JOHOR BAHRU:Johor mahu projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) diteruskan biarpun jajaran baru tidak melibatkan Singapura.
Bagaimanapun kerajaan negeri tidak menghalang pelaburan dari republik itu sekiranya ia dilaksanakan.
Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata penamatan HSR memberikan peluang kepada kerajaan pusat untuk melihat semula dan membuat kajian mengenai projek berkenaan.
Katanya yakin kerajaan pusat akan meneruskan HSR tanpa melibatkan stesen di Singapura, mungkin dalam bentuk baharu tidak seperti asal.
Perubahan itu dari segi jajaran, kedudukan stesen, rangkaian perhubungan baru untuk lebih berdaya maju.
"Saya rasa kita tidak menolak kerjasama dengan Singapura, mungkin ianya satu kerjasama baharu. Saya percaya setiap pelaburan akan melihat kepada pulangan atau return of investment," katanya dalam siding media di pejabat UMNO Johor di Johor Bahru.
BACA: Perjanjian projek HSR Malaysia-Singapura tamat, terbatal secara sendiri
Jelas Hasni, bagaimanapun segala keputusan yang diambil perlu mendahulukan kepentingan rakyat.
Katanya, adalah satu kerugian jika HSR dibatalkan terus, kerana ia akan menjadi limpahan ekonomi besar kepada Johor dengan sebahagian jajaran berada di negeri ini.
Dengan kewujudan Rapid Transit Sistem (RTS) dan projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru di negeri ini, Hasni berkata bas rapid transit (BRT) di Iskandar Puteri juga akan dikaji semula untuk ditukarkan kepada LRT bagi melengkapkan sistem perhubungan rel di negeri Johor.
Namun, katanya rakyat perlu beri masa kepada kerajaan untuk kaji semula HSR dalam tempoh tiga atau empat bulan.
Tambahnya, kerajaan juga perlu segera jelaskan kepada rakyat mengapa pembatalan HSR terjadi, kerana ia melibatkan ganti rugi yang besar.
Astro Awani
Sat Jan 02 2021
![Kerajaan Johor mahu projek HSR diteruskan Kerajaan Johor mahu projek HSR diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71598169510_HASNIMOHAMMAD.jpg)
Johor mahu projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) diteruskan biarpun jajaran baru tidak melibatkan Singapura. - Bernama
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
Keperluan memperkukuh infrastuktur sumber peralihan tenaga - Pakar
Peningkatan kapasiti grid dan teknologi storan tenaga menjadi fokus utama Malaysia dalam menghadapi cabaran kestabilan tenaga dan mewujudkan landskap tenaga yang lebih berkesan. Artikel ini mengulas strategi dan inisiatif kerajaan dalam membangunkan infrastruktur yang kritis untuk menyokong pertumbuhan sumber tenaga boleh diperbaharui dan mengurangkan bergantung kepada sumber tradisional seperti arang.
Malaysia komited capai Matlamat Pembangunan Lestari PBB – NGA
Malaysia komited untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDGs) serta mengutamakan kesejahteraan rakyatnya.
![WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran' WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721190179_tbWhatsApp.jpg)
WhatsApp mudahkan anda berhubung dengan rakan-rakan melalui ciri 'Kegemaran'
Anda boleh melabelkan beberapa rakan-rakan atau ahli keluarga di bawah label berkenaan, dan seterusnya berhubung dengan mereka dengan lebih pantas berbanding yang lain.
[TERKINI] Jenazah Nur Farah Kartini dikebumikan di Pekan
Jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, pada Rabu.
![MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716607692_TBZAFRUL.jpg)
MITI tekad jadikan Malaysia peneraju serantau sektor teknologi hijau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia menyokong pelaksanaan Strategi Pelaburan Hijau bagi menarik pelaburan hijau ke Malaysia dan memangkin pembangunan sosio-ekonomi lestari.
[TERKINI] Punca kematian Nur Farah Kartini belum dapat disahkan - Polis
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, pihak Pakar Patalogi Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh memerlukan keputusan analisis makmal terhadap beberapa sampel biologi yang diambil pada mayat untuk mengenal pasti punca kematian.
[TERKINI] PM arah MOSTI senaraikan 100 saintis untuk ke 100 sekolah
Perdana Menteri mengarahkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi untuk pergi ke 100 sekolah dan menganjurkan program di sana.
![Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720161058_TBLOGOPDRM.jpg)
Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Malim
Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung dalam keadaan tertiarap di Sungai Malim.
![Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718916143_HasniMohammad.jpg)
Projek lebar lebuh raya di Johor tidak ganggu aliran trafik
Dua lorong sedia ada di kedua-dua laluan lebuh raya tersebut masih dibuka walaupun projek naik taraf sedang dijalankan.
![Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691739047_TBHASNI.jpg)
Pusat Kelestarian Johor bakal ditubuhkan
Inisiatif itu sejajar dengan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga yang dilancarkan Kementerian Ekonomi baru-baru ini.
![Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679182420_TBAHMADMASLANjpg.jpg)
Ahmad Maslan tewaskan Hasni di Pontian
Timbalan Menteri Kewangan itu memperoleh 388 undi, berbanding lawannya Datuk Seri Hasni Mohammad yang hanya meraih 291 undi.
!['Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni 'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670161861_HasniMohammad.jpg)
'Tak ada guna hebat di media sosial sahaja' - Hasni
Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad menyifatkan pendekatan secara bersemuka dan menggunakan meja perundingan merupakan kaedah terbaik dalam menyuarakan pandangan.
![Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671195681_KhaledNordin.jpg)
Adat berpolitik, pasti ada badai dan gelora - Khaled Nordin
Mohamed Khaled menjelaskan sudah menjadi adat berpolitik, pasti ada badai dan geloranya.
![Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670187576_HasniMohammad.jpg)
Kaukus Ahli Parlimen Johor pacu pembangunan negeri - Hasni
Perbincangan mengenai penubuhan kaukus itu dijangka diadakan selepas majlis angkat sumpah Ahli Parlimen di Dewan Rakyat pada 19 Dis ini.
![Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan? Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668582861_TBMASHUPsimpang.jpg)
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.
![Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15 Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668519732_HasniMohamad.jpg)
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/41667324057_DatukHasniMohammad.jpg)
PRU15: Johor akan jadi tiang seri kemenangan BN - Hasni
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Seri Hasni Mohammad yakin negeri ini akan menjadi tiang seri kepada kemenangan gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.
![PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81667855386_HUSSEIN.jpg)
PRU15: Perancangan ADUN BN Johor diketengahkan sewaktu kempen
Hasni berkata 40 wakil rakyat itu yang telah memenangi PRN Johor pada Mac lepas akan membantu kempen di kawasan masing-masing.