Kerajaan akan mengkaji cadangan penubuhan sebuah badan khas bagi mengawal selia industri seni muzik negara seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) untuk industri perfileman, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bercakap pada Majlis Townhall Penggiat Seni Bersama Perdana Menteri di sini hari ini, Dr Mahathir berkata, ia bagi menentukan hak dan kepentingan penggiat seni muzik terbela daripada pelbagai isu seperti pembayaran royalti yang tidak setimpal.
"Rupa-rupanya bukan orang politik sahaja ada penyangak, penggiat seni pun ada juga. Saya tak tahu mereka salah guna undang-undang untuk mendapatkan segala royalti bagi diri mereka.
"Ini sudah tentu kerana undang-undang (harta intelek) yang diadakan tidak mencukupi untuk memberi perlindungan kepada penggiat seni, ini kita akan kaji semula berdasarkan pendapat penggiat seni," katanya.
Pada majlis itu, kumpulan penggiat seni muzik turut menyampaikan memorandum cadangan penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia kepada Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata, bentuk badan itu mestilah ditentukan oleh penggiat seni sendiri supaya kepentingan mereka terdapat dalam bidang kuasa badan yang akan ditubuhkan.
"Ini bukanlah jadi satu masalah bagi kerajaan kerana kita mahu tentukan kekayaan negara dikongsi bersama. Kita perkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama, jadi kalau satu orang dapat berjuta daripada industri seni, tak patut ada yang menyumbang kepada industri tetapi tidak dapat bahagiannya," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau sering tertanya-tanya bagaimana seorang penyanyi dapat hidup sempurna dan mendapat pendapatan tinggi sebelum menjadi terkenal dengan ada sebahagiannya terus hidup dalam keadaan kemiskinan.
"Contohnya, (Allahyarham Tan Sri) P. Ramlee. Saya anggap dia adalah seorang genius, dia buat segalanya menulis cerita, lirik, mencipta lagu, main instrumen, buat filem, edit filem. Saya lihat sendiri dia lakukan kerja ini, tapi akhirnya dia meninggal sebagai orang miskin.
"Hari ini lagunya dinyanyikan oleh semua orang tapi dia tak dapat satu sen pun (royalti) sebab dia sudah takda, mungkin keluarga dia dapat saya tak tahu," katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menekankan agar penggiat seni muzik mempelbagaikan pendapatan mereka sama seperti yang dicadangkan kerajaan kepada golongan pekebun sawit dan getah supaya menanam tanaman lain bagi menambah pendapatan jika harga sawit atau getah jatuh.
Ini kerana pendapatan penyanyi tidak tetap dengan ada antara mereka bergantung kepada jemputan menyanyi daripada pihak lain.
"Kalau kita kekurangan jemputan untuk menyanyi, kita boleh dapat pendapatan daripada perusahaan kecil kita. Ada perusahaan yang jadi jutawan.
"Kalau nak menyanyi sahaja mungkin tak dapat banyak tapi kalau buat tudung kepala cantik-cantik ada yang jadi jutawan. Gabungkan dengan kerja lain yang boleh tolong kita dapat pendapatan lumayan," katanya.
Dr Mahathir berkata, beliau percaya jika penyanyi bergantung kepada satu bidang sahaja, mereka akan menghadapi masalah. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 11 2019

Kerajaan akan mengkaji cadangan penubuhan sebuah badan khas bagi mengawal selia industri seni muzik negara seperti Finas, kata Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kerajaan kaji cadangan penubuhan badan kawal selia industri seni muzik - PM
Kerajaan akan kaji cadangan penubuhan sebuah badan khas bagi mengawal selia industri seni muzik negara seperti Finas, kata Perdana Menteri