KUALA LUMPUR: Sebanyak RM308 juta berjaya dikutip bagi cukai pelancongan membabitkan tempoh 2018 hingga 2022, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata kutipan menerusi kementerian itu merangkumi RM135.49 juta pada 2018 dengan RM67.74 juta diagihkan kepada Kerajaan Negeri manakala RM134.94 juta bagi 2019 yang membabitkan agihan sebanyak RM67.47 juta.
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri, katanya.
"Bagaimanapun, kutipan cukai pelancongan itu ditangguhkan bermula 1 Julai, 2020 sehingga 31 Dis, 2022 disebabkan oleh penutupan sektor pelancongan akibat penularan pandemik Covid-19.
"Kutipan cukai pelancongan mula dilaksanakan semula pada 1 Januari 2023," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Mohd Hisamudin Yahaya mengenai jumlah kutipan cukai pelancongan setakat ini dan penggunaan cukai berkenaan.
Tiong menjelaskan, hasil kutipan cukai pelancongan diagihkan kepada Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri dan hanya boleh dibelanjakan bagi skop berkaitan pembangunan sektor pelancongan, seni dan budaya.
Beliau berkata ini merangkumi masing-masing penyelenggaraan dan penyediaan kemudahan pelancongan, bangunan dan tapak warisan; promosi dan pemasaran destinasi pelancongan; penambahbaikan terhadap penyusunan statistik pelancongan, seni dan budaya serta inisiatif pendigitalan produk pelancongan, seni dan budaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 24 2024
![Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022 Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721828226_TBTiongKingSing.jpg)
Tiong menjelaskan, hasil kutipan cukai pelancongan diagihkan kepada Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri dan hanya boleh dibelanjakan bagi skop berkaitan pembangunan sektor pelancongan, seni dan budaya. - Foto: Jabatan Penerangan
Respons positif daripada platform media sosial - Fahmi
Platform media sosial memberi respons positif terhadap keperluan pelesenan di bawah kerangka kawal selia baharu untuk penggunaan internet lebih selamat kanak-kanak dan keluarga, yang akan dilaksanakan pada tahun depan,
Dalam pertemuan dengan wakil pelbagai platform semasa lawatan kerja tiga hari di Singapura, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mereka mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan bersedia untuk turut serta dalam proses itu.
Dalam pertemuan dengan wakil pelbagai platform semasa lawatan kerja tiga hari di Singapura, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, mereka mengakui keperluan mematuhi undang-undang Malaysia dan bersedia untuk turut serta dalam proses itu.
Gua Niah dijadikan produk pelancongan antarabangsa
Pengiktirafan Kompleks Gua Taman Negara Niah di Sarawak sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO bakal dijadikan satu lagi produk pelancongan bertaraf antarabangsa di negeri itu.
Ribuan rakyat Palestin mula pulang ke kawasan kediaman
Ribuan rakyat Palestin akhirnya pulang ke kawasan perumahan mereka di Khan Younis, selatan Gaza pada Selasa, selepas rejim Zionis menamatkan pencerobohan yang berlarutan selama berminggu-minggu, atas alasan ingin menghalang Hamas daripada berkumpul.
badan kesihatan rasmi Palestin berkata, anggota mereka telah berjaya menemukan 42 mayat Palestin yang terbunuh sepanjang pencerobohan Israel di Timur Khan Younis.
badan kesihatan rasmi Palestin berkata, anggota mereka telah berjaya menemukan 42 mayat Palestin yang terbunuh sepanjang pencerobohan Israel di Timur Khan Younis.
Lelaki didakwa cetus kebakaran dahsyat California
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara seumur hidup kerana didakwa menjadi dalang mencetuskan kebakaran hutan dahsyat di California, Amerika Syarikat, sehingga ia tular dan mendapat perhatian seluruh dunia.
London semakin panas?
'Kalau pada awalnya hari seperti ini amat disukai, tetapi kalau selalu dah jadi membimbangkan.' Itu kata salah seorang pelancong yang ditemu bual Reuters melihat kepada cuaca panas yang kini jadi luar biasa, lebih-lebih bagi negara yang sinonim dengan cuaca sejuk. Adakah ini permulaan kepada kelaziman iklim panas berpanjangan di United Kingdom? Dengarkan apa kata pelancong mengenai perubahan iklim yang melanda dunia ketika ini.
