KUALA LUMPUR: Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan.
RUU tersebut adalah RUU Kastam (Pindaan) 2022, RUU Eksais (Pindaan) 2022, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022.
Timbalan Menteri Kewangan II Yamani Hafez Musa ketika menggulung usul perbahasan RUU Kastam (Pindaan) 2022 berkata pindaan tersebut bagi tujuan menambah baik perundangan percukaian negara, selari dengan perubahan semasa perniagaan.
"Semua perkara yang kita pinda ini, kita buat melalui pandangan dan maklum balas daripada pelanggan dan ia lebih kepada memudahkan pelanggan untuk memenuhi obligasi mereka sebagai pencukai tanpa diberi denda, kerana kalau akta lama, mereka didenda.
"Saya rasa lebih baik kita belajar daripada krisis COVID-19 ini di mana ada Perintah Kawalan Pergerakan, saya rasa tidak adil untuk mereka diberi denda dan kita perlu beri kuasa kepada menteri untuk pastikan mereka ini diberi sedikit kelonggaran supaya boleh membayar kerana mereka ini sebenarnya adalah pembayar cukai yang baik, bukan sengaja tidak dibayar," katanya.
Yamani Hafez berkata RUU Eksais (Pindaan) 2022 dilaksanakan bagi memasukkan peruntukan baharu yang membolehkan fasilitasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai ketika berlakunya kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.
Selain itu, beliau berkata RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dilakukan bagi memasukkan peruntukan baharu bagi kelonggaran pihak industri dan kerajaan untuk melaksanakan obligasi yang perlu disempurnakan dalam tempoh tertentu ketika kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.
RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022 pula dilakukan bagi memasukkan peruntukan baharu yang membolehkan fasilitasi tertentu diberikan kepada pembayar cukai ketika kecemasan awam atau krisis kesihatan awam.
Sementara itu, sebelum sesi persidangan hari ini ditangguh, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata cadangan supaya Jawatankuasa Pilihan Khas menimbang terlebih dahulu pelantikan Ahli Dewan Negara tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara Komanwel yang mempunyai Perlembagaan seperti Malaysia.
Malah, katanya cadangan supaya fungsi jawatankuasa itu untuk menimbang pelantikan Ahli Dewan Negara adalah tidak selaras dengan Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.
"Pelantikan Ahli Dewan Negara dalam Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa prerogatif untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.
"Saya setuju pelantikan Ahli Dewan Negara perlu memberi nilai tambah kepada institusi Parlimen dengan mengambil kira kepakaran dan kelayakan individu dan saya yakin Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) meneliti perkara ini serta kerajaan mengalu-alukan cadangan menambah baik kriteria Ahli Dewan Negara," katanya.
Terdahulu, Senator Datuk A. Kesavadas membawa usul mencadangkan pemilihan Ahli Dewan Negara dipertimbangkan melalui Jawatankuasa Pilihan Khas dan separuh daripada pelantikan senator oleh Yang di-Pertuan Agong diagihkan kepada individu bukan bipartisan.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 15 2022

RUU yang diluluskan adalah RUU Kastam (Pindaan) 2022, RUU Eksais (Pindaan) 2022, RUU Zon Bebas (Pindaan) 2022 dan RUU Cukai Pelancongan (Pindaan) 2022.- Gambar fail/BERNAMA
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Senator Datuk Salehuddin Saidin dilantik Pengerusi MAIS baharu
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melantik Senator Datuk Salehuddin Saidin sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) baharu berkuat kuasa 1 Mac.

KPKT cadang khidmat masyarakat sehingga 12 jam kesalahan buang sampah - Nga
KPKT bercadang untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat sehingga 12 jam bagi kesalahan pembuangan sampah kecil melalui pindaan undang-undang.

Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.

Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.

Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.

Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.

288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.

Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.