KAPIT: Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan Kapit, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata walaupun ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu berbeza dengan partinya, namun kerjasama dengan kerajaan negeri dan semua wakil rakyat penting, bagi terus meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk di kawasan pendalaman.
"Sebenarnya Kapit ini lebih besar daripada negeri Pahang. Sebab itu penting bagi Ahli Dewan Rakyat dan juga Ahli Dewan Undangan negeri bekerjasama walaupun kami ini berbeza parti (Pesaka Bumiputera Bersatu dan Parti Rakyat Sarawak).
"Sebab dengan kerjasama ini, kita dapat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek penting khususnya dari segi infrastruktur. Kita akan berunding bersama dan kita akan usahakan," katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Pra-Gawai, malam tadi.
Beliau berkata antara infrastruktur yang akan ditambah baik seperti jalan dari kawasan pedalaman ke jalan utama, bekalan air terawat, bekalan elektrik 24 jam dan liputan rangkaian Internet 5G.
"Kita sudah ada infrastruktur tetapi ia belum lengkap, kita harus meneruskan usaha untuk kita mendapatkan lebih banyak kilometer dan memanjangkan jalan-jalan luar bandar, supaya mana-mana kampung atau rumah panjang akan mendapat hubungan rangkaian jalan nanti.
"Selain itu, bekalan air terawat sekarang di sini ada bekalan air bersih tetapi ia tidak (semua) terawat. Begitu juga bekalan elektrik 24 jam, sekarang ada beberapa kawasan yang tiada sistem grid elektrik dan hanya bergantung kepada sistem solar sahaja," katanya.
Bagi infrastruktur liputan rangkaian 5G, beliau berkata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong, telah menyatakan kesediaannya untuk menyediakan rangkaian itu di Kapit dalam masa yang terdekat.
"Kita sudah tahu betapa pentingnya capaian telekomunikasi ini, sebab kalau nak tempah tiket pesawat pun kena guna dalam talian juga. Jadi saya amat berterima kasih kepada beliau (Wilson Ugak) kerana memberi perhatian kepada kawasan luar bandar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2024

Nanta berkata antara infrastruktur yang akan ditambah baik seperti jalan dari kawasan pendalaman ke jalan utama, bekalan air terawat, bekalan elektrik 24 jam dan liputan rangkaian Internet 5G. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan percepat infrastruktur di Kapit - Nanta
Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama rapat bagi mempercepatkan penambahbaikan infrastruktur di kawasan Kapit.