KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan geran padanan berjumlah RM50 juta kepada Yayasan Hasanah yang diperuntuk melalui Belanjawan 2023 di bawah Geran Khas Hasanah 4.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Yayasan Hasanah telah membolehkan pembiayaan terbesar kepada masyarakat sivil serta perusahaan sosial daripada kerajaan.
“Saya amat menghargai sokongan serta kepimpinan Yayasan Hasanah dan Khazanah Nasional. Geran Khas Hasanah juga membolehkan pertumbuhan yang ketara bagi penjanaan pendapatan dalam kalangan masyarakat rentan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama yang dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri di Forum Hasanah dan Persidangan Global Asia Venture Philanthropy Network (AVPN) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Yayasan Hasanah dan AVPN kerana mengorak langkah penting dalam menangani isu kesejahteraan mental dalam kalangan belia di Asia dengan penubuhan Dana Terkumpul Dermawan Kesejahteraan Mental Belia Asia.
Anwar berkata tujuan dana itu adalah untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan mental di seluruh Malaysia dan rantau ini dengan menggalak serta menggerakkan lebih banyak modal selain memudahkan perbualan dalam kalangan penderma.
“Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, pemikiran untuk membunuh diri dalam kalangan belia telah berkembang sejak sedekad lepas seperti pada 2017, ia adalah 10 peratus dan jumlah ini telah meningkat kepada 13 peratus pada 2022.
“Kemurungan juga telah meningkat dengan angka terkini menunjukkan seorang daripada empat belia mengalami kemurungan. Saya bayangkan jumlahnya juga semestinya meningkat di negara lain.
“Adalah amat penting khususnya bagi belia kita untuk mempunyai akses kepada sumber yang betul serta tempat yang selamat untuk mendapatkan kerana pemuda pemudi kita adalah masa depan Malaysia dan semua negara yang diwakili di sini hari ini,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
![Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4 Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687441542_NancyShukri.jpg)
Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Yayasan Hasanah dan AVPN kerana mengorak langkah penting dalam menangani isu kesejahteraan mental dalam kalangan belia. - Gambar Bernama
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713956272_TimbalanMenteriPer.jpg)
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
![Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4 Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687441542_NancyShukri.jpg)
Kerajaan peruntuk RM50 juta bagi pelaksanaan Geran Khas Hasanah 4
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan geran padanan berjumlah RM50 juta kepada Yayasan Hasanah yang diperuntuk melalui Belanjawan 2023 di bawah Geran Khas Hasanah 4.
![KRPPM pastikan perubahan sistemik, legislatif untuk tingkat integriti KRPPM pastikan perubahan sistemik, legislatif untuk tingkat integriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658155368_BangunanParlimen.jpg)
KRPPM pastikan perubahan sistemik, legislatif untuk tingkat integriti
Kebebasan institusi kehakiman, SPRM, SPR dan memisahkan peranan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya juga sasaran KRPPM.
![Perkasa pertubuhan masyarakat sivil melalui sistem lebih berkoordinasi - Dr Jemilah Perkasa pertubuhan masyarakat sivil melalui sistem lebih berkoordinasi - Dr Jemilah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51572748659_TanSriDrJemilah.jpg)
Perkasa pertubuhan masyarakat sivil melalui sistem lebih berkoordinasi - Dr Jemilah
Satu sistem perlu diwujudkan bagi mengkoordinasi serta meletakkan satu tanda aras dalam menambah baik CSO.
![Wow! Remaja 19 tahun pun hulur RM50 bantu pengundi #PulangMengundi Wow! Remaja 19 tahun pun hulur RM50 bantu pengundi #PulangMengundi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51523870221_JOELEEABDULLAH.jpg)
Wow! Remaja 19 tahun pun hulur RM50 bantu pengundi #PulangMengundi
JIKA kita teliti semula siri-siri Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, kehangatan menuju hari pengundian PRU14 9 Mei 2018 (hari Rabu) menyaksikan satu gelombang penyertaan masyarakat sivil yang sangat
![Baitulmaqdis hendaklah secara sah menjadi ibu negara Palestin - PM Najib Baitulmaqdis hendaklah secara sah menjadi ibu negara Palestin - PM Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41513175510_OIC.jpg)
Baitulmaqdis hendaklah secara sah menjadi ibu negara Palestin - PM Najib
OIC mesti bersatu dalam usahanya untuk menolak sebarang langkah mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel tetapi sebaliknya, Baitulmaqdis akhirnya hendaklah menjadi ibu negara Palestin.