PUTRAJAYA: Pindaan terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 iaitu melibatkan status dan bidang kuasa di antara Mahkamah Syariah, harus dijadikan satu dokumen yang kukuh dan disepakati di antara negeri-negeri, mufti serta golongan ulama.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini mantan Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Pengerusi seterusnya Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bersetuju dengan kerangka awal pindaan tersebut.
Namun, katanya, beliau berpandangan pindaan tersebut perlu melalui penelitian yang penuh dan harus mendapat pandangan pakar perundangan Islam di peringkat antarabangsa.
“Dokumen ini harus menjadi dokumen penting yang boleh ditelaah pakar antarabangsa. Ini bukan dalil untuk melengah atau meremehkan usaha lalu.
"Memang kita manfaatkan sedikit, tetapi ada kelemahan besar dalam peruntukan (lalu), jadi ia bukan saja dirujuk pada Jabatan Peguam Negara (AGC), tapi harus dirujuk pada pakar antarabangsa.
“Apabila kita perkenalkan pindaan ini, ia (menjadi) contoh terbaik pelaksanaan satu dokumen, usaha memartabatkan perundangan Islam dalam konteks negara begini, kemudian boleh dijadikan panduan, nak diserasikan kedudukan dan kekuatan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan Syariah Di Malaysia, di sini, hari ini.
Pada Mei lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan untuk membentangkan pindaan terhadap Akta 355, dan Akta Tatacara MAL Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1998 (Akta 585).
Beliau berkata, pindaan tersebut bertujuan untuk memperkasakan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah di negara ini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dalam perbincangan dengan Sultan Nazrin, ada kesepakatan yang dicapai agar jawatankuasa khas mendapatkan pandangan pakar antarabangsa, sebelum dirujuk semula kepada AGC dan seterusnya dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja Melayu pada Ogos ini.
“Sepanjang perbincangan saya dengan Sultan Perak, sebaiknya diangkat kepada peringkat antarabangsa, sebelum dirujuk ke AGC, dan kemudian ke sidang Majlis Raja-raja Melayu kerana soal Islam, adat, kewarganegaraan, hal-hal tertentu itu mesti mendapat kelulusan Majlis Raja-raja Melayu.
“Setakat ini saya tidak dapat lihat bantahan atau masalah daripada Ketua Hakim Negara (Tun Tengku Maimun Tuan Mat) yang merestui soal ini.
"Majlis Raja-raja sudah diberi taklimat awal dan memberi perkenan. Cuma mereka minta diteliti, jangan dilihat gopoh, pelaksanaan jangan ada kelemahan,” tambahnya.
Firdaus Azil
Mon Jul 15 2024
Anwar berucap ketika merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan Syariah Di Malaysia, di Putrajaya, hari ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Touch n Go eWallet uji rekaan antara muka baharu
Kemas kini ini sedang diuji pada sejumlah kecil pengguna dan belum pasti jika akan diterapkan untuk semua pengguna.
Lima wartawan terbunuh di Gaza dalam serangan udara
Menurut media dan wartawan tempatan, kenderaan jenis van tertera label media pada bahagian badannya.
Kapal NASA terbang ke atmosfera luar matahari
Kapal angkasa Parker Solar Probe mencipta sejarah terbang ke dalam atmosfera luar matahari, dikenali sebagai korona.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.70 mata kepada 1,603.69 daripada 1,602.99 pada Selasa lepas.
Pantai Port Dickson meriah, jadi tumpuan pengunjung sempena cuti sekolah
Pesisiran pantai itu meriah dengan pengunjung beriadah sambil melakukan aktiviti air meskipun cuaca agak mendung.
Dua maut nahas kereta berlanggar lori 10 tan
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Waja yang dipercayai berlanggar dengan lori 10 tan.
JPS ramal banjir landa sembilan jajahan di Kelantan Ahad depan
JPS meramalkan kemungkinan berlaku banjir di sembilan jajahan di Kelantan dalam tempoh tiga hari bermula Ahad depan.
AWANI Pagi: Merancakkan ekonomi Pahang cara Kuantan 188
Bagaimana ekonomi Pahang khususnya ibu kota Kuantan boleh dirancakkan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026. Apa peranan bijak boleh dimainkan produk pelancongan seperti Kuantan 188 untuk merangsang peluang mengajak kedatangan pelancong lebih-lebih lagi semasa Malaysia memegang tanggungjawab sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan. Diskusi bersama Mohd Hanis Fakhri Ahman Yussri, Pengurus Operasi Kuantan 188 untuk kupasannya dalam siaran luar Awani Pagi dari Kuantan 188, di Kuantan Pahang.
The Economy: Xmas, new years, and a new US President
BFM Anchor, Sharaad Kuttan dives into the global buzz surrounding Donald Trump’s inauguration, blending festive vibes with critical analysis. Join us as we unwrap the intersection of holiday cheer and political shifts.
Transforming AI Applications with Langflow by DataStax
DataStax introduces Langflow, an innovative low-code platform for building and deploying AI applications. This tool simplifies the design and implementation of generative AI and RAG applications, enabling businesses to leverage artificial intelligence more efficiently and effectively.
Pindaan Akta 355: Harus lebih menyeluruh, perlu rujuk pandangan pakar antarabangsa - PM Anwar
Anwar berkata pindaan Akta 355 perlu lalui penelitian yang penuh7 dan harus juga merujuk pandangan pakar perundangan Islam antarabangsa.