KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri ke-10 Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemudi negara ke arah kestabilan politik yang lebih baik yang akan membolehkan negara terus berkembang maju dan menarik pelaburan asing.
Profesor Madya Putra Business School Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata tidak akan ada lagi ruang bagi parti politik lain untuk cuba menumbangkan kerajaan sekarang kerana ia telah diberi mandat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengalaman Anwar sebagai Menteri Kewangan akan membawa kesan positif di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi melangkah ke 2023, katanya.
"Beliau ada pengalaman dalam menguruskan kewangan negara semasa beliau menjadi menteri kewangan dari 1991 hingga 1998 apabila purata pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh 1991 hingga 1997 adalah pada 9.23 peratus.
"Konsep kerajaan perpaduan ini juga mencerminkan kestabilan dan ia akan meningkatkan keyakinan pelabur," katanya kepada Bernama.
Ahmed Razman berkata Anwar dijangka memastikan inisiatif dan langkah-langkah berpaksikan rakyat dilaksanakan bersama dengan strategi konsolidasi fiskal.
Mengenai pertumbuhan ekonomi negara, beliau melahirkan keyakinan Malaysia akan dapat mencapai sasaran pertumbuhan KDNK pada 6.5- peratus tahun ini.
"Ia akan dibantu oleh pertumbuhan KDNK yang tinggi dalam Suku Ketiga. Jika nilai Suku Keempat KDNK sama dengan nilai Suku Ketiga, maka barulah kita akan mencapai sasaran itu," katanya.
Pertumbuhan tahun penuh 2022 dijangka melepasi tujuh peratus.
Tiada lagi ketidaktentuan politik negara
Sementara itu, Geoffrey Williams daripada Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata pengumuman yang begitu dinanti-nantikan itu juga akan menamatkan segala ketidaktentuan yang menyelubungi pasaran kerana Anwar juga terkenal dan dihormati di peringkat antarabangsa.
"Beliau memiliki pengetahuan meluas dalam ekonomi dan akan menumpu untuk melakukan pembaharuan yang akan menarik pelabur. Ia juga akan memberi impak baik kepada sentimen pelabur dan prestasi ringgit.
"Penjualan dalam saham judi dan arak serta saham perbankan di Bursa Malaysia dijangka mendapat rangsangan daripada berita nii dan ia akan memberi impak positif kepada pasaran.
"Selepas ini kita akan melihat kepada dasar ekonomi jangka panjang dan berwibawa daripada pentadbiran Anwar," kata Williams.
Bursa Malaysia meningkat kukuh secara berterusan kepada hampir paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan semalam, dengan indeks utama melonjak sebanyak 4.04 peratus, didorong sentimen pasaran yang amat positif susulan wujudnya kejelasan dalam senario politik tempatan ditambah dengan perkembangan luaran yang memberangsangkan sekali gus menjana minat risiko dalam kalangan pelabur.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 58.38 mata untuk mengakhiri dagangan semalam pada 1,501.88, daripada 1,443.50 semasa ditutup pada Rabu.
Sementara itu, ringgit meningkat 1.8 peratus untuk ditutup ke paras tertingginya dalam tempoh dua bulan berbanding dolar AS.
Pada 6 petang, unit tempatan melonjak ke paras 4.4910/5000 berbanding dolar AS daripada paras 4.5725/5775 pada Rabu.
Cabaran dan Pembaharuan
Beliau berkata cabaran serta-merta yang dihadapi Anwar adalah untuk memastikan satu belanjawan berwibawa yang mengutamakan usaha melindungi pertumbuhan tahun depan dan mengekalkan inflasi rendah.
Anwar juga perlu memulakan agenda pembaharuan yang menekankan sosial dan ekonomi seperti pencen, perlindungan sosial, mengurangkan aktiviti kartel, memperkukuh daya saing, mengalakkan pelaburan swasta selain membantu perusahaan kecil dan sederhana.
