Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk meneliti semula Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dikeluarkan selepas tragedi Highland Tower lebih 20 tahun lalu.
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan usaha penambahbaikan dapat dilakukan ke atas mana-mana perkara dalam arahan berkenaan.
“Arahan 20 dikeluarkan selepas tragedi Highland Tower lebih 20 tahun dulu. Tragedi itu bukan bencana semulajadi sebab ia ranap dan kita perlu kemaskini Arahan 20 ini,” ujarnya.
Arahan 20 MKN bertujuan menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana secara menyeluruh, termasuk peranan dan tanggungjawab agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela meliputi peringkat sebelum, semasa serta selepas bencana.
Sementara itu, Dr Wan Azizah berkata, kerajaan juga akan melakukan audit risiko bencana bagi setiap negeri seluruh negara.
Beliau berkata, langkah itu penting memandangkan profil risiko bencana adalah berbeza dari negeri ke negeri.
“Sebagai contoh, di Pantai Timur adalah lebih kepada taufan, manakala di Pantai Barat Malaysia, adalah ke arah tsunami dan punca bencana dari Indonesia,” katanya pada sidang media selepas mengadakan mensyuarat bersama NADMA di Ibu Pejabatnya di Putrajaya hari ini.
Beliau dalam pada itu turut mencadangkan NADMA merancang latihan-latihan dengan pelbagai agensi untuk memastikan penyelarasan yang lebih baik di peringkat operasi.
“Saya juga meminta NADMA berbincang dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) mengenai penyelarasan yang perlu diwujudkan ketika bencana.
"Kita telah meneliti pengajaran banjir besar yang berlaku seperti banjir di Kelantan pada 2014,” ujarnya.
Selain itu katanya, Malaysia juga perlu meningkatkan keupayaan meramal bencana-bencana baharu yang mungkin akan dihadapi negara.
“Kita juga melakukan 'scenario planning' untuk menghadapi kemungkinan yang di luar jangkaan di masa hadapan,” ujarnya.
Sementara itu, Ketua Pengarah NADMA Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata audit risiko akan digerakkan dengan kerjasama agensi lain supaya lebih terancang dan tertumpu kepada keperluan yang jelas.
“Dalam audit ini nanti kita akan lihat balik dokumen-dokumen dan keperluan yang ada dan lihat sejauh mana ia memenuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.
Ahmad Jailani berkata, NADMA merancang menubuhkan Sahabat NADMA bagi memudahkan latihan dan kerjasama dengan individu, badan bukan kerajaan dan persatuan bagi membantu dan menyelamat mangsa bencana.
"Ini adalah langkah yang baik selain dapat mewujudkan kos efektif dan akan membantu mempercepatkan usaha menyelamat dan sebagainya," katanya.
Rahimah Abdullah
Fri Jun 08 2018
Dr Wan Azizah dan Ahmad Jailani (kanan) pada sidang media di ibu pejabat NADMA, di Putrajaya hari ini. Astro AWANI / RAHIMAH ABDULLAH
Pelihara sumber hasil Sungai Perak demi kelangsungan ekonomi - MB
Beliau berkata pemuliharaan Sungai Perak merupakan satu keutamaan selaras aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Pembunuhan Hassan Nasrallah, satu tindakan biadab rejim Israel - Mohamad
Mohamad berkata, Malaysia menyatakan kekesalan susulan kematian itu sambil menyifatkan Israel sebagai angkuh dan tidak menghormati keputusan PBB.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
UNGA 79: Malaysia cadang PBB lantik Wakil Khas tangani isu Islamofobia
Malaysia mencadangkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk melantik seorang Wakil Khas bagi memerangai Islamofobia.
Manchester City seri dua kali berturut-turut
Perlawanan menyaksikan Erling Haaland gagal menjaringkan gol buat kali pertama untuk The Citizens musim ini.
UKM terima 6,718 pelajar baharu sesi akademik 2024/2025
Daripada 6,718 pelajar baharu yang mendaftar, 1,803 adalah daripada keluarga B40, iaitu lebih 40 peratus daripada jumlah ambilan keseluruhan.
Perak jadikan Sri Pahang mangsa seterusnya, gol terpantas Fernandez julang Selangor
Perak FC membuka tirai jaringan menerusi tandukan Luciano Guaycochea pada minit ke-43 berpunca sepakan sudut diambil Tommy Mawat Bada.
Tanah jerlus jejas empat buah rumah di Tanjung Tualang
Menurut bomba, insiden melibatkan mendapan tanah yang berlaku di hadapan empat buah rumah di Lorong Teja Utama, Taman Teja.
UNGA 79: Malaysia seru tingkatkan penglibatan negara Selatan Global
Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, suara negara-negara membangun tidak boleh lagi diabaikan.
UTM terima 3,154 pelajar baharu bagi sesi akademik 2024/2025
Seramai 2,977 pelajar mendaftar pengajian di kampus UTM Johor Bahru dan 177 pelajar di kampus UTM Kuala Lumpur.
Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi SPA baharu
Pelantikan Ahmad Jailani itu berkuat kuasa hari ini, 7 Jun 2024 untuk tempoh tiga tahun.
Kerajaan kaji keperluan tambah baik arahan pengurusan bencana MKN
Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan usaha penambahbaikan dapat dilakukan ke atas mana-mana perkara dalam arahan berkenaan.