Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menempelak kenyataan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mendakwa kerajaan Persekutuan berhutang RM2.7 juta kepada Sarawak dalam bentuk hasil cukai pelancongan.
Sebaliknya, dalam satu kenyataan, Guan Eng mempersoalkan kembali situasi kewangan Sarawak.
“Kerajaan Negeri Sarawak masih berhutang lebih daripada RM2.5 bilion kepada kerajaan Persekutuan dengan tunggakan hutang hampir RM50 juta.
“Memandangkan negeri Sarawak mempunyai rizab yang begitu besar, mengapa pula tidak langsaikan hutang kepada kerajaan Persekutuan?” soalnya.
Pada 4 Januari, portal berita dalam talian, Borneo Post Online melaporkan Abdul Karim berkata hutang cukai pelancongan kepada Sarawak berjumlah RM439,731 dari 1 September hingga 31 Disember 2017 dan RM2.32 juta dari Januari hingga September 2018.
Abdul Karim turut mendakwa kerajaan Persekutuan membayar hasil cukai pelancongan kepada Sabah, tetapi tidak kepada Sarawak.
Guan Eng menggelar kedua-dua dakwaan tersebut “tidak benar” dan “fitnah”.
“Kerajaan Persekutuan tidak memihak kepada mana-mana negeri dengan mengagihkan cukai pelancongan kepada negeri tertentu tetapi pada masa yang sama, tidak memberinya kepada negeri Sarawak.
“Setakat ini, tiada agihan cukai pelancongan pernah dilakukan oleh kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri,” katanya.
Guan Eng menambah dari segi undang-undang, cukai pelancongan merupakan hasil kerajaan Persekutuan dan negeri sebenarnya tidak ada hak untuk menerimanya.
Bagaimanapun, beliau dalam kenyataan yang sama berkata kerajaan akan menunaikan janjinya dalam Belanjawan 2019 dan mengagihkan 50 peratus daripada hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri dalam suku pertama tahun ini.
Luqman Hariz
Sun Jan 06 2019

Guan Eng tempelak Abdul Karim Rahman yang mendakwa kerajaan Persekutuan berhutang RM2.7 juta kepada Sarawak. -Gambar fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Kutipan cukai pelancongan RM308 juta bagi tempoh 2018 hingga 2022
Bagi separuh pertama 2020, kutipan itu berjumlah RM37.90 juta dengan agihan sebanyak RM18.95 juta kepada Kerajaan Negeri.

Dewan Negara lulus empat rang undang-undang
Dewan Negara hari ini meluluskan empat Rang Undang-Undang (RUU) berkaitan kastam, eksais, zon bebas dan cukai pelancongan.

Sabah terima RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat
Sabah menerima lebih RM20 juta hasil cukai pelancongan kerajaan pusat bagi 2019, iaitu yang tertinggi dalam kalangan semua negeri, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Airbnb mahu panduan lebih jelas mengenai cukai pelancongan
Pengurus Besar Asia Tenggara, Hong Kong dan Taiwan Mike Orgill berkata terdapat beberapa isu mengelirukan pada masa ini termasuk pendaftaran dan kutipan cukai.

Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun
Pengagihan untuk kutipan cukai pelancongan pada tahun 2019 dijangka diberikan kepada setiap negeri pada suku pertama tahun 2020.

Tiada diskriminasi dalam agihan cukai pelancongan - Chieng Jen
Kementerian Kewangan tidak mengamalkan sebarang diskriminasi berhubung agihan perolehan cukai pelancongan antara Sabah, Sarawak dan negeri lain di Malaysia, kata Pengerusi DAP Sarawak.

Sarawak buat dakwaan palsu tentang hasil cukai pelancongan - Guan Eng
Dakwaan kerajaan negeri Sarawak bahawa Kerajaan Persekutuan telah membayar hasil cukai pelancongan 2018 kepada Sabah adalah tidak benar.

'Rizab Sarawak banyak, kenapa tak bayar hutang?' - Guan Eng
Guan Eng menempelak dakwaan bahawa kerajaan persekutuan berhutang RM2.7 juta dengan Sarawak dalam bentuk hasil cukai pelancongan.

Kerajaan akan bayar separuh hasil cukai pelancongan kepada setiap negeri
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng turut menafikan dakwaan bahawa kerajaan berhutang hasil cukai pelancongan dengan kerajaan negeri Sarawak.

Johor sambut baik pemberian 50 peratus hasil pelancongan kepada negeri
Datuk Osman Sapian berkata langkah itu akan menggalakkan usaha kerajaan Johor untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui sektor pelancongan di negeri ini.