"Mereka akan membuat satu belanjawan baharu kerana Bajet 2023 (yang telah dibentangkan) adalah bajet sebelum pilihan raya. Kini, kita memerlukan belanjawan untuk melindungi pertumbuhan tahun depan dan membantu mengawal inflasi supaya kita tidak perlu menaikkan lagi kadar faedah.
"Dalam kerajaan perpaduan, mereka boleh mendapat manfaat dengan mengambil buah fikiran terbaik daripada manifesto parti-parti lain juga sebagai cara membentuk keyakinan dan konsensus," katanya.
Williams berkata kerajaan perpaduan sebenarnya adalah bentuk kerajaan yang paling lazim dalam demokrasi, kecuali United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (US), namun kebanyakan negara Eropah perlu membentuk kerajaan perpaduan selepas pilihan raya.
Justeru, beliau berpendapat kerajaan perpaduan boleh berfungsi di Malaysia.
Penyelidikan oleh Kenanga Investment Bank Bhd menjangkakan penerusan kecenderungan dasar semasa yang lazim termasuk properniagaan, perlindungan terhadap industri tempatan, perniagaan seperti biasa bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sokongan fiskal yang kukuh kepada ekonomi dengan pemberian tunai, subsidi bahan api dan makanan, serta rangsangan aktiviti ekonomi melalui pelaburan.
"Kami terus menyokong pelabur untuk mencari perlindungan di bank, syarikat telekomunikasi, pembuat atau pengedar kenderaan, peruncit pasaran pertengahan dan pembinaan kerana kami percaya kerajaan perpaduan akan menyokong penggunaan domestik.
"Justeru, kami menaikkan sasaran bagi FTSE Bursa Malaysia KLC (FBM KLCI) untuk akhir tahun ini kepada 1,500 mata berbanding 1,450 mata," menurut bank pelaburan itu.
Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pakatan Harapan (PH) berjaya memenangi 82 kerusi Parlimen manakala Perikatan Nasional (PN) menguasai 73 kerusi, BN (30), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (22), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) (enam), Parti Warisan (tiga) manakala satu kerusi masing-masing dimenangi oleh Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Bangsa Malaysia (PBM) selain dua kerusi dimenangi oleh dua wakil Bebas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
![Kerajaan perpaduan PM Anwar akan bawa kepada kestabilan, pertumbuhan politik - Ahli ekonomi Kerajaan perpaduan PM Anwar akan bawa kepada kestabilan, pertumbuhan politik - Ahli ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61669298662_TBANWARIBRAHIM.jpg)
Anwar perlu memulakan agenda pembaharuan yang menekankan sosial dan ekonomi seperti pencen, perlindungan sosial, mengurangkan aktiviti kartel, memperkukuh daya saing, mengalakkan pelaburan swasta selain membantu PKS.
![Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721093818_JoeBiden.jpg)
Tiada tempat untuk keganasan politik dalam demokrasi AS - Obama
Kenyataan Obama mengundang kecaman warganet terutamanya istilah 'keganasan politik' yang dikatakan menunjukkan sisi hipokrasi Washington.
![Guna EV di Felda, ladang Guna EV di Felda, ladang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091183_GunaEVdiFeldala.jpg)
Guna EV di Felda, ladang
EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [16 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 16 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry
1. Perkembangan kes bunuh Nur Farah Kartini
2. Waspada taktik penipuan gunakan teknologi AI, 'deepfake'
3. Pindaan Akta Antilompat Parti perlu dikaji secara teliti
![Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633311024_parlimentmalaysia.jpg)
Cadangan guru Bahasa Inggeris dari Singapura antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Kalam minta Menteri Pendidikan nyatakan perancangan khusus berhubung cadangan itu dan langkah memperkasa guru Bahasa Inggeris tempatan.
![Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721091161_subsidi.jpg)
Penyasaran subsidi bukan untuk menyusahkan rakyat - Rafizi
Rafizi mengakui jika penyasaran subsidi tidak dibuat segera kadar unjuran ekonomi negara akan menjadi lebih teruk.
![Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721091171_scammer.jpg)
Usah tertipu tawaran kontrak bekalan makanan di balai bomba
JBPM Johor menerima beberapa laporan daripada pengusaha makanan mengenai penipuan tawaran tersebut.
![Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713155982_KementerianPeraliha.jpg)
Kerajaan jimat RM10.5 bilion tenaga kumulatif dalam Pelan Tindakan Kecekapan Tenaga Negara - PETRA
Sehingga Dis 2023, kadar penjimatan tenaga tahunan yang dicapai adalah 5.9 peratus atau 8,667 GWj, bernilai lebih daripada RM2.1 bilion.
![Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721052525_Fujianconvention.jpg)
Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 bakal lonjak pertumbuhan dagang, pelaburan dengan negara luar
Penganjuran Konvensyen Dunia Fujian Ke-11 akan meningkatkan pemahaman pertukaran budaya dalam kalangan masyarakat Fujian dari luar negara.
![Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721087087_AgendaAWANI.jpg)
Enam kerusi Bersatu: Parlimen perlu dipertanggungjawabkan - Penganalisis
Manimaran berkata, Parlimen perlu dipertanggungjawabkan kerana menggubal undang-undang yang lompang dan lemah untuk dicabar mana-mana pihak.
Jenayah: Suspek dikait penemuan mayat Nur Farah Kartini direman hari ini
Seorang penjawat awam yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, akan direman, pada pagi, hari ini.
![PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78 PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721028875_AnwarIbrahimSulta.jpg)
PM Anwar rafak sembah tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Brunei ke-78
Anwar, menerusi hantaran sama juga menzahirkan harapan supaya hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan Brunei akan terus diperkukuh.
![Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Kerajaan akan segerakan cadangan Akta Saraan Hakim Syarie - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di n
![Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721017508_anwaribrahim.jpg)
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.
![PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720938687_DonaldTrump.jpg)
PM Anwar kecam cubaan bunuh Trump, serangan berterusan Israel di Gaza
Beliau berharap keadaan terkawal dan menegaskan keganasan bukanlah jawapannya, walaupun ada yang menentang tokoh politik berkenaan.
![SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720933781_AnwarIbrahim.jpg)
SejaTi Madani: PM umum peruntukan RM31.7 juta untuk 317 tanah rancangan Felda
Perdana Menteri mahu semua pihak terlibat, termasuk jawatankuasa penduduk, jawatankuasa masjid, persatuan belia dan juga wanita.
![Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720931596_AnwarIbrahim.jpg)
Penyasaran subsidi diesel: Anwar umum peruntukan tambahan RM100 juta kepada FELDA
Langkah itu diambil bagi memastikan pendapatan peneroka Felda tidak terkesan dengan penyasaran tersebut.
![NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara time-based](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720853680_AMINUDDINAWANG.jpg)
NUTP sokong guru lemah, cuai dikecualikan kenaikan pangkat secara "time-based"
NUTP menyokong langkah kerajaan mengecualikan guru yang lemah, cuai dan melanggar disiplin daripada mendapat kenaikan pangkat secara "time-based".
![SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720860893_tbAnwarIbrahim.jpg)
SSPA diumum dalam masa terdekat, antara terbaik pernah dilaksana - PM
Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumum dalam masa terdekat adalah antara yang terbaik pernah dilaksanakan oleh kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720853030_tbAnwarIbrahim.jpg)
Guru cuai, langgar disiplin harus dikecualikan kenaikan pangkat secara 'time based' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata guru yang cuai, langgar disiplin dan prestasi lemah harus dikecualikan daripada kemudahan kenaikan pangkat secara "time-based".
![Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720852162_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selain guru, tugas didik pelajar adalah tanggungjawab bersama - PM Anwar
Tugas mendidik seseorang pelajar merupakan tanggungjawab bersama dan tidak seharusnya disandarkan sepenuhnya kepada guru, kata Perdana Menteri.