KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan perlu memberi pampasan setimpal kepada penduduk yang tinggal di kawasan setinggan dekat Jalan Atas Paloh di sini susulan perobohan kediaman mereka.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan Mohamad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi berkata kerajaan negeri seharusnya mempunyai sifat simpati dan perikemanusiaan kepada penduduk terbabit.
"Pandangan saya perlu bagi pampasan yang setimpal kerana penduduk terbabit sudah lama menetap di kawasan itu, sebelum merdeka lagi.
"Walaupun tanah tersebut bukan milik kekal mereka tetapi atas sifat perikemanusiaan, kerajaan negeri perlu bersimpati dengan nasib penduduk dan memikirkan kebajikan rakyat," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata penduduk mendakwa pampasan antara RM1,000 hingga RM1,500 yang mereka terima adalah tidak mencukupi mengambil kira kerugian dialami termasuk kos rumah yang dirobohkan itu.
Mohamad Ezzat Zahrim berkata pada 20 Sept 2020, penduduk dijanjikan rumah di Jalan Pantai Cahaya Bulan sebagai kediaman sementara namun kemudahan itu tidak wujud hingga ke hari ini.
Beliau berkata disebabkan keadaan itu, penduduk merasakan diri mereka dianiaya dan tertipu.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama Dr Hafidzah Mustakim pula berkata kerajaan negeri seharusnya mengadakan perbincangan dan berunding dengan penduduk mengenai jumlah pampasan yang munasabah atau membina rumah mampu milik untuk mereka.
Untuk rekod, tanah seluas 1.79 hektar itu adalah milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan perobohan rumah penduduk di kawasan terbabit dibuat berdasarkan keputusan mahkamah pada 26 April 2022.
Sebelum ini, persetujuan awal yang dicapai membenarkan PKINK membuat perobohan secara berfasa bermula 1 Mac 2020 hingga semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 08 2024

Mohamad Ezzat Zahrim berkata kerajaan negeri seharusnya mempunyai sifat simpati dan perikemanusiaan kepada penduduk terbabit. - Gambar Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan negeri perlu beri pampasan setimpal kepada penduduk Jalan Atas Paloh - AMK Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan perlu memberi pampasan setimpal kepada penduduk yang tinggal di kawasan setinggan dekat Jalan Atas Paloh di sini susulan perobohan kediaman mereka.