PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi komitmen bahawa kerajaan akan menyegerakan cadangan pelaksanaan Akta Saraan Hakim Syarie bagi memartabatkan status hakim Mahkamah Syariah di negara ini.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata perkara itu mendapat perhatian kerajaan kerana terdapat keperluan bagi mengimbangi antara Skim Perkhidmatan Kehakiman Syariah dan Skim Perkhidmatan Kehakiman Sivil.
"Saya dimaklumkan juga tentang Akta Saraan Hakim Syarie. Sekarang ini dia ikut dalam skim PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik).
"Jadi insya-Allah, minta Dr Na'im (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar) menyegerakan untuk kita angkat supaya ada Akta Saraan Hakim Syarie, supaya (Hakim Syarie) ditingkatkan.
"Saya mudah sahaja, runding baik-baik dan selesai," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Memartabatkan Perundangan dan Kehakiman Syariah Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini Skim Saraan Hakim Syarie adalah di bawah Skim PTD kerana hakim syarie merupakan pegawai perkhidmatan awam.
Anwar berkata cadangan pelaksanaan akta itu wajar dipertimbangkan bagi memastikan tiada lagi pandangan yang merendahkan status hakim syarie.
"Ia juga pasti akan memberi kekuatan dan keberanian kepada hakim syarie untuk mengaplikasikan perundangan dengan lebih berwibawa," katanya.
Sementara itu Mohd Na'im berkata konvensyen yang julung kali diadakan itu bertujuan memperkasakan perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia serta memperhebatkan maslahah agama, negara dan ummah.
"Agenda memartabat perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia telah menjadi tonggak penting kepada Pelan Transformasi Al-Falah yang telah digerakkan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sebagai pelantar penambahbaikan pentadbiran hal ehwal Islam," katanya.
Beliau berkata konvensyen itu juga merupakan langkah susulan bagi golongan ilmuan, ahli undang-undang termasuk para pentadbir untuk berkongsi pengetahuan, menganalisis isu-isu semasa serta memberikan usul dan cadangan ke arah memperkukuh sistem perundangan dan kehakiman syariah di negara ini.
"Mudah-mudahan dengan semangat muzakarah dan musyawarah, konvensyen ini akan mencapai keputusan bermakna dan menghasilkan langkah praktikal untuk meningkatkan sistem perundangan dan kehakiman syariah di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2024
Anwar berkata cadangan pelaksanaan akta itu wajar dipertimbangkan bagi memastikan tiada lagi pandangan yang merendahkan status hakim syarie. -Bernama
Lima sekeluarga maut kemalangan selamat dikebumikan
Lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin di sini malam tadi, selamat dikebumikan.
Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan senegara
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini 10 Jan lepas.
Pengasuh taska disyaki terlibat kematian bayi empat bulan ditahan
Polis menahan seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dipercayai berkait kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan 3 Jan lepas.
'Tersilap hantar', gudang perabot terkenal terima periuk api antikereta kebal
Kira-kira 240 periuk api antikereta kebal yang terlepas daripada pemeriksaan tentera Poland, secara tidak sengaja dihantar ke gudang sebuah syarikat perabot di negara itu.
Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis.
Banjir Johor: Jumlah mangsa menurun, 3,455 berlindung di 37 PPS
Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor mencatatkan penurunan kepada 3,455 orang berbanding 3,471 orang pagi tadi.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri bermula Ahad.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran | Hujan dan air pasang besar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mrs World 2024: Wakil Malaysia bakal gayakan 'Puteri Membara Malaysia'
Wakil Malaysia ke Mrs World 2024, Dr Shalini Devi Ramachandran bakal menggayakan kostum kebangsaan Puteri Membara Malaysia pada pertandingan itu yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini.
Elak subjudis isu Titah Adendum, serah pada mahkamah - Azalina
Semua pihak khususnya ahli UMNO digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi membabitkan Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak kerana dibimbangi menimbulkan subjudis.
WEF sahkan Anwar sertai Mesyuarat Tahunan 2025 di Davos
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyertai Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.
LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
Malaysia setuju pengerusikan bersama mesyuarat menteri CEAPAD - PM Anwar
Perdana Menteri mengumumkan persetujuan Malaysia menjadi pengerusi bersama Mesyuarat Peringkat Menteri bagi Persidangan mengenai Kerjasama antara Asia Timur untuk Pembangunan Palestin (CEAPAD).
PM Anwar sertai solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat Jumaat bersama jemaah di Masjid India, ibu negara.
Malaysia, Jepun muktamad kerjasama bangun sektor tenaga hidrogen Mei ini
Malaysia dan Jepun bakal memuktamadkan kerjasama bagi membangunkan sektor tenaga baharu, hidrogen menjelang Mei ini.