KUALA LUMPUR: Pengenalan e-invois akan memperkemas dan meningkatkan sistem pencukaian negara, menggalakkan ketelusan dan memberikan penilaian risiko pematuhan yang lebih tepat, kata Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Malaysia (NCCIM).
Presiden NCCIM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, e-invois itu juga akan menangani kebocoran hasil akibat daripada urus niaga yang tidak dilaporkan.
"E-invois turut mempunyai kelebihan utama yang akan memberi manfaat ketara kepada pembayar cukai. Ia menawarkan pengurangan dalam usaha manual serta meminimumkan kesilapan manusia dengan menyediakan proses invois bersepadu melalui penciptaan dan penyerahan dokumen termasuk data transaksi secara elektronik.
"Ia juga memudahkan pemfailan penyata cukai melalui penyepaduan sistem yang lancar, memastikan pelaporan cukai yang cekap dan tepat untuk perniagaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Soh berkata e-invois membolehkan penyelarasan operasi, menghasilkan kecekapan yang dipertingkatkan serta penjimatan masa dan kos untuk organisasi dengan lebih ketara.
"Malahan, ia menggalakkan pelaporan kewangan digital dengan menyelaraskan pelaporan termasuk proses kewangan dengan piawaian industri, menjadikan pelaporan kewangan lebih cekap dan sejajar dengan amalan moden," katanya.
Pelaksanaan e- invois mulai 1 Jun 2024 hingga 1 Jan 2027, membolehkan perniagaan serta pembayar cukai mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan dan menyesuaikan diri dengan sistem dengan berkesan.
Soh berkata NCCIM menggalakkan komuniti perniagaan Malaysia untuk menerima kemajuan teknologi dan menyesuaikan diri dengan landskap kawal selia yang berkembang.
"Pendekatan proaktif ini penting bagi kekal berdaya saing dan berkembang maju dalam persekitaran perniagaan yang dinamik hari ini," katanya.
NCCIM telah secara proaktif terlibat dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) untuk membincangkan pelaksanaan e-invois kepada perniagaan Malaysia dan Program Pendedahan Sukarela Khas 2.0.
"Sesi penglibatan itu telah membenarkan hadirin berinteraksi secara langsung dengan pasukan LHDN, menyediakan platform untuk mendapatkan penjelasan dan menangani sebarang keraguan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Soh Thian Lai berkata, e-invois itu juga akan menangani kebocoran hasil akibat daripada urus niaga yang tidak dilaporkan. - Gambar fail/Bernama

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Majikan perlu lapor pemberhentian, kematian pekerja bagi lancarkan proses percukaian
Pemberitahuan itu perlu dihantar menggunakan Borang CP22B bagi sektor awam dan CP22A (swasta).

MoU LHDN, Persekutuan Pengakap Malaysia inisiatif dekati generasi muda
MoU antara LHDN dan PPM merupakan inisiatif untuk mendekati generasi muda dalam menyebarkan maklumat dan meningkatkan kesedaran berkaitan cukai.

Kepentingan 7 Februari dalam e-Invois: Apa yang perniagaan perlu tahu?
Pengarah Eksekutif, TraTax, Thenesh Kannaa, berkongsi kepentingan tarikh ini termasuk perbezaan antara e-invois biasa dan e-invois konsolidasi.

Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.

Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

e-PCB Plus ganti sistem perkhidmatan potongan cukai sedia ada - LHDN
LHDN memperkenalkan sistem perkhidmatan Potongan Cukai Bulanan (PCB) baharu, e-PCB Plus, bagi menggantikan sistem sedia ada.

Mukhriz dapat kebenaran cabar taksiran cukai tambahan LHDN lebih RM5 juta
Mahkamah Tinggi memberi kebenaran kepada Mukhriz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi membatalkan tindakan LHDN mengeluarkan Notis Taksiran Tambahan kepadanya.

Platform carian nombor pengenalan cukai boleh diakses bermula hari ini
Menurut LHDN, platform carian TIN tersebut boleh diakses mulai hari ini melalui Portal MyTax di mytax.hasil.gov.my dan klik menu carian TIN.

Pelaksanaan mandatori e-107D bermula esok - LHDN
Pengemukaan Penyata Bayaran Seksyen 107D secara elektronik (e-107D) merupakan antara perubahan melibatkan perkhidmatan bermula esok, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

LHDN lantik 26 selebriti, pempengaruh sebagai rakan strategik
LHDN melantik 26 pempengaruh media sosial serta selebriti sebagai rakan strategik bagi menghasilkan kandungan yang menjurus kepada kesedaran, pendidikan dan tanggungjawab percukaian.