Seorang anggota Parlimen mencadangkan kerajaan mengkaji semula perkhidmatan teksi di negara ini supaya ia dapat kekal berdaya saing.
Tan Sri Shahrir Abdul Samad (BN-Johor Bahru) berkata kerajaan harus melihat bagaimana penggunaan teknologi Internet, seperti yang digunakan perkhidmatan teksi Uber yang boleh dioptimumkan untuk membantu meningkatkan pelanggan pemandu teksi konvensional sedia ada.
"Perlu saya cadangkan supaya kerajaan kaji semula perkhidmatan teksi di negara ini seperti bagaimana membantu mengurangkan kos pemeriksaan kenderaan yang membebankan.
"Pengurangan kos-kos ini akan dapat membantu meningkatkan perkhidmatan yang lebih baik," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2015) 2016 pada persidangan Dewan Rakyat Isnin.
Mengambil contoh perkhidmatan Uber yang semakin berkembang, Shahrir berkata ia bukan sahaja mampu menawarkan harga tambang yang lebih rendah berbanding dengan perkhidmatan teksi konvensional.
Uber turut membuka peluang pekerjaan kepada golongan kelainan upaya seperti orang pekak untuk menjana pendapatan sampingan, katanya berkongsi pengalaman pernah dibawa oleh seorang pemandu teksi Uber yang pekak.
Shahrir turut mencadangkan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) memperbanyakkan lagi perkhidmatan mereka secara francais bagi memudahkan pemandu teksi melakukan pemeriksaan berkala ke atas teksi mereka.
Sementara itu, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) juga meminta Kementerian Pengangkutan menyiasat punca kaunter-kaunter jualan tiket Malaysia Airlines Berhad (MAB) di lapangan-lapangan terbang di Semenanjung Malaysia ditutup.
Beliau berkata penutupan kaunter-kaunter tersebut menyukarkan pelanggan yang terpaksa membeli tiket pada saat akhir.
Katanya beliau telah menyaksikan sendiri beberapa kali bagaimana pelanggan tidak dapat menggunakan penerbangan MAB kerana tidak dapat membeli tiket di kaunter pada saat akhir manakala pembelian tiket melalui telefon hanya dibenarkan bagi yang awal lebih dari dua jam sebelum penerbangan.
Sementara itu, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata kementerian akan mencadangkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melanjutkan tempoh pembayaran bantuan kematian kepada pencarum sehingga usia 60 tahun.
Katanya ia selaras dengan perubahan dasar kerajaan berkenaan usia persaraan kakitangan awam daripada 55 ke 60 tahun.
"Berkenaan tuntutan daripada waris, ia hanya boleh dibuat dalam tempoh enam bulan daripada kematian ahli, kita juga akan meminta KWSP untuk mempertimbangkan semula peraturan berkenaan," katanya.
Ketika ini, bantuan kematian sebanyak RM2,500 dibayar kepada orang tanggungan atau waris terdekat ahli apabila permohonan dibuat.
Bantuan ini akan diberikan sekali sahaja dan perlu mematuhi syarat-syarat iaitu wargenara Malaysia, ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian dan permohonan dibuat dalam tempoh enam bulan daripada tarikh kematian ahli.
Terdahulu, rang undang-undang itu yang mengusulkan perbelanjaan tambahan sebanyak RM3.31 bilion dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.
Sebahagian besar peruntukan tersebut akan disalurkan kepada Kumpulan Wang Terkanun iaitu sebanyak RM2.33 bilion dan selebihnya akan disalurkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pengangkutan, Parlimen dan Jabatan Perdana Menteri.
Turut menerima sebahagian peruntukan tambahan itu adalah Kementerian Pendidikan yang membabitkan anggaran perbelanjaan berjumlah RM125 juta.
Bernama
Tue Mar 29 2016
![Kerajaan disaran kaji semula perkhidmatan teksi seluruh negara Kerajaan disaran kaji semula perkhidmatan teksi seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81443303213_teksibermeter.jpg)
Shahrir berkata Uber mampu menawarkan harga tambang yang lebih rendah berbanding dengan perkhidmatan teksi konvensional.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
SUKMA 2024: Sepak takraw wanita mungkin digugurkan
Sepak takraw wanita berpasukan berkemungkinan akan digugurkan daripada senarai acara temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 berikutan jumlah penyertaan kurang daripada jumlah minimum yang ditetapkan.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702437730_maut.jpg)
Enam rakyat Vietnam ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok
Enam orang ditemukan maut di sebuah hotel di Bangkok, Thailand pada Selasa laporan media tempatan yang memetik polis Bangkok.
AWANI 7:45 [16/07/2024] - Suspek dibawa ke lokasi | Selamat tinggal rakyat Malaysia | Harimau Malaya hilang taring?
