tahniah kepada keseluruhan jawatankuasa masjid serta semua jemaah,” ujarnya.

Semalam merupakan hari pertama masjid-masjid di Wilayah Persekutuan dibuka untuk solat Jumaat dengan satu per tiga kapasiti sebenar.