ISTANBUL: Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
"Saya tidak nafikan berlaku kenaikan harga barangan, ini fenomena global. Bukan hanya di Malaysia, bukan hanya di Turkiye tetapi di seluruh dunia... mula-mula kerana pandemik COVID-19 dan kemudian Perang Ukraine-Rusia," katanya pada majlis makan tengah hari bersama rakyat Malaysia yang menetap atau belajar di Turkiye hari ini.
Ismail Sabri, yang tiba pada Selasa untuk lawatan rasmi empat hari ke republik itu, berkata yang membezakan Malaysia dengan kebanyakan negara lain ialah kadar subsidi diberikan kerajaan kini mencecah lebih RM77.7 bilion.
"Sebagai contoh, kadar inflasi di Turkiye sudah mencecah 78 peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 24 tahun. Malaysia bertuah kerana kerajaan dapat mengekalkan subsidi dan memastikan harga barang tidak naik dan membebankan rakyat," katanya.
Perdana Menteri berkata maklum balas yang diterima daripada rakyat Malaysia di Turkiye menunjukkan harga keperluan barang asas naik mendadak dan tiada subsidi kecuali untuk roti.
"Ramai yang menggambarkan kehidupan di Turkiye semakin hari semakin mencabar terutama golongan pelajar. Harga makanan naik setiap minggu atau dua minggu sekali," katanya.
Beliau berkata di Malaysia pula, kerajaan terus mengekalkan subsidi untuk barangan seperti ayam, minyak masak, petrol dan diesel.
Ismail Sabri berkata kerajaan juga mengekalkan tarif elektrik dan air demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia dengan menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan penjanaan lain.
Katanya bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40 turut diberikan.
Seramai 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia menerima bayaran membabitkan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion secara berperingkat mulai 27 Jun lepas dan sehingga kini, lapan juta orang atau 93 peratus telah menerima bayaran.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022
![Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657033603_TBISMAILSABRI.jpg)
Ismail Sabri berkara yang membezakan Malaysia dengan kebanyakan negara lain ialah kadar subsidi diberikan kerajaan kini mencecah lebih RM77.7 bilion. - Gambar/ Bernama
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51719895570_AnwarIbrahim.jpg)
Indikator ukur kos sara hidup diubah selari perkembangan semasa - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata indikator baharu bagi mengukur tahap kos sara hidup (KSH) rakyat telah diubah suai, bagi memastikan ia selari dengan perkembangan semasa negara.
![Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719808655_ZambryKptMatriku.jpg)
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
![Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717772958_AbangJohariTunOpe.jpg)
Yang Dipertua Dewan Negara baharu adalah orang Sarawak - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Yang di-Pertua Dewan Negara yang baharu kelak, adalah orang Sarawak.
![Parlimen North Macedonia lantik Mickoski sebagai perdana menteri baharu Parlimen North Macedonia lantik Mickoski sebagai perdana menteri baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719196755_tbHristijanMickoski.jpg)
Parlimen North Macedonia lantik Mickoski sebagai perdana menteri baharu
Seramai 77 ahli Parlimen daripada 120 kerusi mengundi menyokong kerajaan baharu, manakala 22 menentang dan 21 lagi berkecuali.
![PM Anwar dan Li Qiang saksi pertukaran 14 MoU antara Malaysia-China PM Anwar dan Li Qiang saksi pertukaran 14 MoU antara Malaysia-China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718781178_memorandumpersefaha.jpg)
PM Anwar dan Li Qiang saksi pertukaran 14 MoU antara Malaysia-China
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya, Li Qiang hari ini menyaksikan pertukaran 14 memorandum persefahaman (MoU).
![PM Anwar nyatakan hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Presiden Brazil PM Anwar nyatakan hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Presiden Brazil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718694412_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar nyatakan hasrat Malaysia sertai BRICS kepada Presiden Brazil
Anwar mengesahkan telah menyatakan hasrat untuk menyertai organisasi antara kerajaan, BRICS kepada Presiden Brazil.
![Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718598491_AnwarIbrahim.jpg)
Subsidi diesel tidak dihapuskan, kerajaan masih tanggung RM7 bilion subsidi - Anwar
Kerajaan masih menanggung sekitar RM7 bilion subsidi berkaitan diesel di Semenanjung Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718346031_AnwarIbrahim.jpg)
Penghayatan dan amalan haji mengajar mesej kesederhanaan - PM Anwar
Ibadah haji yang disambut mengajar sifat tawaduk dan tidak terpukau dengan tarikan kemewahan dunia yang sementara, kata Perdana Menteri.
![Perdana Menteri solat sunat Aidiladha di Masjid Putra Perdana Menteri solat sunat Aidiladha di Masjid Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718589151_AnwarIbrahim.jpg)
Perdana Menteri solat sunat Aidiladha di Masjid Putra
Perdana Menteri Anwar menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 20,000 jemaah di Masjid Putra, Putrajaya.
![Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718444928_tbAnwarIbrahim.jpg)
Pengusaha bas sekolah boleh rayu bantuan subsidi diesel - PM
Pengusaha bas sekolah dan syarikat yang tidak menerima subsidi susulan penyasaran subsidi diesel masih boleh merayu dan sekiranya layak, permohonan mereka akan dipertimbang.