KUALA LUMPUR: Kerajaan meluluskan permohonan subsidi upah bernilai RM1.193 bilion di bawah Program Subsidi Upah 2.0 (PSU 2.0) setakat 21 Mei, 2021.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata subsidi upah tersebut telah memberi manfaat kepada 73,815 majikan untuk terus beroperasi dan mengekalkan penggajian bagi 642,123 pekerja.
Beliau berkata selain itu setakat 21 Mei, sebanyak 137,593 pekerja juga telah berjaya mendapat pekerjaan melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan.
"Antara industri dan sektor utama yang mengambil pekerja termasuk pembuatan serta perdagangan borong dan runcit," katanya dalam laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-55, yang dikeluarkan pada Khamis.
Beliau berkata bagi dana pinjaman mudah perusahaan kecil sederhana (PKS) yang dikendalikan Bank Negara Malaysia (BNM), jumlah permohonan yang telah diluluskan oleh bank-bank tempatan dan disetuju terima oleh PKS adalah RM11.95 bilion, dan ia akan memberi manfaat kepada 25,406 PKS, setakat tarikh yang sama.
Di bawah program pembiayaan PKS Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) pula, sebanyak 7,497 permohonan telah diluluskan dengan nilai pinjaman sebanyak RM1.403 bilion setakat 21 Mei, katanya.
"Setakat 21 Mei, RM66.2 juta telah disalurkan kepada 13,866 perniagaan dalam bentuk geran dan pinjaman untuk langganan perkhidmatan digitalisasi," katanya.
Menyentuh isu pembiayaan sektor pelancongan PENJANA, Tengku Zafrul berkata setakat 21 Mei, terdapat 657 permohonan bagi pembiayaan ini.
"Daripada jumlah ini, sebanyak 325 permohonan telah diluluskan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM64.6 juta," katanya.
Beliau juga berkata setakat 21 Mei, sebanyak RM722.91 juta elaun khas barisan hadapan telah disalurkan berdasarkan 2,028,639 tuntutan daripada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan lain yang terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pembendungan pandemik COVID-19.
"Elaun khas ini juga dipanjangkan kepada anggota tentera, polis, kastam, imigresen, bomba, anggota Angkatan Pertahanan Awam serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 03 2021

Tengku Zafrul berkata, setakat 21 Mei, sebanyak 137,593 pekerja juga telah berjaya mendapat pekerjaan melalui Program Insentif Pengambilan Pekerja dan Bantuan Latihan. - Gambar fail
AWANI Ringkas 11 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 11 Mac 2025
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
1️⃣ PGA perketat kawalan sempadan, halang suspek masuk Malaysia
2️⃣ Seorang lagi mangsa meninggal dunia
3️⃣ Israel sekat makanan dan bantuan, situasi Gaza memburuk
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Letupan Bom di Sungai Golok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Putera Mahkota Arab Saudi, Setiausaha AS bincang perkembangan serantau dan antarabangsa
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa.

Jenazah ketiga kemalangan di Senawang selamat dikebumikan
Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga, rakan Allahyarham Aisar Azim dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir remaja itu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [11 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Geegee Ahmad
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi
- Penolong Pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas
- Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung tahun 2025
- Artis, masyarakat jangan normalisasi maksiat - Ahmad Sanusi

'Kopi Penumbuk' dikesan kandungi Tadalafil - Agensi Makanan Singapura
Agensi itu menasihatkan pengguna agar tidak membeli atau mengambil produk yang dipasarkan di platform e-dagang tempatan sebagai produk kopi.
AWANI Pagi: ASEAN Kita: ASEAN & Australia, stronger together
Join us for a special episode of ASEAN KITA as we sit down with H.E. Tiffany McDonald, Australia's Ambassador to ASEAN. We’ll explore Australia’s strategic vision, economic partnership, climate collaboration, and expectations for ASEAN as Malaysia chairs the region in 2025. Stay tuned for insights on the future of ASEAN-Australia ties!

97 kompaun dikeluarkan kepada pengendali makanan bazar Ramadan di Kelantan
Zaini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Hari Komanwel: Menteri UK puji kekuatan Malaysia
West memuji keindahan Malaysia dan layanan mesra diterimanya dan menekankan perbincangan bermanfaat dengan wakil kerajaan mengenai objektif bersama.
Pintu empangan takungan air di Sepanyol dibuka
Hujan lebat berterusan akibat Taufan Jana menyebabkan pintu pelepasan empangan takungan air di Avila, Sepanyol terpaksa dibuka pada Isnin.

Tiada keputusan, laporan Malaysia terkait kes penipuan cip AI Nvidia - Tengku Zafrul
Tiada keputusan ataupun laporan yang menunjukkan cip AI Nvidia dalam pelayan dipindahkan ke Malaysia dari Singapura sebagaimana yang didakwa.

ASEAN akan adakan rundingan perdagangan dengan AS, GCC, China - Tengku Zafrul
Sidang kemuncak bersama Amerika Syarikat (AS) yang dirancang ASEAN kini sedang dalam peringkat perancangan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Malaysia optimis ASEAN muktamad perjanjian ATIGA menjelang Mac
Malaysia optimis penambahbaikan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN (ATIGA) akan dipersetujui dan diluluskan oleh kesemua negara anggotanya bulan hadapan.

ASEAN perlu bijak catur strategi untuk mendepani ‘perang tarif’
Konsep neutraliti dan ASEAN Centrality amat penting untuk blok 10 negara itu mengemudi ketidaktentuan ekonomi dan dasar perlindungan perdagangan yang semakin meluas di peringkat global.

ASEAN perlu ketepikan dasar perlindungan perdagangan untuk hadapi cabaran global
Negara-negara anggota ASEAN digesa mengurangkan dasar perlindungan perdagangan bagi menjayakan integrasi ekonomi dan perjanjian perdagangan baharu.

Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN bermula, integrasi ekonomi agenda utama
Perbincangan turut dijangka dilatari dengan ketidaktentuan geopolitik semasa serta strategi ASEAN untuk menampan impaknya kepada pertumbuhan ekonomi serantau.

MITI sasar pertumbuhan pelaburan diluluskan 5 peratus pada 2025 - Tengku Zafrul
MITI menyasar pertumbuhan pelaburan diluluskan negara sebanyak lima peratus bagi tahun ini, mengatasi RM378.5 bilion pada 2024.

Kesan negatif prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat minimum - Tengku Zafrul
MITI berpandangan risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport semikonduktor ke Amerika Syarikat (AS) berikutan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS Donald Trump adalah minimum buat masa ini.

Weststar bakal perluas sayap jalin kerjasama tiga hala
Ini merupakan kerjasama tiga hala membabitkan Malaysia, Timor Leste dan Santos Energy, sebuah syarikat dari Australia yang menonjolkan kepentingan Weststar dalam pembangunan ekonomi serantau.

MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.