KUALA LUMPUR: Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan lanun siber yang berleluasa menciplak karya tempatan dan memuat naik atau menyiarkannya secara haram menerusi pelbagai platform digital sama ada android box, Telegram, YouTube dan laman sosial Facebook.
Timbalan Presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia Burhanuddin Md Radzi berkata kegiatan lanun siber kini dilihat agak membimbangkan dan beliau khuatir penerbit filem tidak berminat untuk menghasilkan karya selepas ini akibat kerugian yang dialami.
"Kalau berterusan macam ini industri filem akan mati kerana tidak dapat menjana (keuntungan daripada) pelaburan mereka buat filem dan akhirnya penerbit filem tak nak buat filem lagi. Jadi dia akan melibatkan beribu karyawan, bukan sahaja pelakon," katanya.
Beliau yang juga Pengarah Urusan Les' Copaque Production Sdn Bhd berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "Filem Animasi Malaysia 2020: Pencapaian dan Cabaran" yang disiarkan malam tadi.
Burhanuddin berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) juga seharusnya mengatur strategi bersama semua agensi kerajaan berkaitan bagi menangani masalah ini seterusnya memastikan kelangsungan industri perfileman negara.
Berkenaan filem “Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal” yang menjadi mangsa terbaru cetak rompak, beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa individu dan akan mengambil tindakan mengheret mereka ke mahkamah bagi memberi pengajaran kepada orang ramai.
Bagi pihak Les' Copaque, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada peminat setia Upin Ipin yang bertanggungjawab dan tidak memuat turun dan berkongsi karya filem secara haram.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 17 2020

Burhanuddin turut menzahirkan penghargaan kepada peminat setia Upin Ipin yang bertanggungjawab dan tidak memuat turun dan berkongsi karya filem secara haram. - Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Dongeng Sang Kancil angkat cerita rakyat dengan sentuhan moden, tonjol aksi penuh debaran
Selepas karya Upin dan Ipin dikenali ramai, Les' Copaque kini melakar kejayaan lebih jauh dengan menghasilkan watak popular cerita rakyat menerusi filem Dongeng Sang Kancil.

Kubur Upin Ipin dijumpai di Indonesia? 'Atok' beri penjelasan
Sebuah rakaman video di laman TikTok tular memaparkan dua kubur yang tertulis nama 'Upin dan Ipin' didakwa temukan di Sulawesi Tengah, Indonesia.

Kerajaan diminta ambil tindakan tegas terhadap lanun siber
Burhanuddin berkata kegiatan lanun siber kini dilihat agak membimbangkan dan beliau khuatir penerbit filem tidak berminat untuk menghasilkan karya selepas ini akibat kerugian yang dialami.

Habib, Les' Copaque lancar syiling emas Upin dan Ipin
Syiling emas yang ulung itu adalah sebahagian daripada inisiatif Habib #SokongLokal yang disasar memacu perniagaan tempatan.

'Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal' tidak ke senarai akhir Oscar, Les' Copaque tetap bangga!
Pihak terbitan Les' Copaque Production tetap berbangga berjaya disenaraikan dalam pencalonan awal.

Melaka cadang jadikan Upin & Ipin sebagai produk pelancongan
Kerajaan negeri Melaka bercadang menjadikan kartun animasi 'Upin & Ipin' sebagai antara produk pelancongan.

Elemen tempatan jadi kekuatan filem animasi Upin & Ipin raih anugerah peringkat antarabangsa
Elemen tempatan yang diterapkan menerusi filem animasi 'Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal' menjadi antara kekuatan filem tersebut.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bakal popular di China
Syarikat China setuju labur RM600,000 untuk tayangkan filem itu di negara berkenaan.

Upin Ipin luaskan pasaran ke China
Filem animasi kembar nombor satu Malaysia, Upin Ipin, bakal menembusi pasaran di China bulan Mei ini.

Karakter Upin Ipin diangkat sebagai duta mahabbah - Maszlee
Beliau berkata, elemen saling menghormati, sayang-menyayangi dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wujud dalam karakter Upin dan Ipin, sekali gus memainkan peranan mempromosikan budaya majmuk.