Dua kanak-kanak maut dalam acara Taylor Swift
Tiga kanak-kanak maut ditikam sehingga mati oleh seorang lelaki dalam satu acara bertemakan Taylor Swift di Southport, United Kingdom dengan yang terbaharu adalah kanak-kanak berusia sembilan tahun yang maut ketika mendapatkan rawatan di hospital. Sementara lapan kanak-kanak lain cedera, enam daripadanya kritikal serta dua orang dewasa turut cedera kritikal dipercayai cuba melindungi kumpulan kanak-kanak berkenaan.
KDN mohon tambahan bajet teruskan projek Baitul Mahabbah tahun hadapan
KDN merancang memohon tambahan bajet bagi meneruskan projek Baitul Mahabbah untuk tahun depan.
Laporan JNAS: Malaysia rangka strategi capai penarafan Tahap 1
Kementerian telah merangka tiga fokus utama iaitu mempertingkatkan kerjasama antara agensi, memperhebat usaha mengenalpasti dan melindungi mangsa; serta menambah baik proses pendakwaan terhadap pelaku jenayah pemerdagangan orang.
Angka korban terus meningkat
Angka korban dari lokasi tragedi tanah runtuh di Wayanad, daerah yang terletak di Kerala, selatan India terus meningkat kepada 77 individu setakat ini. Berdasarkan laporan-laporan media tempatan yang mengikuti rapat perkembangan insiden itu termasuk Hindustan Times, ratusan orang turut dikhuatiri masih terperangkap di bawah runtuhan.
![Penindasan ke atas umat Islam perlu dihentikan - Pezeshkian Penindasan ke atas umat Islam perlu dihentikan - Pezeshkian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722357262_TBMASOUD.jpg)
Penindasan ke atas umat Islam perlu dihentikan - Pezeshkian
Presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan bahawa sistem penindasan ke atas umat Islam perlu dihapuskan melalui kerjasama dan sinergi antara negara-negara Islam.
![Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022 Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721828226_TBTiongKingSing.jpg)
Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri.
![Dewan Negara lulus empat rang undang-undang Dewan Negara lulus empat rang undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648475574_TBPARLIMENjpg.jpg)
Dewan Negara lulus empat rang undang-undang
Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan.
![Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41599130368_NancyShukri.jpg)
Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat
Sabah menerima lebih RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat bagi 2019, iaitu yang tertinggi dalam kalangan semua negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
![Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/41452234234_AirBnb.jpg)
Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan
Pengurus Besar Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Mike Orgill berkata terdapat beberapa isu mengelirukan pada masa ini termasuk pendaftaran dan kutipan cukai.
![Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463912011_ChowrastaMarket.jpg)
Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun
Pengagihan untuk kutipan cukai pelancongan pada tahun 2019 dijangka diberikan kepada setiap negeri pada suku pertama tahun 2020.
![Tiada diskriminasi dalam agihan cukai pelancongan - Chieng Jen Tiada diskriminasi dalam agihan cukai pelancongan - Chieng Jen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81531707729_ChongChiengJen.jpg)
Tiada diskriminasi dalam agihan cukai pelancongan - Chieng Jen
Kementerian Kewangan tidak mengamalkan sebarang diskriminasi berhubung agihan perolehan cukai pelancongan antara Sabah, Sarawak dan negeri lain di Malaysia, kata Pengerusi DAP Sarawak.
![Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71546665873_LGE.jpg)
Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng
Dakwaan kerajaan negeri Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar hasil cukai pelancongan 2018 kepada Sabah adalah tidak benar.
!['Rizab Sarawak banyak, kenapa tak bayar hutang?' - Guan Eng 'Rizab Sarawak banyak, kenapa tak bayar hutang?' - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546756898_GuanEngKarim.jpg)
'Rizab Sarawak banyak, kenapa tak bayar hutang?' - Guan Eng
Guan Eng menempelak dakwaan bahawa kerajaan persekutuan berhutang RM2.7 juta dengan Sarawak dalam bentuk hasil cukai pelancongan.
![Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41542264261_tblimguaneng.jpg)
Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan berhutang hasil cukai pelancongan dengan kerajaan negeri Sarawak.
![Johor sambut baik pemberian 50 peratus hasil pelancongan kepada negeri Johor sambut baik pemberian 50 peratus hasil pelancongan kepada negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/51488297212_JohorBahruCity.jpg)
Johor sambut baik pemberian 50 peratus hasil pelancongan kepada negeri
Datuk Osman Sapian berkata langkah itu akan menggalakkan usaha kerajaan Johor untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui sektor pelancongan di negeri ini.