IPOH: Kerajaan menggalakkan pemain industri memberi peluang kepada mana-mana pekerjanya melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi bagi meningkatkan produktiviti serta bilangan tenaga mahir dalam sektor perindustrian di negara ini.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, model seumpama itu yang digunakan oleh banyak negara maju seperti Jerman, Belanda dan Amerika Syarikat adalah untuk memastikan pembangunan dalam bidang perindustrian terus ditingkatkan.
"Banyak program yang berjaya di sana kerana syarikat bayar mereka belajar dan bekerja. Mungkin kerja dua hari, belajar tiga hari atau mungkin belajar dua minggu, kerja dua minggu, tetapi inilah yang disebutkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan timbalannya berkenaan pembelajaran berasaskan kerja (work-based learning).
"Ia bermaksud kalau kita nak lebih ramai rakyat bekerja di kilang, bekerja dalam sektor pembuatan, kita perlu memberikan peluang dan menggaji mereka untuk belajar. Kita perlukan paradigma baharu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Perdana Kesedaran e-Invoicing dan Pelan Induk Perindustrian Baharu Malaysia 2030 (NIMP) Kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini, pada Sabtu.
Liew berkata, kerajaan juga telah mewujudkan jawatankuasa khas dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang menjadi cabang utama bagi melahirkan tenaga mahir dalam bidang perindustrian.
"Kerajaan pada ketika ini sedang memberi tumpuan untuk menjayakan lebih banyak program TVET bagi melahirkan lebih banyak jurutera dalam sektor semikonduktor," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, NIMP 2030 menggariskan hala tuju negara terutama dalam mewujudkan persekitaran industri menggunakan lebih banyak teknologi hijau selain pendigitalan, kecerdasan buatan (AI), automasi dan pelbagai teknologi lain.
Menurutnya lagi, bagi menjayakan usaha tersebut, negara amat memerlukan tenaga kerja berkemahiran selain memastikan gaji setimpal diterima pekerja di negara ini supaya mereka tidak berhijrah ke luar negara.
- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024

Kerajaan pada ketika ini sedang memberi tumpuan untuk menjayakan lebih banyak program TVET bagi melahirkan lebih banyak jurutera dalam sektor semikonduktor, kata Chin Tong . - Gambar fail Bernama

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM Anwar minta Sarawak bekalkan elektrik ke FIlipina - Abang Johari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Sarawak membekalkan lebihan tenaga elektriknya ke selatan Filipina melalui Sabah bermula tahun depan.

Penglibatan lebih ramai pemain industri, pekebun kecil tingkat pengeluaran koko negara - Johari
Negara pada masa ini hanya mampu menghasilkan kira-kira 450 tan biji koko setahun, berbanding 300,000 tan setahun sekitar 20 tahun lepas.

DeepSeek, AI dari China, kejutkan industri teknologi global, pemain utama
Populariti model AI ini melonjak di gedung aplikasi mudah alih, mengatasi ChatGPT di beberapa pasaran utama.

Kerajaan MADANI sentiasa mudah cara selesai masalah pelabur - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa memudah cara dan mencari kaedah terbaik serta pantas dalam menyelesaikan mana-mana masalah yang dihadapi pelabur.

Pelan Tindakan Udara Bersih bakal dimuktamadkan bagi menangani isu kualiti udara
Kerajaan sedang memuktamadkan Pelan Tindakan Udara Bersih Kebangsaan 2025-2040 (NCAAP) yang bertujuan menangani cabaran berkaitan kualiti udara di negara ini.

Kerajaan seru usahawan muda perlu berani ambil risiko - Fadillah
Kerajaan sentiasa membuka ruang kepada usahawan muda untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Jabatan Standard Malaysia bangun garis panduan e-dagang tingkat persekitaran pelaburan kondusif
JSM berjaya membangunkan piawaian Malaysian Standard (MS) 2781: 2023 - Logistics dataset - Guidelines for E-commerce Transactions and Last Mile Delivery.

KPKM keluarkan syor harga siling kos upah bajak, tuai padi berkuat kuasa esok
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengeluarkan syor harga siling kos upah bagi kerja membajak dan menuai padi yang mengambil kira harga diesel semasa, berkuat kuasa esok.

Kerajaan galak pemain industri beri peluang pekerja sambung pengajian - Liew
Ia bagi meningkatkan produktiviti serta bilangan tenaga mahir dalam sektor perindustrian di negara ini.

KPT perlu sentiasa bincang dengan pemain industri, pastikan lepasan TVET dapat kerja - Zambry
KPT perlu sentiasa mengadakan perbincangan bersama pemain industri termasuk dengan sektor swasta bagi memastikan lepasan TVET mendapat tempat dalam pasaran kerja.