Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) menggesa kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan untuk bekerjasama menangani isu perumahan mampu milik.
Presidennya, Datuk Seri FD Iskandar berkata, ketiga-tiga pihak perlu memberi kelonggaran kepada pemaju perumahan mampu milik, seperti mengutip premium lebih rendah daripada tanah kepadatan tinggi tanpa mengenakan caj pembangunan.
"Kerajaan dan majlis tempatan perlu memahami yang harga tanah, kos buruh dan pembinaan kini semakin tinggi," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Rehda di sini, pada Khamis.
Mengenai pemilikan rumah mampu milik di negara ini, Iskandar berharap bank pusat akan lebih bertolak-ansur dengan kelulusan pinjaman dan memberi kelonggaran tertentu kepada bakal pembeli.
Rumah berharga di bawah RM500,000 dianggap rumah mampu milik, katanya.
Sementara itu, beliau yakin yang kerajaan akan mengguna pakai Dasar Perumahan Negara yang telah dikaji semula menjelang akhir tahun.
Dasar itu antara lain menekankan mengenai harga rumah mampu milik.
"Kami sedang berbincang dengan kerajaan dan percaya ia akan memberi manfaat kepada pembeli rumah," katanya.
Mengenai cadangan untuk kerajaan negeri membeli rumah kos rendah yang tidak terjual dan menjualnya semula melalui skim sewa untuk memiliki, Iskandar berkata, Rehda sedang membincangkan isu itu dengan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
"Kami sedang mengumpul data mengenai pembangunan kos rendah di negara ini daripada lebih 1,400 anggota Rehda di seluruh negara.
"Kajian mendalam perlu dilakukan sebelum kami boleh menawarkan sebarang cadangan kepada kerajaan negeri,” tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2017
Bank pusat diharap akan lebih bertolak-ansur dengan kelulusan pinjaman dan memberi kelonggaran tertentu kepada bakal pembeli. - Gambar hiasan
Spotlight on ASEAN business: Charting new frontiers
Minister of Investment, Trade and Industry
Levi’s Buka Semula Kedai Terbesar di Suria KLCC, Malaysia
Levi’s telah membuka semula kedai flagship terbesar di Asia Tenggara di Suria KLCC, seluas 393 meter persegi, dengan konsep NextGen Indigo dan pengalaman membeli-belah moden. Kedai ini menawarkan pelbagai koleksi unik serta opsyen personalisasi berinspirasi Malaysia.
Jiwa SME: Reclimate Sdn Bhd: Inovasi Teknologi Bersih Mengubah Sisa Pertanian Menjadi Biochar
Berpusat di Kuala Lumpur, Reclimate Sdn Bhd berada di barisan hadapan inovasi teknologi bersih, mengubah sisa pertanian menjadi biochar untuk meningkatkan kesihatan tanah dan mengurangkan pelepasan karbon. Platform digital mereka menggunakan IoT untuk memastikan ketelusan dan memperkasa petani dengan kredit karbon berkualiti tinggi.
Siasatan ke atas GISBH, 740 rakaman percakapan direkod - KPN
Tindakan ini diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 18 September 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sejajar jangkaan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk mengurangkan kadar faedah minggu depan, ringgit dijangka terus mengukuh dalam tempoh urus niaga singkat pada minggu ini.
[Data & Statistik] Kedudukan MYR berbanding SGD setakat 18 Sept 2024
Niaga AWANI bawakan prestasi terkini prestasi Ringgit Malaysia berbanding dolar Singapura.
Unpacking the key drivers fueling economic expansion in 2024
Discussion with Chief Executive Officer, BIMB Securities Sdn Bhd, Dr. Rosnani Rasul to understand the multifaceted dynamics shaping Malaysia's economic landscape in 2024. From projected GDP growth and robust private consumption to navigating global economic conditions and commodity price volatility, the country faces both opportunities and challenges.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 8.13 pagi, ringgit susut kepada 4.2610/2785 berbanding dolar US daripada 4.2535/2645 ketika ditutup pada Selasa.
Piala EFL: Manchester United pesta jaringan di Old Trafford, belasah kelab divisyen tiga
Rashford menjaringkan gol pertama sejak pertengahan Mac ketika melakar kemenangan aksi Liga Perdana Inggeris ke atas Southampton.
Keterjaminan Makanan: Tingkat kelangsungan bekalan beras negara
Untuk mengulas lanjut berkenaan industri padi beras negara, serta usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tahap sara diri, kita bersama dengan Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM).
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan, negeri perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusanbagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur.
Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan, negeri dan PBT perlu ubah cara kerja lama - PM
Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PBT perlu mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu.
Keserasian kepimpinan Sarawak, Sabah dengan Persekutuan harus diperkukuh - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata Perdana Menteri berazam untuk memenuhi permintaan-permintaan kedua wilayah itu yang dibuat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Hasrat Tunku Mahkota Ismail gesa reformasi Persekutuan kerana ingin 'merakyatkan' kepimpinan - Penganalisis politik
Hasrat Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim menggesa reformasi sistem Persekutuan, dengan Johor dilayan sebagai rakan kongsi sebenarnya bertujuan merakyatkan kepimpinan.
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
Wang ihsan ringankan beban kerajaan Kelantan bayar emolumen - Menteri Besar
Sekalipun kerajaan negeri ada peruntukan untuk tujuan itu, pemberian wang ihsan tersebut membantu meringankan beban yang ditanggung.
Sarawak negeri pertama biayai projek persekutuan untuk percepat pelaksanaan - PM
Sarawak bakal melakar sejarah apabila menjadi kerajaan negeri pertama yang membiayai terlebih dahulu projek persekutuan di negeri itu bagi mempercepat pelaksanaannya.
Kerjasama Persekutuan dan negeri diperlukan bagi jayakan HAWANA 2024
HAWANA 2024 dijadual berlangsung mulai 25 Mei hingga acara kemuncak pada 27 Mei, serta bakal dihadiri lebih 500 wartawan.