- Polis sahkan suspek bunuh Kartini anggota polis.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
- Pan-Gon enggan dedah punca letak jawatan.
- Faisal Halim sedih mentor Pan-Gon undur diri.
- Pakai reben putih di Parlimen, tak salah.
![Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721139141_TBJDUSHA.jpg)
Isteri calon gandingan Trump letak jawatan di firma guaman
Usha Vance, isteri kepada Senator J.D. Vance yang dipilih sebagai calon gandingan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump awal minggu ini, telah meletakkan jawatannya di sebuah firma guaman,
![Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683779541_TBNAJIBRAZAK.jpg)
Najib fail permohonan di mahkamah rayuan cabar Titah Adendum
Berdasarkan sistem e-filing mahkamah, rayuan itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes pada 7 Oktober ini.
![Kerjasama SME Corp-RAM Rating manfaatkan PMKS peroleh pembiayaan lebih besar Kerjasama SME Corp-RAM Rating manfaatkan PMKS peroleh pembiayaan lebih besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717073048_SMECorpRAMRating.jpg)
Kerjasama SME Corp-RAM Rating manfaatkan PMKS peroleh pembiayaan lebih besar
Sejak diperkenal pada 1997, Anugerah E50 telh diiktiraf industri sebagai salah satu platform anugerah yang menjadi rebutan dan berkredibiliti.
![PM Anwar mahu ekosistem, landskap pelaburan negara lebih kreatif dan mesra pelabur PM Anwar mahu ekosistem, landskap pelaburan negara lebih kreatif dan mesra pelabur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702305951_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar mahu ekosistem, landskap pelaburan negara lebih kreatif dan mesra pelabur
Anwar menyeru semua pihak yang terlibat untuk menekankan ekosistem dan landskap pelaburan negara supaya lebih kreatif dalam menawarkan ruang perindustrian dan perniagaan yang lebih mesra pelabur.
![E-invois akan memperkemas sistem cukai, galak ketelusan - NCCIM E-invois akan memperkemas sistem cukai, galak ketelusan - NCCIM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673366930_TanSriSohThianLa.jpg)
E-invois akan memperkemas sistem cukai, galak ketelusan - NCCIM
E-invois itu juga akan menangani kebocoran hasil akibat daripada urus niaga yang tidak dilaporkan.
![Ekonomi Sabah kekal berdaya tahan, rekod kutipan hasil tertinggi RM5.45 bilion Ekonomi Sabah kekal berdaya tahan, rekod kutipan hasil tertinggi RM5.45 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41650329214_HAJIJIBUKAPUASA.jpg)
Ekonomi Sabah kekal berdaya tahan, rekod kutipan hasil tertinggi RM5.45 bilion
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata status ekonomi Sabah pada ketika ini kekal berdaya tahan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
![[EKSKLUSIF] Celine Chuang berkongsi rahsia kejayaan, pengalaman berlatih di Jerman [EKSKLUSIF] Celine Chuang berkongsi rahsia kejayaan, pengalaman berlatih di Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607791433_CelineChuang.jpg)
[EKSKLUSIF] Celine Chuang berkongsi rahsia kejayaan, pengalaman berlatih di Jerman
Beliau yang kini bersama kelab lelaki bawah 15 tahun FC Wacker Munchen e.V turut diberi peluang beraksi dengan pasukan kedua B-17 remaja wanita FC Bayern Munich.
![Saya pilih Pakatan Harapan kerana ia gabungan parti, lebih berdaya saing - Nik Omar Saya pilih Pakatan Harapan kerana ia gabungan parti, lebih berdaya saing - Nik Omar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/71525074962_nikomar.jpg)
Saya pilih Pakatan Harapan kerana ia gabungan parti, lebih berdaya saing - Nik Omar
Ia bukan hanya dibentuk oleh satu parti, oleh itu, katanya, Pakatan Harapan dilihatnya lebih berdaya saing dengan kekuatan gabungan yang ada, berbanding sebuah sebuah parti yang bersendiri.
![Kerajaan disaran kaji semula perkhidmatan teksi seluruh negara Kerajaan disaran kaji semula perkhidmatan teksi seluruh negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/81443303213_teksibermeter.jpg)
Kerajaan disaran kaji semula perkhidmatan teksi seluruh negara
Tan Sri Shahrir Abdul Samad mencadangkan kerajaan mengkaji semula perkhidmatan teksi di negara ini supaya ia dapat kekal berdaya saing.
![PPPM 2013-2025 bakal jadikan pendidikan lebih berdaya saing PPPM 2013-2025 bakal jadikan pendidikan lebih berdaya saing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-09/41378375132_295x200.jpg)
PPPM 2013-2025 bakal jadikan pendidikan lebih berdaya saing
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang akan dilancarkan esok menjadi agenda nasional ke arah mentransformasikan pendidikan negara supaya lebih berdaya saing.